Assalamualakum semua...
Tajuk entryi macam ngada-ngada jer kan.... Kuang...kuang...kuang.... sekali sekala tak pa kot. Sebelum ni rsa macam susah jer nak buat agar-agar merah tu...bukan susah apa pun, tak tau nak sukat airnya. Terkurang air nanti keras plak, terlebih air, lembik plak... fening kepala... Tetiba ada sorang kawan tu ajar cara nak buat agar-agar. La... senang rupanya... sampai sekarang aku guna sukatan yang sama persis yang di ajarin oleh teman ku... Tapi mintak maaf yer, aku dah tak ingat namanya. Maaf sekali lagi...
Moh kita tengok cara nak buat agar-agar merah...
Inilah rupa agar-agar kering
Bahan-Bahan:
1 magkuk agar-agar kering
2 mangkuk air
Gula Secukupnya
2 helai daun Pandan
Pewarna Merah @ Sirap Ros
Cara-Cara:
1. Rendam agar-agar hingga kembang dan toskan airnya.
2. Didalam periuk masukkan agar-agar tadi bersama 2 mangkuk air. Masak diatas dapur dengan api yang sederhana besar. Kacau sebentar.
3. Masukkan gula secukupnya, pewarna merah@sirap ros dan simpulan daun pandan.
4. Sekali-sekala kacau hingga agar-agar mendidih dan larut kesemuanya.
5. Matikan api dan tuang agar-agar didalam loyang atau acuan yang kecil. Biarkan sejuk dan keras sebelum dipotong.
Tip:
1. Untuk memudahkan sukatan air semasa memasak agar-agar, pastikan agar-agar yang kering tu dipotong terlebih dahulu sebelum direndam.
2. Apabila agar-agar dah kembang, toskan airnya. Masukkan semula agar-agar tadi kedalam mangkuk. Sukatan air ialah mesti sama tinggi dengan agar-agar yang dah direndam tadi. Kalau susah sangat, ukur dengan jari kita. Kalau tinggi agar-agar dalam mangkuk tu 3 ruas jari, airnya pun mesti 3 ruas x 2 (maknanya 6 ruaslah).
3. Mangkuk yang digunakan ikut pada kawan-kawan. Masa mula-mula belajar dulu saya guna mangkuk tahu fa. Sekarang, saya sukat pakai jari jer....
Selamat mencuba...
No comments:
Post a Comment