Aku nak bagitau yang aku sayang sangat-sangat hubby aku... I love u YANG... Selain family aku, hubby aku paling dekat ngan aku... pagi, petang n malam, dia ada disisi aku. Sakit, pening, menagis, ketawa bersama. Sepanjang perkahwinan kami, tak pernah lagi kau bergaduh kaw-kaw dengan dia, alhamdulillah. Semakin hari semakin manja dan semakain mendalam kasih sayang kami. Setiap kelebihan yang Allah berikan, ada juga kekurangannya.
Aku kesian kat hubby, kawan-kawan sebaya dia semua dah ada anak. Tapi aku.... Kalau setahun dua dulu aku amat sensitif bila orang tanya dan sindir aku n hubby tentang zuriat. 3 tahun aku menjalani rawatan di Pakar Puteri SPecialist, Johor. Bila keputusan perubatan aku n hubby keluar, aku rasa macam batu yang ada kat bahu aku ni terhempas kebawah. Bila Doktor kata aku dan suami tiada masalah, aku redha dengan ketentuanNya... Tapi tabah ke aku??? Walaupun aku redha dan pasrah, tapi aku tidak setabah Nabi Ayub as. Allahhuakbar...
Kehebatan, Ketabahan dan Kesabaran Nabi Ayub a.s
Nabi Ayyub bin ‘Ishbin Ishaq a.s adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak puteri Nabi Lutha.s. Dan Nabi Ayyub adalah seorang laki-laki yang pandai, bersih, sopan santunserta bijaksana. Sedangkan ayahnya seorang yang kaya raya, memiliki ternak, unta,lembu, domba, kuda, keldai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria)yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan.Ketika dia meninggal dunia, maka semua haratakekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s. Nabi Ayyub telah berkahwindengan Siti Rahmah anak puteri Afrayin putera Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telahmenguniakan 12 kali kehamilan yang tiap2 kali hamil melahirkan 2 orang anak,seorang lelaki dan seorang perempuan.
Kemudian dia diutuskan Allah kepada kaumnya, dan merekaadalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah swt menyempurnakanya dengan budi pekertiyang baik, lemah lembut selama orang tidak menyalahi, mendustakan, danmengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya.
Maka dia menyampaikan beberapa syariat serta membangunbeberapa rumah ibadat untuk mereka. Dan Nabi Ayyub a.s mempunyai meja makanyang khusus disediakan untuk tamunya iaitu orang fakir miskin dan tamu lainnya.
Dan Nabi Ayyub, terhadap anak yatim itu ibaratseorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti sang suami yangmemperhatikan kasih sayangnya dan terhadap orang-orang yang lemah sepertihalnya saudara yang mencintai dengan kasihnya.
Dan demikian juga dia (Nabi Ayyub) telah memerintahkankepada para wakilnya serta orang-orang kepercayaannya supaya tidak menghalanghalangi tanam tanaman serta buah-buahannya diambil dan dipetik(dari orang-orangyang mahu memetiknya/mengambilnya).
Dan adalah ternakanya setiap tahun beranak kembar ataudua-dua namun demikian dia tidak bergembira dengan hal itu sedikitpun dan diaberkata: “Tuhanku, ini semua adalah pemberian Engkau kepada para hamba-Mu dipenjara dunia ini, maka bagaimanakah pemberian Engkau di syurga kepada paraahli karamah yang mendapat kemuliaan dari Engkau, di kampong (Hari yang tiadaakhirnya) di mana disediakan hidangan?”
Dengan itu semua, Nabi Ayyub a.s tampak tidaklah lupasedikitpun hatinya bersyukur atas nikmat yang diperolehinya serta lidahnyatidak lupa berzikir kepada Tuhannya.
Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “SungguhAyyub telah berhasil di dunia dan di akhirat dan Iblis ingin merosak salah satuatau kedua-duanya; dunia dan akhirat tersebut.
Lalu Iblis terkutuk, di saat itu naik ke langit yang ketujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai, pada suatu hari dia naiksebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya: “Hai Iblisterkutuk! Bagaimana engkau melihat hambaKu Ayyub? Apaka engkau dapat mengambildaripadanya manfaat walaupuan sedikit?”
Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mahumenyembahMu kerana engkau telah memberinya kelapangan hidup(harta yangberlimpah) dan kesihatan; kerana tidak kerana hal itu tentu dia tidakmenyembahMu, maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah swt kepadaIblis: “Engkau dusta! Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui, bahawa sesungguhnya diamenyembah Aku serta berterima kasih kepadaKu, walaupun dia tidak mempunyaikelapangan rezeki di dunia.
Kata Iblis: “Tuhanku, berilah aku kekutan untuk menggodaAyyub; maka perhatikanlah bagaimana saya membuat dia lupa mengingatiMu danmenyibukan dia dari berbuat ibadat kepadaMu.”
Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblisterhadap sesuatunya, kecuali jiwa(hati) dan lidah(ucapanya) Nabi Ayyub.
Maka Iblis kembali dan menuju ke tepi laut lalu berserudengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin baik laki-laki danwanita berkumpul di sisinya seraya berkata: “Apakah gerangan yang menimpaengkau?” Iblis menjawab: “Sesungguhnya saya mendapat kesempatan yang belumpernah saya perolehi seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkanAdam dari syurga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakanAyyub.”
Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar sertamerosakan semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s. Lalu Iblis pergi menemui NabiAyyub a.s yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadahnya.
Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalamkeadaan yang kritikal ini, sesungguhnya Dia Tuhanmu telah menuangkan api darilangit, yang memusnahkan semua harta kekayaanmu, sehingga semuanya menjadiabu?” Nabi Ayyub tidak menjawabnya, sampai dia selesai merampungkan solatnya,lalu berkata: “Alhamdulillah! Dia yang telah memberikan kurnia lalumengambilnya pula dari saya.” Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.
Maka Iblis pun pulang dengan tangan hampa, serta merasaterhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub itu mempunyai 14orang anak, lapan lelaki dan enam orang wanita, dan mereka makan setiap harinyadi rumah-rumah saudaranya, sedangkan waktu itu mereka sedang di rumahsaudaranya yang terbesar, namanya Hurmula.
Maka berkumpullah para syaitan dan mengelilingi rumahitu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s sehingga mereka itu matisemuanya di satu meja makan. Di antara mereka, ada yang sedang memasukan sesuapmakanan ke dalam mulutnya dan ada pula yang sedang memegang gelas di tanganya.
Maka Iblis pergi kepada Ayyub, sedangkan dia(Ayyub)dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetapmenyembah Tuhanmu! dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah di manaanak-anak mu berada, sehingga mereka mati semuanya?”
Nabi Ayyub tidak menjawab sedikitpun, sampai dia selesaimengerjakan solatnya. Lalu Nabi Ayyub berkata: “Hai Iblis terkutuk,Alhamdulillah! Dia telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua hartadan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah)mengambilnya dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untukberibadah kepada Tuhan saya.”
Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar danterkutuk. Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub sedang mengerjakansolat. Maka ketika Nabi Ayyub sujud, Iblis meniupkan di hidung dan mulutnyasampai badan Nabi Ayyub a.s berkembang dan berpeluh banyak sekali dan diamerasa badannya menjadi berat.
Berkata isterinya Rahmah: “Ini semua adalah dari sebabdari kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telahmati, sedangkan engkau tetap beribadah di waktu malam dan berpuasa di sianghari tanpa henti-hentinya, walaupun satu saat dan masih juga tidak merasacukup.” Lalu Nabi Ayyub a.s terkena penyakit kudis seluruh tubuhnya, mulai darikepala sampai ke kakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanahserta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya. Sampai-sampai sanakkeluarganya dan teman-temannya menjauhkan diri daripadanya.
Nabi Ayyub a.s mempunyai tiga isteri; maka yang duaminta cerai dan diapun menceraikannya dan tinggal satu iaitu Rahmah, yangselalu melayaninya siang malam sehingga datanglah para wanita tetangganyaseraya berkata: “Hai Rahmah! Kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akanmenjalar kepada anak-anak kami. Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kitabertetangga ini dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau disini dengancara paksa!!”
Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya,serta membawanya (Nabi Ayyub a.s) dan berseru dengan suara yang keras:“Duhai,berat nian, kami harus pergi merantau dan berpisah; mereka telahmengusir kami dari negeri kami dan kampong kami.” Dan dia mendukung Nabi Ayyubdi punggungnya sedangkan air mata mengalir di pipinya, serta pergi jauh sambilmenangis ke bekas rumah yang sudah rosak yang dijadikan tempat pembuangansampah dan meletakkan Nabi Ayyub di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desaitu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub, maka mereka berkata: “Bawalahsuamimu itu jauh-jauh dari kami, kalau tidak maka akan kami bawakananjing-anjing kami biar memakannya.”
Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ketempat yangjauh dan meletakkannya di tempat itu, kemudian datang lagi dengan membawa kapakdan tali temali, untuk membuat rumah dari kayu. Kemudian dia datang lagi denganmembawa rajutan tikar dan menghamparkannya di bawah Nabi Ayyub dandiambilkannya pula batu untuk bantalnya dan membawa tempat air yang biasadigunakan oleh para penggembala untuk minum binatang-binatang ternak mereka.
Kemudian Siti Rahmah pergi ke sebuah desa, maka NabiAyyub memanggilnya: “Kembalikan engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainyaengkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata SitiRahmah: “Engkau jangan khuatir, wahai suamiku, sesungguhnya saya tidak akanmeninggalkan engkau selama hayat di kandung badan.”
Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiaphari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Ayyub. Lalu hal itudiketahui oleh penduduk desa itu, bahawa dia adalah isteri Ayyub. Maka merekatidak mahu lagi memberinya pekerjaan, malahan mereka berkata: “Pergilah engkaujauh-jauh kerana kami merasa jijik kepadamu.”
Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “ Ya Tuhanku,Engkau talah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku,sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkaukiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya tuhanku. Mereka telah mengusirkami dari Rumah Engkau kelak di hari kiamat.”
Siti Rahmah pun pergi kepada seorang penjual roti sambilberkata: “Sesungguhnya pujaanku Ayyub telah lapar, maka sudilah kiranya engkaumemberikan hutang kepada saya berupa roti?” kata wanita itu: “Pergilah engkaujauh-jauh dari saya, supaya suamiku tidak melihatmu, tetapi berilah ikatansanggulmu.” Siti Rahmah mempunyai dua belas kepang rambut yang panjangnyasampai ke tanah. Panjang rambutnya yang ikal itu indah sekali, sama dengan yangdidapatkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Nabi Ayyub sangat senang sekali dengan sanggul ikaltersebut. Maka datanglah wanita penjual roti dengan membawa gunting danmemotong kepang rambut serta memberikan 4 potong roti kepada Siti Rahmah. KataSiti Rahmah: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya perbuatanku ini hanya lah keranaketaatanku kepada suami dan untuk memberi makan kepada Nabi Mu, maka telah kujual rambutku.”
Maka ketika Nabi Ayyub melihat roti yang masih segarserta utuh, dia sangat memperhatikannya dan menyangka bahawa isterinya telahmenjual dirinya maka dia bersumpah, seandainya Allah telah menyembuhkannya, diaakan memukul isterinya 100 jilid.
100 jilid itu seperti yang kemudian difirmankan Allahswt sebagai tebusan dari sumpahnya:
“Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput, lalupukulkanlah kepadanya(isterimu) dan kamu tidak terkena sumpah.”
Ketika hukuman itu telah dilaksanakan, maka Nabi Ayyubmenangis seraya berkata: “Wahai tuhanku! Telah hilang daya upaya ku, sehinggasampai sebuah persoalan, isteri Nabi Mu telah menjual rambutnya, semata-matauntuk memberi nafkah untuk diriku.”
Kata Siti Rahmah: “Wahai suamiku, janganlah engkaubersusah hati pada hari ini, sesungguhnya rambut ku itu akan tumbuh kembalidengan lebih baik(indah) daripada yang sudah.” Lalu Siti Rahmah memotong rotidan memberikan makan kepadanya serta duduk disampingnya.
Adalah Nabi Ayyub, tiap-tiap ada ulat yang terjatuh daribadannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadanya dan dia berkata:“Makanlah olehmu setiap apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allahswt.” Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggal tulang-belulang yangdilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang Nampak.
Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akantembus dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hati dan lidahnya. Hatinyatidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernahdiam dari zikir kepada Allah.Ada diriwayatkan bahawa Nabi Ayyub mengalami sakitseperti itu selama 18 tahun.
Pada suatu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub:“Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkauberdoa kepada Allah swt supaya Dia (Allah) menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.skepada Siti Rahmah: “Lapan puluh tahun.” Kata Nabi Ayyub: “Sesungguhnya sayamerasa malu kepada Allah swt, untuk meminta kepadaNya sebab waktu cubaanNyabelumlah memadai dibandingkan masa senangku.”
Dan ketika pada badan Nabi Ayyub sudah tidak ada lagidaging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan di antara mereka,hingga akhirnya tinggal 2 ekor ulat yang selalu berkeliaran di badan Nabi Ayyubdalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati danlidahnya. Maka yang satu pergi ke hati dan memakan hatinya dan satu lagi pergike lidah dan menggigitnya.
Disaat itulah Nabi Ayyub a.s berdoa kepada Tuhannyaseraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedangkanEngkau Zat Yang Maha Pengasih.”Hal ini tidaklah termasuk dalam kategori keluhkesah dan tidak pula bererti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh keranaitu Allah swt berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yangsabar.”
Kerana sesungguhnya, Nabi Ayyub itu tidak bersusah hatiterhadap hartanya dan anak-anaknya, yang telah hilang musnah, bahkan dia merasasusah kerana cemas terputus “dari syukur dan zikir” kepada Allah swt. Makaseakan akan dia berkata: “Tuhanku, aku bersabar atas segala cubaanMu selamahatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada Mu dan lidahku dapat berzikir kepadaMu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, berertiterputuslah cintaku dan zikirku pada Mu. Maka aku tidak menjadi bersabarterhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan engkau Zat Yang Maha Pengasih danPenyayang.”
Kemudian Allah swt memberikan wahyu kepadanya: “YaAyyub, lidah, hati dan ulat adalah milik Ku, sedangkan rasa sakitpun milik Ku,apakah ertinya susah?”
Diterangkan pula: “Bahawa Allah swt memberikan wahyukepadanya: “Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu inikepada Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu dan inihanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya cinta-kasih.” Dansesungguhnya Nabi Ayyub merasa susah kalau hati dan lidahnya dimakan ulat,kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berzikir kepada Allah swt, kalaukeduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi bertafakkur dan berzikir kepadaNya.
Lalu Allah swt menjatuhkan kedua ulat itu dari diri NabiAyyub, maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkanorang sakit kekurangan darah dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelakmenjadi lebah yang mengeluarkan madu yang mengandungi ubat untuk manusia.
Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s dengan membawa 2buah delima dari syurga. Kata Nabi Ayyub a.s : “Ya Jibril, apakah Tuhanku masihingat kepadaKu?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, sertamenyuruh mu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dantubuhmu.”
Ketika Nabi Ayyub memakan kedua delima itu, Jibril a.sberkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub pun berdiri. Jibrilberkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub memukulkankakinya yang kanan ke tanah sehinggalah keluar air hangat dan dia lalu mandidengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin,sehingga dia minum dari air tersebut.
Kemudian, hilanglah segala penyakitnya, baik yangdibahagian luar mahupun di bahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagahtegap dari semula, wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama.
Sebagaimana firmanAllah swt:
“ Maka Kami terima dan kabulkan doanya, dan Kamihilangkan semua penyakit yang membahayakan dan Kami kembalikan semuakeluarganya dan seperti mereka dahulu bersama-sama dengannya.”
Kata Imam Muqattil: Allah telah menghidupkan mereka danmember rezeki kepada Nabi Ayyub semula.
Kata Adh Dhahhak: Allah swt member wahyu kepadanya:“Apakah kamu ingin supaya mereka (anak-anakmu) Kami bangkitkan?” Kata NabiAyyub: “Ya Tuhanku, biarkanlah mereka itu disyurga”, maka dengan ini, makadatanglah keluarganya di akhirat, dan Allah swt memberikan kepadanya, hal-halseperti yang diberikan kepada mereka di dunia, dengan telah lahirnya beberapaorang anak, yang demikian itu sebagai “Rahmat” atau “Nikmat” dari Kami”, untukNabi Ayyub dan “sebagai peringatan”, atau nasihat bagi orang-orang yangberibadah”, supaya mereka mengetahui bahawa bala bencana atau cubaan yangpaling hebat itu kepada para Nabi, lalu kepada para Wali, kemudian kepada yangsepertinya dan demikian seterusnya. Maka hendaklah mereka berbuat sepertimereka telah perbuat dan bersabar seperti mana mereka yang telah bersabar.
Dari sini dapatlah diketahui bahawa jalan kepada Allahuntuk perbuatan yang baik itu lebih dekat daripada pemberian yang baik.
No comments:
Post a Comment