Wednesday, December 31, 2008

Labbaik Allahuma Labbaik



Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami semua serta bersabda. “Wahai manusia sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kamu ibadat haji. Maka hendaklah kamu semua mengerjakannya”. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya, “Adakah wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?”. Baginda hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, sehingga lelaki itu bertanya tiga kali, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jika aku menjawab ya, Ibadat haji akan menjadi wajib pada setiap tahun, tentu kamu semua tidak terdaya mengerjakannya.” Seterusnya baginda bersabda, “Janganlah bertanya lagi kepadaku tentang perkara ini, apa sahaja yang aku tidak menyebutnya maka tinggalkan sahaja. Sesungguhnya orang yang sebelum kamu itu menjadi rosak disebabkan terlalu banyak mengemukakan pertanyaan mereka, kemudian mereka menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Oleh yang demikian apabila aku memerintahkan kepada kamu semua dengan sesuatu perkara, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan kamu. Sebaliknya jika aku melarang kamu semua dari melakukan sesuatu perkara itu hendaklah kamu tinggalkan”.

Alhamdulillah pada 20 November 2008, mak,abah n nenek mendapat undangan ke tanah suci. Aku gembira sangat sebab inilah impian aku dari dulu untuk membantu cita2 mak n abah kesana.

Macam2 dugaan yang mak n abah tempuhi sebelum berangkat ke tanah suci. Lebih2 lagi abah lah... Nama mak n nenek dah berada di senarai yang menunggu. Tapi nama abah x ada plak... Aku nampak abah redha kalo mak n nenek jer yang pergi.. Tapi aku tahu, hati abah mesti sedih. Mak plak, kalo abah x dapat gi, mak pun anggap memang x de rezeki mak n abah nak ke sana. Tapi berkat usaha, mak n abah buat rayuan, telefon sana, telefon sini, gi Kelana Jaya lagi buat rayuan, akhir nya dapat juga masukkan nama abah.

Syukur alhamdulillah kepada Allah kerana memberi peluang kepada mak n abah. Pada 31 Disember 2008, mak, abah n nenek selamat pulang ke tanah air dengan keadaan sihat. Mak kata, sebelum naik kapal terbang, mak n nenek jatuh dari escalator kerana nenek x dapat nak imbangkan badannya. Gigi mak patah. Alhamdulillah x ada yang serius. Balik dari menunaikan haji, macam2 cerita mak n abah bawa untuk aku dan adik beradik lain untuk di jadikan pengajaran... Insya'allah, aku n hubby berhasrat untuk ke tanah suci dengan iziNya... amin...Doakan kami yer...

Kat bawah ni ada gambar kenangan semasa mak n abah di tanah suci...