Apa menu petang ni??? Semalam hubby dah mintak buatkan lempeng gulung. So, lepas hubby bangun tido and aku pun dah selesai solat asar, baru boleh mulakan operasi "melempeng".
Hari ni aku nak share tentang Hukum Tarikan. Hehehehehe.... sebenarnya masa makan tengah hari tadi hubby ada bercerita tentang Hukum Tarikan. Al-hamdulillah..... hubby banyak buat research pasal benda ni... So, apa yang dia baca dia akan ceritakan semula pada aku. Hubby kata "kita ni banyak dikelilingi unsur-unsur negetif dan positif. Kalau kita selalu berfikiran negetif, maka unsur negetif itu akan senang nak masuk dalam diri kita. Dengan itu, kita mestilah sentiasa berfikiran positif".
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); (7) Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; (8) Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10) "
Surah Ash-Sham (Ayat 7 hingga 10)
Aku ada search kat internet pasal Rahsia Hukum Tarik Menarik. Bila aku baca sampai habis, aku terfikir sejenak. Memang betul apa yang dituliskan. Ada sesuatu benda yang kita nak sangat-sangat, tapi tak dapat. Sebab apa, sebab tiada kesungguhan yang mendalam. TETAPI, insya'allah kita akan perolehi apa yang kita hajati dengan izinNya. Janganlah mintak atau selalu kata yang bukan-bukan, tak mustahil suatu hari nanti apa yang kita minta akan jadi kenyataan dikala kita memerlukannya.
Harap artikel kat bawah ni dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita bersama.
Bahan dari Sumber Rahsia Hukum Tarik Menarik.
Ramai
yang tidak tahu pasal Hukum Tarikan? Apakah Hukum Tarikan ni? Tarik
apa? Itulah
persoalan yang ada dalam minda seseorang yang tidak faham tentangnya.
Hukum ini
lebih dikenali sebagai Law of Attraction.
Para
saintis telah membuktikan kewujudan hukum ini secara saintifik. Dan ia
telah
dihebahkan oleh Rhonda Byrne dalam buku dan movie ‘The Secret’ ke
seluruh
dunia. Rahsia hukum tarikan ini telah dibongkarkan kepada umum. Namun
masih
ramai lagi yang tidak tahu mengenainya dan mungkin tidak mahu ambil
tahu kerana
tiada kepentingan atau mungkin ianya dianggap karut. Pada hakikatnya,
ia
benar-benar berlaku dalam kehidupan seharian kita, tidak kira di mana
anda
berada di atas muka bumi ini.
Hukum
tarikan adalah salah satu daripada hukum alam yang sentiasa bertindak
setiap
masa seperti hukum graviti. Kita tidak perlu tahu dengan terperinci
tentang
hukum graviti di mana semua benda mempunyai berat dan ditarik ke arah
pusat
bumi. Begitu juga dengan hukum tarikan di mana ia bertindak hasil
daripada
pemikiran dan emosi/perasaan manusia. Walau apa pun, semuanya berlaku
atas
keizinan yang Maha Esa.
Dalam
Islam, sesiapa yang berbuat baik akan dibalas dengan kebaikan manakala
sesiapa
yang berbuat jahat, akan dibalas dengan kejahatan. Ini menunjukkan
bahawa hukum
tarikan bertepatan dengan ajaran Islam. Ia dapat dijelaskan lagi
seperti yang termaktub
di dalam Al-Quran;
“Maka
sesiapa yang
mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat
(balasan)nya. Dan
sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan
melihat
(balasan)nya.” –(Surah az-Zalzalah ayat 7-8)
Ayat
di atas menambah keyakinan kita yang hukum
tarikan wujud sejak Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Hayatilah ayat
ini… kebaikan dibalas dengan kebaikan; kejahatan dibalas dengan
kejahatan.
Tuhan mengingatkan kita supaya sentiasa berfikiran positif (kebaikan)
dan
memancarkan kebaikan itu kepada orang di sekeliling kita. Akibatnya,
orang di
sekeliling kita ataupun alam semesta memberi pula kebaikannya kepada
kita.
Tuhan sentiasa menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan. Tuhan melarang kita berbuat kekasaran dan kerosakan. Malah, kita juga perlu bersikap baik kepada orang yang berbuat jahat. Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan ke alam semesta.
Tuhan sentiasa menggalakkan kita supaya berlumba-lumba menabur kebaikan. Tuhan melarang kita berbuat kekasaran dan kerosakan. Malah, kita juga perlu bersikap baik kepada orang yang berbuat jahat. Dalam setiap detik kehidupan, kita disuruh memancarkan cahaya kebaikan dan getaran kebajikan ke alam semesta.
Dalam
konsep hukum tarikan, kita menarik apa sahaja yang kita fokuskan samada
ia
positif atau negatif. Hukum alam tidak mendiskriminasi, ia hanya
bertindakbalas
kepada anda.
Pemikiran
kita adalah yang mencipta dunia luaran kita. Dengan menggunakan kuasa
yang ada
dalam diri kita, kita boleh mencipta kehidupan yang kita inginkan.
Lihatlah
dalam-dalam tentang diri anda. Anda mempunyai kuasa untuk mencipta
kehidupan
yang anda mahukan dengan menggunakan pemikiran anda.
Mulakan
dengan memantau pemikiran anda dan lihat jika ianya harmoni dengan
impian-impian anda. Mungkin ada sedikit pemikiran negatif yang hadir
dalam
minda anda. Ini mungkin keraguan, cemburu, kebencian dan dengki. Ini
adalah
sikap negatif dan tidak akan membantu dalam perlaksanaan Hukum Tarikan.
Mulakan
dengan menunjukkan kasih sayang kepada semua manusia. Satu tabiat buruk
yang
ramai orang memilikinya adalah mereka mengutuk kekayaan. Mereka
mengatakan
orang kaya adalah penipu, pencuri, rasuah dan sebagainya. Dengan
melakukannya,
anda menghantar getaran negatif kepada alam semesta terhadap wang. Ini
akan
menyebabkan anda terus miskin. Justeru itu, anda harus memuji dan
bangga
terhadap orang kaya yang mana mereka telah keluar daripada alam
kemiskinan.
Mulakan
rasa bersyukur setiap hari atas rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.
Berterima kasih akan membawa anda lebih dekat kepada impian-impian
anda.
Rasakannya dalam hati anda apabila anda mengucapkan terima kasih. Hukum
Tarikan
hanya bertindak apabila emosi diletakkan dalam kata-kata anda.
No comments:
Post a Comment