Hari ni ada majlis Aqiqah dan bercukur untuk anak saudaraku Aiman Mujahid. Al-hamdulillah ramai yang memeriahkan majlis tersebut. Yang paling best, besan mak dan bapa mertuaku turut hadir sama. Ada yang dari Kelantan, Seremban dan Johor...
Kat bawah nie aku nak kongsi serba sedikit tentang Aqiqah.
Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."
Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.
Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:
- "Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".
Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:
- Maksudnya: "Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor".
Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.”
Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah.
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Tak banyak gambar yang dapat aku ambil. Maklumlah, sibuk kat dapur...
Majlis Yassin dan Berzanji oleh orang kampung
Aiman dah kena "potong jambul" oleh imam blok (Cik Adon)
Nenek Aiman dari Kelantan datang memeriahkan lagi cucu sulungnya...
Mak Fendi n adik bungsunya...
Aliya, Amirul and Ameera....
Amirul and Ameera
Amirul n Ameera nie sebaya sebenarnya. Cuma Amirul tua 3 bulan dari Ameera. Kalau dulu masa jumpa si Ameera tunduk aje... Malu la tu gamaknya. Tapi sekarang bila jumpa semula, macam dah kenal lama jer... Main berdua jer... suka betul aku tengok..
Kat bawah nie gambar anak dara aku n hubby...
No comments:
Post a Comment