6 HARI BERSAMAMU BONDA.....

Assalamualaikum Semua....

Dah lama aku simpan cerita ni dalam blog draft. Aku nak berkongsi cerita dengan semua, detik-detik terakhir aku dengan BONDA tercinta. Bagaimana dalam kepayahan aku untuk menerima hakikat sebenar erti dan lumrah kehidupan... Baru aku tahu sekarang, kenapa ALLAH belum mengizinkan aku dan hubby menimang cahaya mata.. KERANA ada lagi tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai seorang anak perempuan dalam keluarga.....


6 Nov 2014
Jam 10.00 malam, ada 2 missed call dari mak... Ngape yer? Aku call semula... Mak bagitau dia kat Hospital Batu Pahat, Johor kerana tekanan darah terlalu tinggi.. Gulp...... Mak kat hospital??? Aku bagitau hubby. Hubby kata kita balik esok pagi. BALIK ESOK PAGI????? Ok Nurul... Relex.... Relex... Tarik nafas dalam-dalam... and hembus.... Air mata dah tak henti-henti nangis... Aku call along dan sayang, bagitau mak masuk hospital. Sayang kata dia nak balik malam ni juga. Ya Allah, berikanlah kesihatan yang baik untuk mak ku....

7 Nov 2014

Aku gerak pukul 7.30 pagi untuk balik ke Batu Pahat. Abah pesan suruh bawa barang-barang mak. Aku rasakan perjalanan untuk balik ke kampung lama betul... Lambat betul nak sampai, Aku asyik tengok jam tangan je...

Sampai rumah, ambil Nuar and barang yang abah pesan. Kami terus gerak ke hospital... Mak dok kat Wad 5 katil 6A. Sampai je kat wad mak aku nampak abah macam kelam kabut bersama-sama misi kat situ... Aku pun terus berlari dan dapatkan mak. Rupa-rupanya mak muntah. Badan mak jadi lemah dan tak berdaya. Allahuakbar.... Ya Allah, Besar sungguh dugaan mu... Mak terus muntah bercampur lendir. Doktor masukkan ubat tahan muntah sebab muntah mak dah bercampur darah sikit. Doktor kata mak kena puasa. 

Sedihnya aku tengok mak... Lagi sedih aku tengok abah. Abah terlalu sedih dengan keadaan mak. Selama ni mak dan abah tak pernah berpisah. Semuanya dilakukan bersama. Kemana sahaja berdua... Sayang dan cinta mak abah tiada tolok bandingnya. Aku sebagai anak, cuma boleh tenangkan abah. Aku tahu, buat masa sekarang, sokongan anak-anak amat diperlukan untuk abah kuat.

Mak dah mula meracau, pertuturan mak pun dah x jelas, suaranya dah kedalam.... Hidung mak berdarah... Ya Allah.... Aku jadi panik dan tak tentu arah... Aku panggil doktor untuk lihat keadaan mak. Mak asyik panggil abah dan nenek. Aku panggil abah untuk bersama dengan mak sementara aku call cik anim dan cik zaid untuk bawa nenek ke hospital. Abah berulang kali bagitahu aku yang mak mungkin tak lama lagi dengan kita. Abah minta aku jangan tinggalkan mak sendirian. Melihat keadaan mak, nurse menyuruh kami memakaikan pampers untuk mak.

Kami adik beradik bacakan yassin untuk mak supaya mak tenang.. Aku pasangkn zikir penenang jiwa kat sebelah mak. Aku tahu, untuk buat abah kuat... aku tak boleh menangis depan abah.. Aku kena kuat untuk abah terus bersabar dan redha.

Doktor nak buat scan kat kepala mak sebab nak tengok samada mak ada pendarahan kat otak atau tidak. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga.

Keputusan scan menunjukkan tiada pendarahan di kepala. Alhamdulillah, so doktor bgtau yang mak kena minor stroke sebab ada darah beku tersumbat di salur darah otak mak. Doktor kata dia akan rujuk kepada yang lebih pakar. Sekiranya memang ada darah beku tersebut, doktor akan bagi ubat cairkan darah. Alhamdulillah.... Insya'allah mak akan pulih. Harapan aku dah menggunung dan tak sabar bawa mak balik rumah.

Nenek, cik zaid dan ibu yatie datang untuk melihat keadaan mak. Along sekeluarga sampai dah petang. Masing-masing tak sangka mak terlantar macam tu. Mak.... adik akan jaga mak di hospital. Itu janji adik mak...Adik akan buat yang terbaik untuk mak. Insya'allah...

Lepas solat isya', aku suruh adik-beradik lain dan abah balik. Malam ni biar aku yang jaga mak... Mak, malam ni adik teman mak yer... Hubby tak sampai hati nak tinggalkan aku sorang-sorang. Pukul 12.00 malam, hubby masuk wad. Terkejut aku... aku bukan apa... kesian kat dia, penat drive jauh-jauh, tak cukup rehat dan tido. Tapi hubby berdegil nak temankan aku... Terima kasih sayang....

Doktor masukkan oksigen melalui hidung mak.. Maaf mak... Mungkin mak tak selesa.

Malam ni hujan turun dengan lebatnya. Seperti tahu hatiku yang sedang bersedih. Mak terjaga pukul 1 pagi. Aku salinkan pampers mak.. Maafkan adik yer mak.. Lepas salin pampers, mak ajak berbual. Walaupun tak berapa jelas perkataannya, tapi aku boleh faham... Mak tanya :

Mak : Pukul berapa?
Aku : Pukul 1.30 pagi mak.. Awal lagi, mak tidur la...
Mak : Hari ni hari apa?
Aku : Hari Sabtu. Mak masuk hospital hari jumaat pagi pukul 2.30 pagi.
Mak : (Anggukkan kepala). Lamanya mak tido...
Aku : Tak pa la mak, mak penat. Mak tido dulu yer...
Mak : (Geleng kepala tanda tak nak tido).
Aku : Kenapa mak, mak dah lama tido yer?
Mak : (Angguk kepala)
Aku : Adik picit tangan mak yer... Mak pening lagi?
Mak : (Geleng kepala)
Aku : Mak rasa pusing-pusing lagi?
Mak : (Angguk kepala)
Aku : Mak rasa pusing-pusing macamana mak?
Mak : (Angkat tangan sambil pusing-pusingkan pergelangan tangannya)
Aku : Ok.... Mak rehat yer... Mak tido dulu...
Mak : Adik tido sini... (Sambil tunjuk sebelah dia)
Aku : (sambil senyum) Mana muat... katil ni kecik. Tak pa.. mak tido la. Adik duduk kat sini yer...
Mak : (Dalam kepayahan dia tarik selimut bagi kat aku)
Aku : (Menahan air mata) Tak pa la mak... mak tido yer... (Aku cium dahi dan pipi mak)

Dalam sakit-sakit macam ni pun mak masih utamakan keselesaan aku sebagai anaknya. Mak.... adik sayang mak... Bagi adik jaga mak dulu yer... Walaupun tak sehebat mak menjaga kami adik beradik. Adik akan cuba sebaik mungkin... Tiba-tiba mak panggil aku... Katanya:

Mak : Basah....
Aku : Mak kencing yer... Adik tukarkan pampers yer...
Mak : (Geleng kepala)
Aku : (Habis apa yang basah.. Aku pegang pampers mak, kering jer) Apa yang basah mak?
Mak : Bocor....
Aku : (Ah sudah... apa yang bocor??. Aku raba-raba... Basah!!! Tapi kat kaki mak.. Aku dongak ke syiling.. Ya Allah, memang bocor rupanya...) Bocor la mak.... (aku ketawa....)

Jam dah pukul 3.30 pagi... mak suruh aku tido... Aku tido sambil pegang tangan mak. Risau kalau mak nak mengerengkan badan dia.. kalau kekanan, mak peluk bantal... kalau mengereng ke kiri, mak peluk aku.. rasa tenang je berada dalam pelukan mak. Sedar-sedar dah pukul 5.00 pagi.

Nurse masukkan mak air. Mak tak dibenarkan makan dari semalam.. Mesti mak laparkan... Mak cuma nak minum... itu pun cuma 2 sudu besar jer. Tangan dan mata  mak asyik tunjuk kat syiling je..Mak kata PUTIH...PUTIH.... Aku istghfar kat mak sambil turunkan tangan mak. Aku bgtau, tak ada apa-apa mak... Sambil aku sebut Allah berulang kali.

Lepas salinkan pempers dengan nurse, aku lapkan muka dan badan mak. tepat pukul 6.00 pagi, mak tanya ABAH.... Aku bagitau mak yang abah pergi masjid sembahyang subuh... Mak anggukkan kepala. Aku bagitau mak yang aku nak pergi sembahyang subuh dulu. Mak angguk...


8 Nov 2014

 Pukul 6.30 pagi abah telefon tanyakan mak. Aku bagitau yang mak ok je. Pukul 7.00 pagi abah call lagi tanya mak.... Risau abah dengan keadaan mak. Pukul 8.30 hubby naik kat wad mak. Kesian aku tgk dia... Muka letih jer.. Aku tanya tido mana malam tadi? Dia kata tido kat surau banyak nyamuk, dia tido dalam kereta. Mentang-mentang lah malam tadi hujan... TQ hubby. Hubby beli air panas tuk aku..

Pagi ni Doktor Mazatul Akma yang check mak. Dia akan tanya mak:

Doc : Mak Cik kat mana sekarang?
Mak : Wad
Doc : Siapa nama mak cik?
Mak : Eha (Leha)
Doc : Mak Cik kenal saya?
Mak : Oter (Doktor)
Doc : Bagus....


Doktor akan gerak-gerakkan tangan dan kaki mak. Doktor suruh lawan apa yang doktor buat. Tindakbalas mak memang baik. Pergerakan sebelah kanan 5/5 dan sebelah kiri 5/5. Alhamdulillah.... Aku tanya doktor, sampai bila mak kena puasa. Doktor kata dah boleh makan dan minum. Aku bagaitau doktor mulut dan lidah mak ada ulser. Aku tanya mak nak makan tak? Mak geleng je... aku tanya nak minum tak? Mak anggukkan kepala. Aku bagi guna hujung strow je 2 kali. Lepas tu mak tak nak lagi... Aku inform kat doktor pelatih yang mak tak boleh minum air banyak sebab ada ulser. Doktor cuba bagi mak 10 sudu air masak. Baru masuk 2 sudu air, mak dah tersedak. Doktor bimbang kalau air yang kita bagi akan masuk keparu-paru mak. So, doktor kata hari ini paru-paru mak kena x-ray dan mak mungkin kena makan dan minum guna tiub yang dimasukkan melalui hidung terus ke perut. Allahuakbar...

Hari ni mak dapat breakfast nasi goreng dan air holick... AIR HOLICK???? Mana mak boleh minum minuman bersusu.... Mak suruh aku sarapan... Mak masih utamakan anaknya untuk makan... Dalam keadaan mak macam ni, aku tak rasa lapar pun... Selera aku hilang entah kemana.... Akhirnya, makanan tu aku tak jamah pun...

Kadang-kadang ada juga perkataan mak yang aku tak paham... Bila aku tanya " mak boleh tulis?", mak anggukkan kepala. Aku pun bagi la buku dan pen... Akhirnya... aku pun tak paham juga.... hehehehehehe....



Pukul 10.00 pagi abah datang dengan sayang, kuek, yus, along, k.long n anak-anaknya.Aku terangkan kepada semua apa yang doktor akan lakukan pada mak hari ini. ABAH..... Dah semestinyalah abah sedih. Abah tanya, dah minta izin mak belum nak buat semua tu... Aku kata dah dan mak anggukkan kepala. Aku dan adik beradik yang lain kena kuat demi abah. K.long suruh aku n hubby balik berehat dulu. Petang sikit baru datang balik... Aku bagitau mak aku balik kejap. K.Long jaga mak kejap yer... Nanti adik datang lagi. Mak angguk.. Aku suruh k.long buka ayat-ayat al-quran atau zikir kat sebelah mak sebab mak nampak tenang je bila dengar zikir yang aku pasang, seolah-olah mak ikut dalam hati. Pukul 11.00pagi aku balik rumah dengan kakak n adik. Kesian plak diaorang, sebab kanak-kanak bawah 12 tahun tak boleh masuk.

Adik and Kakak

Sampai kat rumah pukul 12.30 tengah hari. Aku gi klinik kejap ambil ubat... Dugaan datang tanpa di duga. Aku kena kuat demi mak dan abah.Sampai rumah aku mandi n makan dengan anak-anak. Lepas makan aku baring sebelah hubby. Tidur kejap yer.... Zzzzzzzz...

Pukul 2.30 abah call, cakap mak cari aku... Aku dah mula risau... Rasa mengantuk masih bersisa... Baring kejap la.... Abah call lagi, tanya aku kat mana??? Uhhh... tak boleh jadi ni... bukalah wahai mata sebesar-besarnya... Aku bangun dan mandi. Anak-anak tengok tv... Kesian aku tengok. Kejut hubby suruh siap-siap untuk ke hospital semula.

Pukul 4.30 aku sampai hospital... Hubby suruh makan dulu. Kebetulan nampak along dan nuar keluar dari surau. Ajak diaorang makan sekali. Sayang dan Yus pun ada sekali. Berkumpullah kami adik beradik makan kat kantin hospital. Aku tanya along, abah kata mak menangis, kenapa along? Along kata tadi diaorang baca yassin kat katil mak.. tu yang mak sedih kut... Oh.... Hehehehehe.... Abah panic mak menagis...

Lepas makan aku naik wad dulu sebab nak gantikan kak long. Kesian kak long.... Mesti belum makan. Sampai wad je, adik beradik mak, saudara mara dan nenek ada kat sana. Alhamdulillah... Terima kasih semua datang mendoakan kesihatan mak.. Aku usap dahi mak dan bertanya:

Aku : Mak cari adik yer... Adik balik rumah kejap, mandi, makan.... tido jap....
Mak : Lamanya....
Aku : (Tersenyum)... Mak dah salin pampers lum kak long?
K.Long : Kak long tanya, mak diam jer.... Mak malu dengan kak long kot...
Aku : Tak pa la... Rasa macam tak banyak lagi ni...

Aku suruh k.long gi makan dengan abah dan yang lain... Abah mesti belum makan... Ubat pun tak tahulah... makan atau tidak... Abah kena kuat tau... Demi mak...Abah kena jaga kesihatan abah...

Lepas solat magrib aku suruh kak long dan along bawa abah makan sebelum balik rumah... Abah kata  nantilah lepas Isya'. Aku paham perasaan abah. Sabar yer abah... Allah sedang menguji kita sekeluarga.

Malam ni kita berdua lagi yer mak... Aku minta tolong nurse salinkan pampers mak... Wah wah ponuh... Maaf yer mak... Lepas salin pampers, aku cakap kat mak, yang aku nak gi solat isya'. Mak angguk kepala. Malam ni mak tak banyak cakap. Mak tido je... mungkin mak penat sebab menerima kunjungan dari saudara mara. Mak rehat yer... Aku tanya mak, nak buka Zikir macam semalam tak? mak angguk kepala... Aku pun buka youtube dan letakkan kat sebelah bantal mak. Mak nampak macam senyum jer...

Mak tak gerakkan badan pun malam ni.. Sesekali aku bagi minum air zam-zam menggunakan straw... Aku suruh hubby balik rumah tidur. Esok baru datang semula. Hubby kata tak sampai hati nak tinggalkan aku sorang-sorang. TQ hubby. Malam ni mak betul-betul kasi aku tidur. Mak tidur je... Sesekali je dia gerakkan badan.

9 Nov 2014
Pukul 5.00 pagi kak long dah datang hospital.... Awalnya kak long... TQ. Aku, kak long dan nurse salinkan pampers mak. Maafkan kami ye mak. Alhamdulillah... Selesai misi salin menyalin... Aku bagitau kak long, mak punya BP dah turun. Alhamdulillah. K.long suruh aku dan hubby balik dulu rehat. Dia akan jaga mak pula. Nantilah lepas subuh baru balik yer... kesian plak kat k.long, nanti tak ada orang ganti nak solat subuh.

Pukul 7.30 pagi aku dan hubby balik. Aku kejut mak dan bagitau aku nak balik kejap. K.long akan jaga mak. Mak angguk dan buka mata. Aku cium dahi mak. Tak dapatlah aku dengar doktor punya plan untuk mak hari ni...

Sampai rumah aku terus bentang toto dan tidur dengan hubby. Aku tengok abah dan anur tengah siap-siap nak ke hospital. Abah kata rehat dulu. Apa-apahal nanti abah telefon. Ok abah... TQ Yus sebab masak untuk kami semua.. Maaf angah tak tolong...

Pukul 1.00 tgh hari aku dah bangun. Rasa dah lama benor aku tido... Eh... Semua orang dah pergi hospital ker??? Kak long wassap tanya aku datang pukul berapa? Aku balas balik "tengah siap-siap"... Eh... Tak boleh jadi, kena telefon ni...

Aku : Assalamualaikum mama? Kenapa?
K.long : Nanti adik datang jangan terkejut tau tengok mak?
Aku : (Terkedu) Kenapa dengan mak, mama?
K.Long : Tak ada apa-apa lah, adik siap-siap dulu yer.
Aku : Ok mama...

Mesti ada yang tak kena dengan mak ni.. Ya Allah, Kau kuatkanlah semangat dan berikanlah kesihatan kepada mak ku Ya Allah.... Aku kejut hubby dan ajak dia makan. Sementara tunggu dia mandi, aku kemas dulu bag hubby sebab hubby dah nak balik palong. Lama benar kedai tu bertutup. Terima kasih hubby dan keluarga mertua sebab izinkan aku jaga mak.

Sampai hospital lebih kurang pukul 3.00 ptg, Aku dan hubby terus ke wad mak. Allahuakbar.... kenapa dengan mak... Kak long kata, doktor terpaksa letak satu alat untuk memastikan lidah mak tak terbalik dan menurun kedalam.
Inilah alat yang masuk dalam mulut mak...

Aku dan k.long salin pampers mak. Maafkan kami yer mak...Ya Allah, besar betul dugaanmu... K.long kata, tadi mak pergi buat scan kepala dan dada. Tapi result belum keluar... Sayang sekeluarga dan nuar akan balik hari ni.. Ye lah, masing-masing ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Insya'allah, angah akan jaga mak sebaik mungkin.... Bila dah pakai alat tu, mak tak boleh telan air liur macam biasa. Air liur mak akan berkumpul. Nurse akan sedut air liur dan kahak mak guna suction. Adoi ai... bunyi macam vacum jer... Kesian mak... Kadang-kadang sampai terbatuk-batuk mak. Mesti mak tak selesa...

Hari ini adik beradik mak yang jauh datang melawat mak kat hospital. Alhamdulillah, kasih sayang mak adik beradik kuat hingga ke hari ini...

Pukul 4.00 petang, Doktor Mazatul Akma panggil kami adik beradik dan abah untuk terangkan situasi mak berdasarkan x-ray yang dilakukan pagi tadi... Apapun kemungkinan yang berlaku aku adik beradik yang lain kena kuat... Terutama sekali abah...

Doktor kata otak mak tak cukup oksigen sebab ada darah tersumbat pada pembuluh darah otak mak. Allahuakbar .... Doktor bagi 2 pilihan untuk kami semua :

1. Masukkan tiub untuk bagi bantuan oksigen selama 5 hari. Lepas 5 hari tiub tersebut mesti dikeluarkan dan mak dikehendaki menjalani operation untuk tebuk pada leher mak dan masukkan tiub untuk membolehkan mak menerima bantuan oksigen. Bila dah tebuk kat leher, mak akan ada banyak komplikasi seperti jangkitan kuman sekiranya tidak dijaga dengan baik dan sempurna.

2. Doktor akan masukkan oksigen macam biasa melalui hidung. Doktor akan increase kan sukatan oksigen yang masuk secara berperingkat. Walaupun tak tebuk kat leher mak, mak tetap akan ada komplikasi kesihatan.

Allahhuakbar... Kedua-dua pilihan yang doktor bagi, the end of that tetap akan ada komplikasi kesihatan... Ya Allah, aku redha Ya Allah. Hanya kau yang tahu apa yang terbaik untuk mak. Ya Allah, permudahkanlah urusan kami sekeluarga Ya Allah.... Untuk memilih cara yang pertama, aku memang tak setuju.. Itu akan lebih menyiksa mak... Bukan aku tak sayang mak, sebab aku terlalu sayang lah aku tak sanggup mak ditebuk lehernya. Abah memerlukan semangat anak-anak dan orang sekeliling. "ABAH.... KITA REDHA YE ABAH... KESIAN MAK TERSIKSA KALAU DI TEBUK..." Itu lah ayat yang aku cakap kat abah... Abah kena kuat untuk mak... Dan kami akan kuat untuk abah...
Gambar dari Group wassap
Gambar dari Group wassap
Setelah berbincang, kami semua sebulat suara memilih cara yang kedua. Semuanya kami serah pada Allah dan kami mahu yang terbaik untuk mak... Aku dan abang sayang pergi jumpa doktor dan memaklumkan keputusan kami. Semua surat aku yang tandatangan... Mak adik nak yang terbaik untuk mak. Adik tak akan menambahkan lagi penyiksaan mak... Ya Allah, kau permudahkanlah urusan mak ku Ya Allah.

Sayang sekeluarga dah balik ke Pasir Gudang. Esok dah mula kerja. Tak pa dik, angah akan jaga mak sebaik mungkin. TERIMA KASIH SAYANG DAN YUS KERANA TOLONG JAGA MAK. YUS, TERIMA KASIH SEBAB TOLONG MASAK KAT RUMAH DAN TOLONG BASUH KAIN.. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK... Insya'allah... Aku tanya hubby, nak balik pukul berapa? Hubby kata dia tak sampai hati nak tinggalkan mak dalam keadaan macam tu... Hubby kata dia balik esok je... Malam ni hubby temankan aku lagi... Terima kasih hubby kerana izinkan isterimu ini jaga mak nya... Terima kasih kepada mak dan abah mertua kerana memahami keadaanku disini.

Lepas salin pampers mak dengan umi hanim, cik liza cik ai n kak long, aku suruh kak long balik dulu.. lagipun dah malam.. Terima kasih semua... Lepas solat isya', kak long, along, abah dan kuek balik rumah. Rehatlah dan tenangkan fikiran. Apa-apahal adik akan telefon. Abah selalu berpesan, jangan tinggalkan mak sorang-sorang... Adik ingat pesan abah tu...

Mak, malam ni kita bertiga lagi... Malam ni mak tak banyak bergerak. Bila aku panggil mak buka mata. Maknanya mak sedar dan dengar apa yang aku kata... Aku berbual dengan mak macam biasa. Aku berbual seperti mak tu tak sakit apa-apa pun.. Aku bagi kata-kata semangat kat mak untuk mak terus kuat dan lawan sakit mak tu...Zikir yang ada kat handphone aku buka dan letak sebelah mak.

Setiap sejam, mak kena buat suction.K.long kata kahak mak banyak. Aku panggil je nurse bila nampak mak dah nak terbatuk... maknanya air liur dan kahak dah banyak.
Alat Suction mak

Aku buat catitan untuk suction mak... Nak tengok duration time tuk suction.


Ya Allah, kelat tul mata aku ni... ngape aku ngantuk sangat ni... Jam baru pukul 2.30 pagi... sambil sapu lotion kat tangan mak aku cakap "ngantuknya mak....." Tiba-tiba aku tak dengar bunyi kahak mak masa mak tarik nafas. Macam orang sihat tidur... Aku pun pegang tangan mak dan tidur. Dahi aku letak kat besi katil mak. Sedar-sedar dah pukul 4.30 pagi... Ya Allah...Lamanya aku tidur... Aku tengok mak tenang je tido.. Terima kasih mak. Dalam keadaan mak macam ni pun mak masih kesian kat anak mak ni... Aku cium mak. Tiba-tiba mak batuk... Aku panggil nurse suruh buat suction.

Pukul 5.00 kak long dah sampai.... Terima kasih... Jom kita tukar pampers mak.. Maafkan kami yer mak... Masa lap punggung mak, k.long kata dah ada tanda-tanda nak melecet. Allahuakbar... Mungkin sebab mak baring je kot... Aku cakap kat kak long yang aku catit bila masa mak kena buat suction sebab nak tau kekerapan kahak mak. Nanti kak long sambung je lah yer...

Lepas solat subuh, aku suruh kak long gi solat dulu, baru aku balik. Mak... adik balik dulu yer.. nanti petang adik datang lagi jaga mak... Mak buka mata... Aku cium mak. Hubby tengok je mak.. Aku suh hubby cium mak sebab hubby nak balik dah petang ni. Selalu kalau nak balik N9, mak akan pegang pipi hubby dan cium pipi hubby sama macam mak buat kat anak-anak mak... Hubby cium pipi mak dan dahi mak. Aku tengok mata hubby merah dan air mata menitis... Balik dulu ye mak...

10 Nov 2014
Sebelum sampai rumah aku beli sarapan dulu. Nanti senang abah nak sarapan. Sampai rumah pukul 8.00 pagi. Abah tengah kemas dapur, buang sampah dan bagi ayam makan. Itu memang rutin abah. Aku buat air panas dan suruh abah sarapan dulu sebelum gi hospital. Aku bentang toto dan tidur dengan hubby... Sedar-sedar je dah azan zohor. Aku pun tak tahu abah dan kuek gi hospital pukul brape.... Along dan anak-anak dah makan ke belum yer.... Aku kejut hubby suh mandi dan solat. Hari ni hubby dah nak balik N9. Lepas kemas-kemas baju hubby, aku ajak hubby makan dulu.

Hubby balik pukul 2.00 petang. Aku dan along tunggu orang datang untuk service peti ais abah. Tapi tak datang-datang. Abah call bagi tahu tak yah tunggu orang tu... Dia datang lambat. Ok... Jom kita gi hospital anak-anak... Sebelum sampai hospital gi farmasi cari ubat along n aku dulu... hehehehehehe... Pampers mak kak long dah beli. Along.... aku sayang ko lah....

Sampai klinik pukul 4.00 petang. Nuar kata, nenenk, pak uda, mak uda, cik enon ada kat atas... Alhamdulillah... Terima kasih semua... Nenek ada bagi air untuk mak. Abah kata kalau nak bagi mak minum, bagi air yang nenek bawa tadi... K.long kata, mak demam... Kejap ok... kejap panas... Risau pula aku. Aku suruh Nuar beli cool fever kat kedai bawah. Kak long kata, sekarang mak dah kerap kena suction... Darah tinggi mak pun dah naik balik. Atas 200++, bawah ok 68@70. Allahuakbar.... Mak bertahan lah....

Aku usap rambut mak dan rasa dahi mak.. Tak panas sangat... Aku letak towel basah kat dahi, dan ketiak mak. Harap suhu badan mak boleh turun. Aku kesian tengok abah... Mesti abah tak cukup rehat... Entah dah makan ke belum... Kalau tanya, mesti abah jawab tak ada selera nak makan... So, kena paksa abah makan juga... sebab abah kena makan ubat.

Alhamdulillah... Adik dan kakak dapat jumpa mak kat wad. Terima kasih doktor kerana buatkan surat pelepasan untuk cucu-cucu mak tengok mak. Lepas solat asar, aku suruh along, k.long dan anak-anak balik. Sebab diaorang nak balik Seremban malam ni. Risau pula aku kalau dah malam sangat baru nak balik. Kak long kata, kita salin pampers mak dulu. Maaf yer mak.. TERIMA KASIH ALONG DAN KAK LONG. TOLONG ADIK JAGA MAK. KAK LONG, TERIMA KASIH TOLONG MASAK DAN BASUH KAIN. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK... KITA DAH LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MAK....

Suhu badan mak masih tak turun-turun lagi... Ya Allah... Risau betul aku tengok mak...Nurse suruk letak kain basah kat celah-celah belipat mak (Celah ketiak dan celah paha). Panas betul badan mak... Doktor kata malam ni mak akan diberi ubat antibiotik untuk turunkan suhu badan mak. Dalam masa yang sama mak kena masuk air sebab mak tak makan apa-apa pun kecuali air zam-zam dan air kosong jer.

Lepas isya', abah dan anuar balik. Aku suruh anuar ajak abah makan dulu... Abah kata tak nak makan kat kantin hospital sebab tak sedap. Dia nak makan kat luar. Alhamdulillah... Ada senyuman di bibir abah. Aku bersyukur sangat. Sebelum ni air mata dan kesedihan je yang ada kat wajah abah.

"Mak... Malam ni kita berdua je... Roslee dah balik Palong. Kedai dah lama sangat tutup. Tapi Seli dan mak mertua izinkan adik jaga mak. Alhamdulillah.. Adik jaga mak yer... " Mak buka mata..."Adik sayang mak..." Aku bacakan Surah Maksurat kat mak... Aku tengok mata mak kejap-kejap terbuka. Aku habiskan bacaan aku tu sambil usap-usap jari jemari mak... Sejuk je aku rasa jari mak. Bila mata mak terbuka macam cari sesuatu, aku usap-usap dahi mak sambil bisikkan ALLAH di telinga mak... Kadang-kadang aku letak tapak tangan mak kat atas kelapa aku. Aku mengharapkan yang dia tahu aku ada kat situ jaga dia...

Aku bukakan zikir penenang jiwa kat youtube dan letak kat sebelah mak. Aku tak tahulah mak tidur ke tak... Sebab kalau bunyi apa-apa mak akan buka mata. Alhamdulillah... Panas mak dah turun... Tapi mak kena buat suction setiap 1 jam.. Sampai dah bercampur dengan darah sikit. Nurse ajar aku cara-cara nak bagi mak minum air dan ubat menggunakan tiub. So, nanti bolehlah aku bagi air kat mak.

Seperti biasa, mak akan bagi aku tidur dari pukul 3.00 pagi hingga 4.50 pagi. Pukul 5.30 aku tukarkan pampers mak dengan bantuan nurse kat situ. Maaf yer mak... Aku lap-lapkan muka mak. Then aku pakaikan bedak kat muka mak. Hehehehehe.. dah wangi dah mak...

11 Nov 2014
Pagi ni aku kena mandi dulu sebab tak balik rumah. Lepas mandi aku bgtau mak aku nak gi solat subuh. Mak buka mata. Aku minta tolong orang sebelah katil mak tengokkan mak. Setiap hari aku solat, aku minta Allah permudahkan urusan mak dan kami sekeluarga. Sesungguhnya aku redha atas apa yang berlaku.. Aku anggap ini semua ujian dariNya.

Pagi ni doktor check mak. Macam biasa doktor kejut mak suruh buka mata. Tapi mak tak buka... Aku pun tepuk dada mak perlahan sambil panggil mak... Mak buka mata.... Bila doktor suruh mak lawan tangan doktor, mak lawan. Bila doktor suruh mak tendang, mak tendang. Walaupun lemah tapi mak tetap kuatkan semangat. Doktor punya keputusan, anggota sebelah kiri mak 3/5 dan anggota sebelah kanan mak 4/5. Doktor kata mak awak kuat semangat. BP test mak tetap tak turun juga... atas 211 bawah 68. Oksigen ok, 98 ~ 100.

Sebenarnya setiap pagi abah akan telefon aku tanya pasal mak... Lepas abah balik solat subuh mesti abah tepon aku... Aku suruh abah gi sarapan dulu sebelum naik wad. Pagi ni abah dan anuar akan jaga mak... Aku bagitau anuar yang mak kena buat suction setiap jam... Bergantung pada kahak mak... Tapi nurse-nurse yang jaga wad ni memang dah tahu kahak mak banyak dan kena buar suction.

Pukul 11.00 pagi, lepas bagi mak ubat dan minum air, abah suruh aku makan dulu. Lepas tu suruh aku tido kejap kat surau bawah sebelah dengan kantin hospital. Aku ajak anuar makan sekali.... Kesian anuar... Terima kasih yer dik... Temankan angah.... Lepas makan aku baring+tido kat surau. Eh..eh..eh.. ada bantal dalam almari lah... Capai satu bantal dan 1...2...3.. Zzzzzzz.... Aku tersedar pukul 2.30 ptg. Pening plak kepala... Yer la kejap-kejap terjaga sebab bunyi bising-bising... Tapi tak pa.. janji dapat baringkan badan den ni ha.. Alhamdulillah....

Lepas solat aku beli air kat koperasi bawah wad mak... Beli 3 air, untuk abah, anuar dan aku... Kesian abah... penat yer... Anuar kata, abah tak boleh jaga mak sebab abah cepat panik... Ya la anuar... mak lah satu-satunya buah hati abah... Mestilah abah risau....


Abah kata, masa aku tido tadi, ada pakar pemakanan datang jumpa abah kat katil mak. Oleh kerana mak tak boleh minum susu, doktor suruh abah masakkan bubur, then blend bubur tu, then tapis.... Air tapis tulah yang boleh bagi kat mak... sebab mak guna tiub untuk makan... Insya'allah, abah kata esok abah buatkan.... Terima kasih abah... Aku suruh anuar ajak abah makan dan rehat dulu kat surau bawah. Mesti abah dan anuar dah letih kan... Abah kata tak nak makan kat kantin, tak sedap katanya... Tak pa lah... janji abah makan.

Pukul 5.50 petang abah dan anuar naik semula ke wad. Ada doktor fisioterapi datang tunjukkan cara-cara nak buat senaman untuk mak. Doktor kata nanti nurse akan ajar cara nak mengiringkan mak. Ok, lepas minum air kita buat senaman yer mak... Mak uda, pak uda dan nenek datang tengok mak. Nenek bawakan air untuk mak. Alhamdulillah... Terima kasih nenek. Cik Anim pun datang... Terima kasih umi... Lepas pak uda, mak uda dan nenek balik, aku minta tolong cik anim tukarkan pampers mak...

Cik anim ajar aku ambilkan wuduk untuk mak. Mak... malam ni kita solat maghrib yer... Aku dan cik anim tutup tangan mak dengan towel. Kaki mak aku selimutkan... Rambut mak memang dah tutup dengan towel. Aku tepuk dada mak perlahan sambil panggil nama mak... Mak buka mata. Aku cakap kat telinga mak "Mak adik bantu mak untuk solat maghrib yer.. Mak ikut dalam hati.." Mak buka mata dan tutup semula... Aku pun mulakan dengan niat solat maghrib dan baca bacaan dalam solat hingga habis dan cukup 3 rakaat. Lepas bagi salam aku tengok air mata mak mengalir... Aku lap dan cium mak... Aku gi solat maghrib dulu, sementara Cik Anim tolong jaga mak.

Lepas solat maghrib, cik anim balik... TERIMA KASIH UMI HANIM... TERIMA KASIH JUGA KEPADA AYAHANDA DAN BONDA SAUDARA SERTA SAUDARA MARA YANG BANYAK BAGI NASIHAT DAN KATA-KATA SEMANGAT PADA MAK. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...  Aku suruh abah solat dulu... Abah kata abah nak solat maghrib dan isya' sekali... lepas tu dia nak tengok mak dulu. Then baru balik rumah...

Suhu badan mak tak turun-turun dari petang tadi. Tetap 40 darjah celcius. Aku ambil towel kecil dan basahkan. Perah lebih kurang dan letak kat kepala mak, bawah ketiak dan paha mak. Tak sampai 1/2 jam towel tu jadi panas. Malam ni, aku betul-betul risaukan mak. Suhu badannya tak berubah-ubah.

Along telefon aku, bagi tahu yang dia ada minta sepupu aku Amir untuk ambil aku esok pagi balik rumah. Along kata boleh la aku rehat kat rumah. Lepas zohor or Asar, Amir akan hantar aku ke hospital semula. Terima kasih along. Aku call amir untuk ambil aku jam 11 pagi esok. Aku minta tolong orang sebelah katil mak tengok-tengokkan mak sbb aku nak solat Isya' dulu. Tiada lain ayang aku doakan. Semoga Allah permudahkan urusan aku sekeluarga. Aku yakin, hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk mak.

Lepas solat, nurse mengiringkan mak ke kiri. Tenang je aku tengok muka mak. Aku usap-usap tangan dan jari jemari mak. Malam ni aku tak boleh nak tidur kerana risaukan mak. Suction untuk kahak mak pun dah berkurangan.. 1@2 jam baru buat suction. Mungkin mak selesa bila nurse mengirengkan badan mak. Suhu badan mak tetap sama. Badan mak kena sentiasa lap dengan kain basah. Aku rasa kalau letak telur kat katil mak, confirm jadi telur setengah masak.

Pukul 3.30 pagi, nurse cabut jarum kat tangan mak sebab tangan mak dah bengkak. Ubat antibiotik pun dah 2 kali masuk dalam badan mak. Tapi suhu tetap tak turun-turun juga. Aku tanya doktor yang bertugas malam tu, kenapa dah masuk antibotik tapi suhu tak turun? Doktor tu kata memang macam tu, kena tunggu 2@3 hari baru suhu badan akan turun.. PULAK DAH!!!!!

Pukul 5.00 pagi aku salin pampers mak dengan batuan nurse. Maafkan adik yer mak. Lepas tu aku lap badan mak. Rasa macam dah tak panas sangat. Hmmm... tengok pukul 6.30 pagi nanti. Nurse akan check sekali lagi.  Aku tepun kejutkan mak, bagitau yang aku nak gi solat subuh. Mak buka mata sekali dan tutup. Kali ni tiada lagi anggukan dan gelengan mak. Aku minta tolong nurse tengokkan mak sementara aku solat.

12 Nov 2014
Lepas solat subuh, aku duduk kejap kat tembok luar. Pagi ni aku rasa macam kosong je... Aku masuk semula ke wad. Aku tengok ada doktor pelatih tengah cari urat mak untuk masukkan jarum. Aku tanya kenapa kena masukkan semula jarumnya? Nurse kata suhu badan mak tinggi lagi, itu yang kena masukkan air dan antibiotik lagi... Susah betul aku tengok doktor tu nak cari urat mak. Ye la, tangan mak dah bengkak, itu yang tak dapat cari tu.... Alahai.... Aku cakap kat doktor tu " Cucuk la mana-mana pun doktor, mak saya dah tak rasa dah". Sesiap je masukkan jarum, terus nurse masukkan air dan antibiotik. Mak.... mak kena kuat tau... Adik tahu mak kuat.... Adik sayang mak.

Cik Zaid call pukul 7.00 pagi tanya keadaan mak. Aku cakap mak demam tak kebah-kebah lagi. Darah tinggi dia pun sama, tak turun-turun lagi. Cik Zaid kata petang nanti dia nak datang melawat mak. Terima kasih cik zaid.

Pukul 8.30, anuar telefon tanya aku nak sarapan apa? Tak rasa lapar lah dik... Aku suruh anuar belikan air panas je. Pukul 9 pagi abah dan anuar dah sampai... Awalnya abah sampai... Handsome plak aku tengok abah hari ni. Dengan baju batiknya.. Tak silap aku baju batik ni sepasang dengan baju mak. Abah bawakan bubur tapis untuk mak. Alhamdulillah... Nanti pukul 10 kita makan ye mak. Terima kasih abah.

Abah cium dahi mak dan usap kepala mak. Aku bagitau abah yang suhu badan mak tak turun-turun... Abah diam je... Macam pelik pula, selalu reaksi muka abah akan nampak kerisauan. Tapi pagi ni tak pula. Aku suruh anuar jaga mak sekejap. Aku ajak abah duduk kat luar sambil bawa bungkusan air panas yang anuar belikan tadi. Aku bagitahu abah, yang aku dah suruh amir ambil aku pukul 11 nanti. Abah kata ye lah.... Balik dan rehat dulu. Abah tanya nak bagi mak makan pukul berapa? Aku kata pukul 10 pagi sebab mak baru lepas minum. Nurse kata kena tunggu 1 jam baru boleh bagi minum lagi. Aku plan lepas buat suction nanti baru bagi mak makan. TIBA-TIBA.... Aku dengar ada orang buat suction....

Aku masuk dalam dan tengok doktor fisioterapi tu buat suction... Hemmmm.... pelik pulak.. Tak pa lah dia kan doktor juga. Selalunya, lepas buat suction, mak akan tarik nafas panjang. Aku akan tepuk-tepuk dada mak seperti yang nurse ajar sambil berulang kali menyebut ALLAH di telinga mak. Mak akan hembuskan nafas mak perlahan-lahan sambil matanya terbuka. Tapi kali ni aku tengok mak tarik nafas panjang... bila aku tepuk-tepuk dada mak dan sebut ALLAH, mata mak buka sikit je dan mak tak lepaskan nafas mak semula. Aku tengok dada mak dah tak berombak.. Allahuakbar.... Aku suruh anuar panggil abah. Abah usap ubun-ubun mak sambil ucap ALLAH....

"Doktor mak saya tak breathe...." Doktor datang dan check keadaan mak. Kami semua disuruh keluar. Katil mak dah tertutup dengan langsir katil... Ya Allah, aku berserah padaMu Ya Allah... Aku tengok abah tenang je... Tak seperti hari-hari sebelum ni. Mungkin abah dah bersedia menerima apa jua keadaan mak. Bila doktor bagi tahu yang mak dah tak ada... aku, abah dan anuar cuma terdiam dan kami serentak melafazkan :

Ya Allah, besar sungguh dugaan mu... Tapi aku bersyukur, kerana Allah memberi peluang untuk aku menjaga arwah mak walaupun tak sehebat arwah mak menjaga aku dan adik beradik yang lain.

LA TAHZAN.... SELAMAT TINGGAL BONDA....
( klik link diatas untuk sambungan...)


No comments: