Monday, January 30, 2012

Siput Sedut Masak Lemak

Assalamualaikum kawan-kawan....

Tengah hari tadi aku masak Siput Sedut Masak Lemak. Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan adik beradik ranger siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Nama sainsnya adalah Cerithidea obtusa. Alahai...dah lama sebenarnya nak makan siput sedut. Kalau beli yang dah siap masak, kadang-kadang rasanya tak kena dengan tekak kita.

Dalam sibuk-sibuk jaga kedai sorang-sorang pun aku sempat lagi bersihkan siput sedut and batang keladi.


Siput Sedut sebelum dan selepas dibersihkan. Potong sedikit bahagian hujung siput bagi memudahakan proses menyedut nanti ; )


Batang keladi yang sudah dibersihkan hendaklah direbus dahulu untuk menghilangkan getahnya.

Hubby balik dari kebun jer cakap dah lapar sangat... Cian nyer.. Ok jom kita kongsi resepi Siput Sedut Masak Lemak...



Bahan-Bahan:

1 bungkus siput sedut yang dah dibersihkan
(selalunya 1 bungkus RM5.00)
5 batang keladi @ sulur keladi yang dah dibersihkan dan dipotong
(nak senang beli jer yang dah siap dibersihkan dan dipotong kat kedai... )
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 batang serai (dititik)
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan putih
*10 biji cili api
*1 mangkuk kecil ikan bilis
*1 1/2 inci kunyit basah
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:

1. Rebus siput sedut hingga mendidih. Toskan airnya dan ketepikan.

2. Rebus batang keladi hingga mendidih. Toskan airnya dan ketepikan.

3. Blender semua bahan-bahan yang bertanda * .

4. Didalam periuk masukkan siput sedut, batang keladi, serai, bahan yang telah di blender dan baki santan cair tadi.

5. Masak diatas api yang sederhana.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebentar.

7. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat. Perasakan lagi sekali garamnya. Kalau kurang masin bolehlah tambanh garam lagi. Sentiasa kacau masak lemak kita supaya tidak pecah santan.

8. Bila dah mendidih untuk kali kedua. Padamkan api dan siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba...

No comments: