Assalamualaikum semua...
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ALLAH s.w.t kerana memberi aku kesihatan yang baik dan sentiasa melindungi hambanya. Amin...
Hari ini aku nak ucapkan TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA KEPADA:
My hubby Mohd Roslee kerana...
Menjaga
isterimu yang cute miut ni. Alhamdulillah, hubby tak pernah mengeluh
menjaga aku dari hari pertama masuk hospital. Hari pertama aku masuk
hospital, aku period pulak.. Hari pertama tu juga aku terus di operate.
Bayangkan, dengan kaki bersimen, tak boleh berpijak langsung. Macamana
aku nak uruskan diri aku sendiri. Hubby kata "tak pa.. orang ada. Orang
boleh buat untuk awak". Hmmm.... terharu betul aku dengar. Hubby biasa
bahasakan diri dia dengan panggilan "orang".
Hari
kedua, hubby dah datang pagi-pagi. Entah dah sarapan ke belum... Bila
aku suruh sarapan, dia kata tunggu aku sarapan dulu. (sebaknya bila
teringat semula).... Semua aktiviti pagi (buang air kecil, gosok gigi,
cuci muka, tukar pad) kena lakukan atas katil. Aku tunggu hubby
datang... Bila dah siap semua tu, hubby akan lap-lap badan aku dengan
towel basah. Erm..... Selalu time petang hubby akan tido, demi menjaga
aku, dia tido kat sebelah katil aku dengan berbantalkan lengan. Malam tu
hubby tido kat surau hospital. Entah lena ke tak tidonya. Kesian pula
aku tengok.
Hari ketiga, aku dah boleh discharge...
Alhamdulillah. Lepas beli tongkat (itulah syarat untuk aku kalau nak
discharge cepat), aku diajar cara nak pakai tongkat. Aku tak boleh
bergantung pada kerusi roda sahaja. Takut nanti semua semua urat kaki
cramp sebab tiada pergerakan pada kaki.
Untuk hari-hari
yang berikutnya, hubbylah orang yang menghantar aku ke Klinik Palong 9
untuk cuci luka, hantar aku ke Hospital Serting untuk buat fisioterapi,
hantar aku gi Hospital Pilah untuk follow up check-up and menceriakan
aku masa aku bersedih. Hubby banyak bagi aku motivasi dan kata-kata
semangat untuk terus kuat. Thanks hubby... LOVE U SO MUCH....
Mak dan Abah (Hjh Zaleha Hj Abd.Basar dan Hj Mohibah Hj Mohamad...
Terima
kasih mak n abah sebab sanggup datang dari jauh untuk menjenguk dan
menjaga anakmu ini... Terima kasih bebanyak... Jasa mak n abah terlalu
besar buat adik... LOVE U SO MUCH TOO....
Mak dan bapa mertua (Azenah Hj Samadi dan Pairan Kassan Yati) serta Adik Uyun (Nurohaniza Pairan)...
Terima
kasih abah sebab izinkan mak dan adik bantu along kat kedai masa nor
sakit. Terima kasih mak dan adik kerana tolong masakkan untuk nor dan
along. Mak, abah dan adik dah banyak tolong along dan nor, jaga nor masa
sakit, basuhkan kain baju dan kemas-kemaskan rumah. Keperihatinan mak,
abah dan adik membantu nor untuk lebih kuat untuk sembuh. Terima kasih
banyak-banyak.... Jasa mak, abah dan adik terlalu besar buat nor... LOVE U SO MUCH TOO....
Adik beradik dan ipar duai...
Terima
kasih kerana terus memberi semangat untuk sembuh. Sayang, terima kasih
sebab ajar angah cara guna tongkat yang betul. Kuek, terima kasih sebab
dressing luka angah. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan kesihatan
angah/k.long. LOVE U SO MUCH TOO....
Saudara mara, jiran tetangga dan rakan-rakan....
Terima
kasih kerana sentiasa mendoakan kesihatan saya. Kunjungan anda semua
amat saya hargai. Ada juga jiran-jiran kat sini yang memberi sumbangan
dan ubat untuk aku. Terharu betul kerana ada juga orang yang mengambil
berat pada kita. Pada mak dan bapa saudara ku serta rakan-rakan yang tak
putus-putus menelefon/sms bertanyakan khabar dan memberi kata-kata
nasihat untuk aku dan mendoakan kesihatan aku.. TERIMA KASIH SEMUA....
Waaaaa....
sedihnya bila ingatkan semula... Alhamdulillah, semoga allah melindungi
diriku, suamiku, ibubapaku, mertuaku, adik beradikku, ipar duaiku,
saudara-saudaraku dan jiran-jiranku dunia dan akhirat. Amin....
No comments:
Post a Comment