Friday, January 6, 2012

Khasiat Limau Nipis @ Limau Purut


Limau Nipis dan Limau Purut


Limau Purut kulitnya mengerutu @ kasar. Daunnya boleh digunakan dalam masakan.

Manakala Limau Nipis pula kulitnya licin. Tapi, kedua-duanya mempunyai khasiat yang sama.

Limau nipis atau nama botaninya citrus aurantifolia. Perahan jus limau nipis @ limau purut memang diakui mampu menambahkan keenakan rasa sesetengah minuman dan masakan. Namun keistimewaannya tak terhenti setakat tu aje. Sebenarnya banyak lagi khasiatnya yang kita tak tahu.

Kat bawah nie ada beberapa petua yang aku pernah cuba...

Demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.

Batuk
Ambil air limau nipis satu sudu teh. Campur dengan kicap manis. Minumlah tiga kali sehari. Cara lain untuk mengubati batuk ialah dengan memanggang limau nipis sebentar di atas api. Biarkan sebentar hingga menjadi suam-suam kuku, belah buah limau nipis tersebut, lalu langsung perah ke dalam mulut hingga mengalir ke tekak. Resipi ini baik juga untuk menyembuhkan

Menghentikan kebiasaan merokok.. Hisaplah sehiris limau nipis. Rasanya yang masam segar membuat anda terangsang untuk minum air putih. Lakukan beberapa kali sehari. Cara ini selain mengurangi keinginan untuk merokok, juga membantu membersihkan nikotin yang sudah terdapat pada gigi dan mulut.

Bau ketiak yang tak sedap
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.

Melegakan Pening Kepala
Ambil sebiji limau nipis dan potong sedikit di bahagian atasnya. Letakkan di hujung dahi anda (macam tampal koyok).


Mewangikan rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Elakkan Kelemumur
Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa lama yg mungkin & bilas.

Hilangkan Bau Hanyir
Air perahan limau nipis boleh digunakan untuk basuh ayam, udang, daging dan ikan.

Menghilangkan Rasa Mabuk Atau Loya
Ambil sebiji limau nipis dan tekan kulit limau sehingga ada cecair yang keluar dari kulitnya. Sapukan air tersebut pada tapak tangan dan hidu aroma limau nipis tadi. Selalunya aku letak dekat-dekat buah limau tu kat hidung. Hilang sikit rasa loya.

Menghilangkan Bau Pada Blender
Ambil 3 atau 4 biji limau nipis. Hiris dan masukkan bersama air ke dalam blender, kemudian kisar limau tersebut. Cuci blender seperti biasa. Anda akan dapati bau pada blender dah hilang.

No comments: