رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa"(Al-Furqaan : 74)
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)". (Surah Al-Ahzaab : Ayat 74).
لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
Maksudnya : "Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri"(Al-Anbiya' : 87)
Mesti korang pelik kan...kenapa tetiba aku tulis pasal bercerai plak... Aku teringat pada sorang customer aku yang bercerita tentang masalah parent dia yang dah bercerai. Lepas bercerai semua nak tuntut hak masing-masing. So, dalam masa dia bercerita sambil menangis tu, aku pun tolong lah cari dalam internet apa yang mak dia boleh tuntut.
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah.”
Aku ada jumpa satu blog nie memang bagus sebab dia terangkan secara terperinci pasal tuntutan harta sepencarian.
Sumber dari Harta Sepencarian
"Tuntutan harta sepencarian selalu dikaitkan dengan wanita, khususnya isteri-isteri. Ini kerana isteri, khususnya isteri yang tidak bekerja akan beranggapan dirinya dan anak-anaknya tidak akan selamat apabila berlaku "hal-hal yang tidak diingini kepada suami".
Korang boleh lawat Portal E-Syariah untuk mengetahui cara-cara pengiraan harta mengikut hukum faraid dan sebarang pertanyaan secara online.
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka" (Al-Baqarah : 201)
No comments:
Post a Comment