Ari ni ada customer order kuih bingka tepung gandum. Kuih paling senang nak buat. Jom tengok bahan-bahannya. Cukup simple and sedap.
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
4 cawan santan (blender santan dengan 2 helai daun pandan dan tapis)
1 cawan gula
1 biji telur
Perasa pandan (optional)
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Bijan secukupnya
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.
2. Kalau kurang hijau warna adunannya, boleh tambah lagi sehingga nampak menarik warna hijaunya.
3. Untuk kawan-kawan yang takda daun pandan kat rumah, boleh letak perasa pandan atau boleh letak kedua-duanya sekali.
4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. Taburkan bijan diatas permukaan adunan.
5. Bakar adunan dalam oven selama 45 minit @ 1 jam.
1 comment:
Salam Ziarah,
Auntie tak pandai buat bingka, googles dan jumpa sini.
Hari ni auntie nak cuba resepi ni.
Terima Kasih berkongsi.
Post a Comment