Tuesday, January 31, 2012

Ketam Masak Black Paper With Shiitake Mushroom

Assalamualaikum semua...

Hari ni kat kedai ada jual macam-macam jenis ikan dan hubby ada ambil ketam. Dah lama tak makan ketam... Lagipun hubby kata susah nak makan... Tapi tadi aku tengok dia makan gak... tq hubby. Luv u... Semalam dah masak Lemak Siput Sedut, so ari ni just tumis kangkong kampung, goreng ikan gelama and Ketam masak black paper with shiitake mashroom... Emmm.. shiitake mashroom tu favorite aku sebenarnya... nak masak pun senang... hua..hua...hua...

Korang kenal tak shiitake mashroom? selalunya yang ada jual kat kedai jenis dried mushroom. Ada gak yang fresh punya. Tapi aku lebih suka yang kering sebab boleh tahan lama kalau disimpan. Kalau nak masak kena kena rendam dulu (selalunya aku rendam guna air panas, cepat sikit dia kembang dan lembut). Bila dah lembut, buang mushroom stem dan potonglah shiitake mushroom tu ikut suka.


Inilah Shiitake Mushroom yang fresh dan yang telah di keringkan

Ok, kat bawah nie resepi Ketam Black Paper With Shiitake Mushroom yang simple...



Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):

2 ekor ketam sederhana besar (dibersihkan dan di toskan airnya)
*1 biji bawang besar (yang sederhana je)
*3 ulas bawang putih
*2 sudu besar lada hitam
*1/2 inci halia
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis (apa-apa brand je janji kicap manis)
3 biji Shiitake Mushroom kering (rendam dengan air panas hingga lembut dan potong 4)
Air secukupnya
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara:
1. Bawang besar di belah dua. Satu bahagian untuk ditumbuk halus bersama bahan lain yang bertanda *. Sebahagian lagi di hiris kasar.

2. Tumis bahan yang dah ditumbuk tadi hingga naik bau.

3. Masukkan sedikit air dan sos tiram. Kacau sebentar. Masukkan ketam dan Shiitake Mashroon. Kacau lagi dan tutup kuali/periuk anda. Sekali sekala kena kacau ketam tadi. Kalau nampak macam dah nak kering, boleh masukkan sedikit air lagi dan tutup.

4. Bila nampak ketam dah berubah warna, masukkan kicap manis dan hirisan bawang besar tadi. Kacau dan tutup kuali/periuk dalam 3@5 minit lagi sebelum dihidangkan.

** Dalam resepi ni mamang tak guna garam, gula dan serbuk perasa kerana sos tiram dah cukup masin, kicap pula dah cukup manis dan lemaknya. Lagi satu, kuah sos black paper ni akan pekat sendiri sebab sos tiram boleh memekatkan kuah@sos.

Monday, January 30, 2012

Siput Sedut Masak Lemak

Assalamualaikum kawan-kawan....

Tengah hari tadi aku masak Siput Sedut Masak Lemak. Siput sedut atau juga dikenali sebagai belitung, siput mata merah merupakan adik beradik ranger siput air tawar yang boleh di makan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. Nama sainsnya adalah Cerithidea obtusa. Alahai...dah lama sebenarnya nak makan siput sedut. Kalau beli yang dah siap masak, kadang-kadang rasanya tak kena dengan tekak kita.

Dalam sibuk-sibuk jaga kedai sorang-sorang pun aku sempat lagi bersihkan siput sedut and batang keladi.


Siput Sedut sebelum dan selepas dibersihkan. Potong sedikit bahagian hujung siput bagi memudahakan proses menyedut nanti ; )


Batang keladi yang sudah dibersihkan hendaklah direbus dahulu untuk menghilangkan getahnya.

Hubby balik dari kebun jer cakap dah lapar sangat... Cian nyer.. Ok jom kita kongsi resepi Siput Sedut Masak Lemak...



Bahan-Bahan:

1 bungkus siput sedut yang dah dibersihkan
(selalunya 1 bungkus RM5.00)
5 batang keladi @ sulur keladi yang dah dibersihkan dan dipotong
(nak senang beli jer yang dah siap dibersihkan dan dipotong kat kedai... )
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
2 batang serai (dititik)
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 sudu kecil ketumbar
*1 sudu kecil jintan putih
*10 biji cili api
*1 mangkuk kecil ikan bilis
*1 1/2 inci kunyit basah
Garam dan serbuk perasa secukupnya


Cara-cara:

1. Rebus siput sedut hingga mendidih. Toskan airnya dan ketepikan.

2. Rebus batang keladi hingga mendidih. Toskan airnya dan ketepikan.

3. Blender semua bahan-bahan yang bertanda * .

4. Didalam periuk masukkan siput sedut, batang keladi, serai, bahan yang telah di blender dan baki santan cair tadi.

5. Masak diatas api yang sederhana.

6. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebentar.

7. Bila dah mendidih, masukkan santan pekat. Perasakan lagi sekali garamnya. Kalau kurang masin bolehlah tambanh garam lagi. Sentiasa kacau masak lemak kita supaya tidak pecah santan.

8. Bila dah mendidih untuk kali kedua. Padamkan api dan siap untuk dihidang.

Selamat Mencuba...

Puding Marble

Hari nie nak share resepi Puding Marble. Hmm... senang gaklah buatnya. Hehehehehehe...Jomlah kita tengok resepinya...



Bahan-Bahan:

1 magkuk agar-agar kering yang telah direndam hingga kembang
1 1/2 mangkuk air
1 cawan susu cair
3 sudu besar butter@majerin
1 biji telur ayam
4 sudu besar tepung jagung@bird custard
2 sudu besar serbuk koko yang dibancuh dengan sedikit air panas
Sedikit pewarna kuning
Gula secukup rasa
1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara:

1. Masak agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula secukupnya.

2. Telur dipukul sebentar. Masukkan tepung jagung@bird custard dan susu cair. Pukul sebati. Tuang bancuhan kedalam agar-agar tadi. Kacau hingga agar-agar dan bancuhan sekata. Kecilkan api.

3. Masukkan butter@majerin. Kacau hingga puding menjadi pekat dan bekilat. Bila dah mendidih, tutup api dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dicampur dengan pewarna kuning, dan satu bahagian lagi dicampur dengan bancuhan koko tadi.

4. Tuang sesenduk warna kuning di tengah-tengan loyang. Kemudian tuang pula warna coklat diatas warna kuning tadi. Tuang selang seli hingga habis. Bila dah sejuk dan keras, bolehlah di potong dan dihidangkan.


Tip:



1. Untuk mendapat pattern belang-belang macam gambar diatas, caranya ialah sengetkan loyang (sendallah dengan apa-apa pun, janji tak goyang).

2. Tuang sesenduk warna kuning di bahagian loyang yang rendah. Kemudian tuang pula warna coklat. Tuang selang seli hingga habis. Bila dah habis, letak semula loyang dikedudukan asal. Hasilnya sama macam gambar kat atas tu. Bila dah sejuk dan keras, bolehlah di potong dan dihidangkan.

Kuih Kaswi Tepung Gandum

Hari nie nak share resepi Kuih Kaswi Tepung Gandum. Ada sorang customer nak resepi nie. So, aku edit kat sini sekali untuk kawan-kawan mencuba.



Bahan-bahan:

*5 cawan air
*1 cawan gula merah
*1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu kecil kapur sireh
Kelapa parut ( yang tak berapa tua )
Sedikit garam

Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan yang bertanda * kedalam periuk dan masak hingga kesemua gula larut. Bila dah larut, sejukkan air gula tadi.

2. Panaskan kukusan.

3. Bancuh semua bahan dan tapiskan.

4. Tuangkan bahan kedalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak.

5. Kukus adunan selama 30 minit atau sehingga masak.

6. Tunggu sejuk baru boleh potong dengan pisau plastik.

7. Gaulkan kelapa parut tadi dengan sedikit garam.

8. Lumurkan kuih kaswi yang dipotong bersama kelapa sebelum dihidangkan.

Sunday, January 29, 2012

Kad Perkahwinan



Selamat Pengantin Baru By Saloma

Selamat pengantin baru.
Selamat berbahgia.
Selamat ke anak cucu.
Selamat sejahtera.

Semoga berpanjangan.
Semoga berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.

Hidup mestilah rukun.
Sabar paling perlu..
Cinta setiap hari..
Senyum mesti selalu.
Oh oh oh oh..

Sekarang ni aku tengok, orang buat majlis perkahwinan dah tak ikut musim. Dulu kalau ada majlis perkahwinan mesti buat time cuti sekolah ke, time ada perayaan ke... tak pun time weekend (sabtu or ahad). Masa CNY last time, ada gak peneroka kat sini buat kenduri ari Isnin and Selasa. Rasa macam janggal plak kalau ada yang buat majlis perkahwinan time working day kan.. Apapun majlis tetap meriah dengan kehadiran saudara mara.

Alhamdulillah hari ni siap juga kad jemputan untuk my customer. Walaupun customer tu nak ambil 1/2/12 (rabu), aku lebih suka siapkan awal-awal. Bukannya apa, nanti aku gak yang kelam kabut nanti. Bila ada cuti sekolah, adalah rezeki lebih untuk aku n hubby wat kad undangan perkahwinan. Amin... Kawan-kawan kalau ada masa jengok-jengoklah blog kedai saya yer... ROSLEE RNUR ENTERPRISE. Untuk tempahan online pun kami terima... cewah, promote lagi tu...


Kali nie buat kad jemputan untuk customer yang dok kat Selangor.

Last proses...

Ilmu



Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”Riwayat al-Bazzar


Menurut Wikipedia "Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman. Ilmu adalah sebahagian daripada aspek kognitif yang terdapat dalam diri manusia. Maka dengan itu, ilmu adalah berkaitan dengan aspek kognitif manusia yang lain seperti pengetahuan, pengalaman dan juga perasaan."


Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Siapa yang keluar untuk menuntut ilmu maka ia berjuang fisabilillah hingga ia kembali".


Bagi aku plak, menuntut ilmu itu perlu untuk kita menambah pengetahuan kita. Tapi yang aku pelik, ada gak orang yang kedekut ilmu. Selalu kita dengar orang kedekut duit... Ni tak, kedekut ilmu plak. Kenapa yek????

Aku pun pernah gak TERjumpa orang yang kedekut ilmu ni. Kadang-kadang yang kita nak tahu adalah berdasarkan pengalaman seseorang, tapi payah betul nak kongsi. Pengalaman tu kadang-kadang boleh membantu antara satu sama yang lain. Apalah salahnya kongsikan... Tak paham betul aku....


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.”


Bila dah dok berniaga sendiri nie, lain plak ceritanya. Aku nie pantang kalau ada orang tanya pasal cara-cara nak buat kuih. Laju jer mulut aku nak bagi resepi. Aku suka kalau ada orang nak buat kuih macam aku. Walaupun diaorang nak buat untuk jualan. Buat apa nak ada "SECRET RECIPE" segala, kalau resepi yang kita bagi tu ada kekurangan satu bahan. Bukan ke akan jadi kebencian orang. Apa kita rasa kalau kita minta resepi dengan kawan baik kita, tapi dia tak bagi tau complete resepi. Pastu kita buat tak menjadi, apa kita rasa? mesti nak marahkan... Sebab apa? Sebab yang bagi resepi tu tak ikhlas... Aku memang respect abis kat kawan-kawan blogger yang bermurah hati menurunkan ilmu di laman sesawang nie. Boleh sama-sama mencuba kan...


Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah sentiasa memberi rahmat dan Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi - sehinggakan semut dalam lubangnya dan ikan di laut - sentiasa berdoa untuk sesiapa yang mengajarkan perkara-perkara yang baik kepada orang ramai."

Daripada Mu’awiyah al-Qusyairi katanya, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “ Ketahuilah orang yang hadir hendaklah menyampaikan kepada orang yang tidak hadir.”
(al-Bukhari Muslim dan Ibnu Majah,)


“Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur” ~ Hamba Allah

Awan Nano By Hafiz

Juara Lagu 26 ( 2011 )... Terbaik...



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu


Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu
Oh..Oh...

Lihat diriku ini
Yang sekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Saturday, January 28, 2012

Bingka Tepung Gandum

Ari ni ada customer order kuih bingka tepung gandum. Kuih paling senang nak buat. Jom tengok bahan-bahannya. Cukup simple and sedap.



Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
4 cawan santan (blender santan dengan 2 helai daun pandan dan tapis)
1 cawan gula
1 biji telur
Perasa pandan (optional)
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
Bijan secukupnya


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan kedalam blender kecuali bijan. Blender hingga sebati.

2. Kalau kurang hijau warna adunannya, boleh tambah lagi sehingga nampak menarik warna hijaunya.

3. Untuk kawan-kawan yang takda daun pandan kat rumah, boleh letak perasa pandan atau boleh letak kedua-duanya sekali.

4. Masukkan dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak. Taburkan bijan diatas permukaan adunan.

5. Bakar adunan dalam oven selama 45 minit @ 1 jam.

Friday, January 27, 2012

Puding Jagung

Masa zaman budak-budak dulu suka betul makan puding jagung. Aku nie, makanan yang aku suka makan, aku mesti nak belajar cara membuatnya. So, kalau tergerak nak makan, boleh buat sendiri.

Agaknya sekarang ni musin puding jagung kot. Ramai tul customer aku order. Kadang-kadang sampai 5 loyang suh buat untuk kenduri. Nasib baik senang jer nak membuatnya. Jom kita buat sama-sama....



Bahan-bahan:

1 cawan tepung bird custard
4 1/2 cawan santan (1 cawan santan kotak + 3 1/2 cawan air)
1 cawan gula
1 cawan cream jagung
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar perasa jagung (optional)


Cara-cara:

1. Masukkan semua bahan-bahan kedalam periuk. Kacau sehingga semua sebati.

2. Masak diatas api yang sederhana dan kacau perlahan-lahan.

3. Apabila adunan dah nampak pekat dan berkilat. Padamkan api.

4. Masukkan adunan kedalam loyang dan sejukkan sebelum dihidang.

Thursday, January 26, 2012

Pokok - Hazama Feat MUH



Tersesat malu bertanya
Tak tahu tak tahu kemana
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Menyusur dikaki lima
Terlihat bayang wajah kelmarin
Tersentuh hati bagai luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok apa sebab goyang
Jawab angin yang goncang
Terbang burung terbang
Patah sayap diduga
Seandainya rebah
Kau masih ada

La la la la la la la la la
La la la la la la la lalalalalaaaa

Kau masih ada
Kau masih ada
Kau masih ada

Terlalu mahu dan mahu
Terlupa apa yang perlu
Terlalu banyak alasannya
Duk terdiam

Tak mudah namun tak susah
Terserah atas pilihan
Tersentuh hati mula luruh

Tanya sama pokok

Seribu Sesalan - 3 Suara

Aku suka betul dengar lagu nie... Suara Ning, Jack and Shila memang mantap abis...



Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang
Sunyi sepi
Juga rembulan
Dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi

Kisah janji dimungkiri lagi
Kekasihku di jalanan yang berliku

Di saat ku perlukanmu

Tertutup jua segalanya terhadapmu

Di sini ku tersedu-sedu

Setelah cinta pergi

Ku mengusung duka ini diiringi

Diiringi

Kisah janji

Dimungkiri

Dimungkiri

Sia-sia ku

Mencintaimu

Setia padamu

Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-sia ku

Mencintaimu

Setia padamu

Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Beribu sesalanku...

Sunday, January 22, 2012

Majlis Aqiqah Aiman Mujahid



Hari ni ada majlis Aqiqah dan bercukur untuk anak saudaraku Aiman Mujahid. Al-hamdulillah ramai yang memeriahkan majlis tersebut. Yang paling best, besan mak dan bapa mertuaku turut hadir sama. Ada yang dari Kelantan, Seremban dan Johor...

Kat bawah nie aku nak kongsi serba sedikit tentang Aqiqah.

Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu Malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, Malaikat bertanya: "Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Darah seketul ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? - Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, Malaikat bertanya lagi: "Ya Tuhanku! Adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?" (setelah Malaikat mendapat jawabnya) maka ia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya."

Aqiqah ialah penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran.

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan:

"Hai Fatimah!, cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham".

Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) yang cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, milik mutlak. Manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda:

Maksudnya: "Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor".
Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang bagus dan dicukup rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu) dengan perak.

Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.”

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar.
Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah.


Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Tak banyak gambar yang dapat aku ambil. Maklumlah, sibuk kat dapur...


Majlis Yassin dan Berzanji oleh orang kampung


Aiman dah kena "potong jambul" oleh imam blok (Cik Adon)


Nenek Aiman dari Kelantan datang memeriahkan lagi cucu sulungnya...


Mak Fendi n adik bungsunya...


Aliya, Amirul and Ameera....


Amirul and Ameera

Amirul n Ameera nie sebaya sebenarnya. Cuma Amirul tua 3 bulan dari Ameera. Kalau dulu masa jumpa si Ameera tunduk aje... Malu la tu gamaknya. Tapi sekarang bila jumpa semula, macam dah kenal lama jer... Main berdua jer... suka betul aku tengok..

Kat bawah nie gambar anak dara aku n hubby...





Thanks to mak, abah, kuek, along n k.long sebab sudi datang rumah aku. Luv u all....


Kuek, mak, abah n k.long


Kuek yang comel bersama kucingku Si Gemok

Saturday, January 21, 2012

Tanggungjawab Insan Bernama Wanita

Assalamualikum Semua...

Sebelum ni saya share tentang tanggungjawab seorang LELAKI. Kasihlah ayah, suami, abang-abang serta anak-anak lelaki dan saudara lelaki kita... kesiankanlah mereka dan diri kita sendiri...... jalankan perintah ALLAH SWT bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.. Marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik....oleh mana-mana pihak.


Ajaran seorang ayah dan ibu seperti karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu

DOA seorang isteri untuk suami memang mustajab kerana jika wanita bermunajat, ia memang ikhlas, kata pendakwah dan perunding motivasi terkenal, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid.


Bersama Suami yang di cintai...

سُوۡرَةُ البَقَرَة

وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَتَّخِذُ مِن دُونِ ٱللَّهِ أَندَادً۬ا يُحِبُّونَہُمۡ كَحُبِّ ٱللَّهِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَشَدُّ حُبًّ۬ا لِّلَّهِ‌ۗ وَلَوۡ يَرَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ إِذۡ يَرَوۡنَ ٱلۡعَذَابَ أَنَّ ٱلۡقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعً۬ا وَأَنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعَذَابِ

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (165)


Insan-insan yang aku hormati dan sayangi..



Maksudnya : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu). (al-Ahqaf 46, ayat 15)


" Sumber dari halaqah.net "Pautan
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.

2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.

3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.

4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.

5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

6. Wanita wajib taat kepada suaminya.

7. Talak terletak di tangan suami bukan isteri.

8. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak,tetapi setiap saat dia didoakan oleh seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki ini :

*suaminya
*ayahnya
*anak lelakinya
*saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga melalui mana-mana pinta syurga yang disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :

*sembahyang 5 waktu
*puasa di bulan ramadhan
*taat suaminya
*menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Ahmad, an-Nasaie dan al-Hakim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :”Sebaik-baik wanita ialah yang menyenangkan seorang lelaki apabila ia melihatnya, yang taat kepadanya apabila ia menyuruhnya dan ia tidak menyalahi suaminya dengan sesuatu yang tidak menyukakannya pada dirinya dan hartanya.”

Seseorang wanita itu apabila di akhirat kelak akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.

Pertama:- Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat..... tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram.. apabila suami mendiam diri...... walaupun dia seorang alim etc, solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya..... jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak..

Keempat:- Anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak........nantikan tarikan ibunya.

Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul. Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat..... maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga, ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Daripada Aishah r.a. katanya, aku berkata, “Ya Rasulullah, kita mengetahui bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan. Oleh itu apakah kami kaum wanita tidak boleh ikut berjihad?” Baginda terus menjawab: “Bagi kamu semua (kaum wanita) jihad yang paling baik ialah mengerjakan haji dan mendapatkan haji mabrur.”
(al-Bukhari)




Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG M!EMASUKINYA TANPA HISAB. AMIN...YA RABBALALAMIN

Wednesday, January 18, 2012

Tanggungjawab Insan Bernama Lelaki


Bonda dan Ayahanda tersayang dan amat dicintai...

Sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW kepada siapa harus aku memberikan bakti. Baginda SAW menjawab: ‘Ibumu…’ sebanyak tiga kali. Ditanya kali keempat, barulah Baginda SAW menjawab: ‘Ayahmu…’.

Diriwayatkan oleh Thalhah Bin Muawiyah As-Sulami, beliau datang bertanya kepada Rasulullah SAW bahawa dia ingin sekali hendak turut serta berjihad fi sabilillah bersama Baginda. Lalu Rasulullah SAW bertanya: “Apakah ibumu masih hidup?” Beliau menjawab, “Masih.” Lalu Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Duduklah terus di sisinya, di sanalah terletaknya syurga.”

Aku selalu mengingatkan hubby tentang tanggungjawab seorang anak lelaki kepada ibu dan bapanya. Aku tahu besar tanggungjawab yang bakal digalas oleh hubby.


Gambar keluarga sebelah mertuaku yang tersayang

Adik beradik aku semuanya lelaki. So, aku percaya diaorang tahu tanggungjawab masing-masing. Alhamdulillah, mak dan abah dah beri pendidikan agama yang cukup untuk kami semua. Bila dah besar panjang nie, kita sebagai insan yang kerdil perlu mencari lagi ilmu keagamaan dengan lebih mendalam. Walaupun kami dihantar ke sekolah agama khas, bagi aku didikan dirumah memberi kesan yang mendalam untuk kita bawa kedalam kehidupan seharian.


Gambar keluargaku tercinta






" Sumber dari halaqah.net "

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh. Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.

Betapa beratnya menjadi seorang lelaki, di antaranya adalah seperti berikut:-

1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN!!

3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung.Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah olehAllah SWT.


Diakhirat kelak, seorang lelaki dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini :

*isterinya,
*ibunya,
*anak perempuannya
*saudara perempuannya


Syurga seorang lelaki atau seorang anak adalah di bawah tapak kaki ibu, tetapi syurga bagi seorang isteri ialah di bawah tapak kaki suaminya.


رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٲجِنَا وَذُرِّيَّـٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٍ۬ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Tuesday, January 17, 2012

My Mom Orkid

Menurut Wikipedia "Bunga anggerik (bahasa inggeris: Orchid, daripada Orchidaceae) iaitu keluarga terbesar pohon berbunga. Anggerik merupakan bunga kebangsaan bagi negara Singapura. Kini nama Inggeris digunakan secara meluas dengan ejaan Orkid."

Ingat tak aku pernah cerita tentang taman mini orkid mak and abah aku kat kampung batu pahat? Ari ada kelapangan, so aku muat turunkan gambar pokok orkid yang ada kat taman mini tu yer..