LA TAHZAN.... SELAMAT TINGGAL BONDA...

Assalamualaikum ya sahabat ku semua...


Abah bagitahu aku yang, semua urusan mandi dan kafankan mak dilakukan dihospital. Aku ikut je apa yang abah suruh. Aku dah bernekad untuk turut serta memandikan jenazah mak. Kalau tak dapat tolong banyak, tolong sikit pun jadilah. 

Semetara menunggu pihak hospital menguruskan arwah mak, aku dan abah telefon adik beradik ku dan saudara mara. Dalam keadaan macam ni aku tak dapat berfikir dengan tenang. Cari no phone pun tak jumpa. Padahal, memang dah ada dalam handphone pun. Allahuakbar.... 

Jenazah mak ditolak ke unit forensik. Tak sampai 5 minit, seorang ustazah pun tiba untuk menguruskan jenazah mak. Aku tanya ustazah tu:

Aku : Ustazah sorang je ke?
Ustazah : Ya... ada yang nak tolong ke?
Aku : Boleh tak saya tolong, saya anak perempuan arwah.
Ustazah : Lagi bagus...
Aku : Boleh tak saya minta tolong adik lelaki saya.
Ustazah : Boleh, pergi panggil dia....

Allah memakbulkan permintaan aku untuk memandikan arwah mak. Alhamdulillah, anuar pun turut serta. Kami bertiga memandikan jenazah mak. Pengalaman yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup ku. Ya Allah, Terima kasih kerana kau permudahkan urusan kami... Ringan betul badan mak. Senang je nak uruskan arwah mak. Arwah mak memang dah kosongkan perutnya. Tiada sebarang najis yang keluar sewaktu di tekan perutnya. Selesai memandikan mak, aku dan anuar diarahkan untuk mencari helaian rambut arwah mak yang tertinggal dan diletakkan di kain kafannya. 

Aku dan anuar menolong ustazah mengkafankan arwah mak. Ya Allah, bersihnya muka mak. Macam orang tengah tidor je... Siap semua urusan, van jenazah pun tiba. Aku suruh anuar balik naik kereta dengan abah. Aku akan naik van temankan arwah mak. Aku tiba dirumah , setelah selesai membaca surah yassin. Alhamdulillah.

Sampai di rumah, semua saudara mara dah tunggu. Terima kasih kerana tolong kemaskan rumah... Ramai orang datang melawat arwah mak. Kumpulan Yassin wanita, saudara mara yang jauh dan dekat, cikgu-cikgu sekolah agama dan kebangsaan serta pelajar sekolah agama. Terima kasih semua... Wajah arwah mak bersih je dengan senyumannya... Ya Allah... Besar sungguh kekuasaanMu Allah. 

Arwah mak dikebumikan lepas solat Asar. Aku meminta adik ku Sayang untuk mengimamkan solat jenazah arwah mak. Alhamdulillah dia setuju. Inilah jasa terakhir kita pada arwah mak dik... Terima kasih banyak-banyak. Ramai yang menghadiri solat jenazah Arwah mak. Alhamdulillah... 

Apabila adikku sayang mula mengimamkan solat jenazah, airmataku jatuh. Bukan kerana bersedih, tetapi gembira kerana yang menjadi imam untuk solat jenazah arwah mak bukan orang lain, tetapi ANAK LELAKI nya sendiri. Alhamdulillah.

Arwah mak dikebumikan berdekatan dengan kubur arwah mak we (mak abah). 

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SAUDARA MARA YANG JAUH DAN YANG DEKAT, SAHABAT HANDAI, KAWAN-KAWAN ABAH DAN ARWAH MAK, MAK DAN BAPA MENTUA, MAK DAN AYAH JELAI, JIRAN-JIRAN PALONG, CIKGU-CIKGU SEKOLAH AGAMA DAN KEBANGSAAN, PELAJAR SEKOLAH AGAMA SERTA SEMUA YANG HADIR.

Wajah ceria arwah mak masa pergi Penang...
Sweet Couple.... Al-Fatihah untuk arwah mak...


No comments: