Sunday, January 29, 2012

Ilmu



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”Riwayat al-Bazzar


Menurut Wikipedia "Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman. Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman dan juga perasaan."


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".


Bagi aku plak, menuntut ilmu itu perlu untuk kita menambah pengetahuan kita. Tapi yang aku pelik, ada gak orang yang kedekut ilmu. Selalu kita dengar orang kedekut duit... Ni tak, kedekut ilmu plak. Kenapa yek????

Aku pun pernah gak TERjumpa orang yang kedekut ilmu ni. Kadang-kadang yang kita nak tahu adalah berdasarkan pengalaman seseorang, tapi payah betul nak kongsi. Pengalaman tu kadang-kadang boleh membantu antara satu sama yang lain. Apalah salahnya kongsikan... Tak paham betul aku....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”


Bila dah dok berniaga sendiri nie, lain plak ceritanya. Aku nie pantang kalau ada orang tanya pasal cara-cara nak buat kuih. Laju jer mulut aku nak bagi resepi. Aku suka kalau ada orang nak buat kuih macam aku. Walaupun diaorang nak buat untuk jualan. Buat apa nak ada "SECRET RECIPE" segala, kalau resepi yang kita bagi tu ada kekurangan satu bahan. Bukan ke akan jadi kebencian orang. Apa kita rasa kalau kita minta resepi dengan kawan baik kita, tapi dia tak bagi tau complete resepi. Pastu kita buat tak menjadi, apa kita rasa? mesti nak marahkan... Sebab apa? Sebab yang bagi resepi tu tak ikhlas... Aku memang respect abis kat kawan-kawan blogger yang bermurah hati menurunkan ilmu di laman sesawang nie. Boleh sama-sama mencuba kan...


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)


“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah

No comments: