Thursday, January 5, 2012
Apam Polka Dot
Bahan-Bahannya:
1 cwn gula
2 biji telur
1 s/k ovellate
1 s/b yis kering (mauripan)
1 s/k garam
1 cwn santan
2 cwn tepung gandum
kelapa parut secukupnya (putih sahaja)
pewarna hijau
sedikit esen pndan
Cara membuatnya:
1. Gula, telur, ovellate dipukul hingga gebu@putih
2. Masukkan santan, garam, yis kering dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit-sedikit hingga habis dan pukul sebati.
4. Masukkan esen pandan dan pewarna hijau. ( kalau nak letak warna dan perisa lain pun boleh)
5. Perap selama 2 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
6. Ambil 4 sudu besar adunan apam tadi kedalam mangkuk yang berlainan dan letaklah pewarna merah atau apa-apa pun warna yang kawan-kawan suka untuk di jadikan polka dot nya.
7. Masukkan paper cup kedalam acuan. Masukkan adunan setengah dari paper cup.
8. Kemudian masukkanlah apa-apa pun filling yang kawan-kawan suka. (aku letak coklat jer).
9. Masukkan lagi adunan hingga penuh @ 3/4 dari paper cup. Letakkan adunan yang telah diwarnakan tadi keatas adunan apam tadi (buat bentuk polka dot. Aku guna lidi jer untuk titiskan keatas adunan tadi).
10. Kukus selama 3@5 minit dengan api yang besar.
11. Setelah masak keluatkan apam polka dot dari acuan dan sejukkan sebelum dihidangkan. Walaupun dah sejuk, apam ni tetap lembut...
Yang ini aku letak filling kelapa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment