Tuesday, January 3, 2012

Gubahan Untuk Hantaran Perkahwinan




Sudah menjadi adat Melayu untuk berbalas-balas hantaran antara pasangan di majlis pertunangan ataupun perkahwinan. Tak sempurna rasanya majlis perkahwinan tanpa barang-barang hantaran. Ianya bermaksud hadiah kepada pasangan dan juga sebagai tanda kasih sayang. Mengikut kata orang dolu-dolu, jumlah dulang hantaran yang dibawa untuk majlis perkahwinan akan lebih banyak berbanding jumlah hantaran semasa majlis pertunangan dan selalunya jumlah dulang yang dibawa kedua-dua pihak adalah dalam angka ganjil. Walaupun hantaran adalah salah satu adat resam turun temurun masyarakat Melayu, konsep gubahan hantaran kini sentiasa berubah mengikut peredaran masa.

Kalau dolu, sireh junjung betuk-betul menjunjung kasih. Dengan tingginya, bunga freshnya, memang mantap dan cantik. Mak aku pun kalau buat sireh junjung mesti nak buat tinggi-tinggi. Baru betu-betul sireh junjung katanya.. Sekarang ni macam-macam konsep gubahan hantaran menjadi pilihan bakal pengantin seperti konsep Inggeris, Moden, Tradisional dan sebagainya. Konsep warna yang bersesuaian perlu dalam memastikan gubahan sepadan dengan tema sesuatu majlis perkahwinan. Hantaran mewah atau sederhana adalah terpulang kepada keinginan individu, kemampuan dan juga perbincangan kedua-dua belah pihak. Barang-barang yang mesti ada untuk barang-barang hantaran ialah seperti barang kemas, alat solek, wangian, jam tangan, beg tangan, pakaian, buah-buahan dan kek.


Sireh junjung n set barang kemas hasil gubahan dari aku n my lovely mak


Kat bawah nie sebahagian gubahan yang aku buat masa adik iparku nak kahwin....


Set dompet dan sepasang kasut

Baju kemeja+seluar dan Sireh Junjung


Kain Pelekat, Tuala dan sebakul buah...


Ala-ala kelambu untuk bilik pengantin


Aku nie memang suka betul buat gubahan hantaran. Orang kata aku mewarisi bakat mak aku.. Mungkin betul kot. U r d best mak.. Mak aku kalau bab-bab gubahan memang champion. Ada lagi satu, mak aku pandai buat halwa dari buah-buahan. Masa aku tunang dolu-dolu, mak aku buat lada merah sebagai halwa. Sodap... dah tak ada rasa pedas pun..

Kat bawah nie antara gubahan yang aku buat untuk pertandingan kat sini... Saja suka-suka...


Gubahan terompah dari kain pelekat


Gubahan kemeja dari kain pelekat

No comments: