Aku nak share pasal sejarah Kapal RSS Titanic and Costa Concordia.
"Sumber dari Wikipedia"
Kapal Titanic merupakan yang kedua dari tiga kapal penumpang yang bertujuan mengawal perniagaan perjalanan merentasi Lautan Atlantik. Dimiliki oleh White Star Line dan dibina di limbungan Harland and Wolff, Titanic merupakan kapal wap penumpang terbesar di dunia pada masa pelancarannya. Semasa pelayaran pertama Titanic, ia berlanggar dengan aisberg pada jam 11:40 PM (waktu kapal) pada pagi Ahad 4 April 1912, dan tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada jam 2:20 AM pagi Isnin.
Pada waktu itu, kemudahan dan kemewahannya tidak dapat ditandingi. Ia menawarkan kemudahan kolam renang, bilik sukan, mandian Turki, perpustakaan dan gelanggang squash. Ruang kelas pertama dihiasi indah dengan panel kayu, perabot mahal dan hiasan indah yang lain. Ia menawarkan tiga lif untuk kegunaan penumpang kelas pertama dan, satu inovasi pada masa itu, satu lif bagi penumpang kelas dua.
Bencana tersebut mengakibatkan kematian lebih 1,500 orang, menjadikannya sebagai bencana laut terburuk semasa aman dalam sejarah dan paling termashyur sehingga kini. Titanic dilengkapi dengan teknologi paling maju pada masa itu dan orang awam percaya bahawa ia “tidak mungkin tenggelam”. Ia amat mengejutkan bagi orang ramai bahawa walaupun dengan teknologi moden dan anak kapal yang berpengalaman, Titanic masih tenggelam dengan jumlah kematian yang tinggi. Keghairahan media awam mengenai mangsa terkenal Titanic, legenda mengenai apa yang berlaku di atas kapal, mengakibatkan undang-undang laut ditukar, dan penemuan bangkai kapal pada 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal pada tahun-tahun berikutnya.
Costa Concordia adalah sebuah kapal pesiar kelas Concordia yang dimiliki dan dikendalikan oleh Costa Cruises. Kapal ini dibina di limbungan kapal Sestri Ponente milik Fincantieri di Itali. Nama Concordia bertujuan untuk mengkspresikan harapan untuk "harmoni, kesatuan, dan keamanan yang terus berlanjutan di antara negara-negara Eropah". Kapal ini adalah kapal pertama dalam kelas Concordia, bersama adik-adiknya, Costa Serena, Costa Pacifica, Costa Favolosa, Costa Fascinosa dan Carnival Splendor yang dibina untuk Carnival Cruise Lines. Costa Concordia mula belayar pada Julai 2006 dan merupakan kapal terbesar yang dibina di Itali, dengan muatan kotor seberat 114,500 GT.Costa Concordia mempunyai 1,500 kabin; 505 kabin mempunyai balkoni peribadi dan 55 di antaranya mempunyai akses terus ke Samsara Spa. Costa Concordia mempunyai salah satu kawasan kemudahan sukan tengah laut yang terbesar di dunia, iaitu Samsara Spa, pusat kecergasan dua tingkat seluas 6,000 m (20,000 kaki) yang dilengkapi Gimnasium, kolam thalassoterapi, sauna, mandian Turki dan solarium. Kapal ini mempunyai empat kolam renang, dua di antaranya mempunyai penutup mekanik, lima spa, dan kaca tepi kolam di dek kolam. Ada lima restoran di dalam kapal, termasuk Club Concordia dan Samsara yang hanya melayani tempahan makanan. Ada 13 bar, termasuk sebuah bar merokok dan cognac dan bar kopi dan coklat. Pilihan hiburannya meliputi sebuah teater tiga peringkat, kasino, dan diskotik. Ada pula kawasan permainan kanak-kanak yang mempunyai produk-produk PlayStation. Kapal ini mempunyai sebuah simulator perlumbaan motor Grand Prix dan kafe Internet.
Pada tarikh 22 November 2008, Costa Concordia pernah mengalami kerosakan pada haluannya ketika angin kencang di bandar Palermo, Sicily, mendorong kapal ini ke dermaga. Tidak adayang terkorban dan pembaikan kapal langsung dilaksanakan.
Namun pada 13 Januari 2012, kira-kira pukul 21:00 waktu tempatan (UTC +1), Costa Concordia kandas di perairan terumbu berhampiran Isola del Giglio dan terbalik, sehingga mengakibatkan 3 orang terbunuh dari total 4.229 orang. Pada 15 Januari, kira-kira 17 orang masih dinyatakan hilang. Tiga orang diselamatkan dari kapal, pada hari itu, 24 jam selepas kemalangan. Tiga orang tersebut adalah dua penumpang Korea Selatan dan satu anak kapal Itali.
Kat bawah nie aku ada sertakan gambar Costa Concordia dan RSS Titanic. Hm... macam ada persamaan jer kan....
No comments:
Post a Comment