Friday, February 3, 2012

Menu Tengah Hari Nan Mendung

Assalamualaikum....

Hari nie hari jumaat 3/2/12... Cuaca kat sini mendung dan kadang kala hujan renyai-renyai. Hm.. nak masak apa yek hari nie? Hujan-hujan ni kalau masak simple-simple best gak kan.

Oleh kerana ada sawi putih n ikan keli kat kedai ni, aku plan nak masak Lemak putih, goreng ikan and buat sambal belacan jer lah... Bunyi cam sedap jer kan... Jomlah kita tengok bahan-bahannya.


Sawi Putih Masak Lemak



Bahan-Bahan (masak untuk 2 orang) :

2 pokok sawi putih (dibasuh bersih dan di potong. Asingkan batang sawi dan daunnya)
1 biji lada merah (dibuang biji dan dihiris memanjang)
Bunga kobis secukupnya @ 1 keping tahu (dipotong 6)
*3 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
*segenggam ikan bilis (dibersihkan dan dibasuh. Toskan)
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Garam dan Serbuk perasa secukupnya
Air jika perlu

Cara-cara:

1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *.

2. Didalam periuk masukkan bahan yang di tumbuk tadi bersama santan cair.

3. Masak diatas api yang sederhana besar. Kacau seketika dan tutup periuk selama 3 minit.

4. Kemudian masukkan batang sawi, bunga kobis@tahu, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kacau sebentar dan masukkan santan pekat.

5. Perasakan garam dahulu. Kalau semua dah ok... masukkan daun sawi dan lada hiris. Kacau hingga mendidih. Bagi yang tak suka kuah lemaknya pekat, bolehlah ditambah dengan sedikit air.

6. Bila dah nampak mendidih jer, matikan api dan siap untuk dihidang. Jangan sampai menggelegak sangat sebab nanti pecah santan pula.


Ikan Keli Goreng Bersama Tepung Beras.



Bahan-bahan:

2 ekor ikan keli yang siap dibuang isi perutnya
3 sudu tepung beras
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
1 biji limau purut @ 1 sudu besar asam jawa

Cara-cara:

1. Ikan keli di basuh dengan perahan limau atau air asam jawa. Tujuannya ilaah untuk menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan. Kemudian bilas dengan air bersih dan toskan.

2. Lumurkan ikan keli tadi dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya.

3. Kemudian masukkan tepung beras dan ratakan keseluruh ikan tadi.

4. Goreng ikan keli macam biasa hingga masak.


Tip:
Orang kata, masa nak goreng ikan, letaklah 2@3 keping asam keping untuk mengelakkan ikan tu melekat pada kuali. (Tapi aku tak pernah buat sebab ikan yang aku goreng tak sempat nak lekat kat kuali...molek je dia dok dalam tu).


Sambal Belacan



Bahan-bahan:

15 biji cili api (dibelah dua - tapi tak putus)
2 biji lada merah (dibelah dan dibuang bijinya)
1 biji bawang kecil (dibelah 4-tapi jangan putus tau)
1/2 biji tomato
Belacan secukupnya

Cara-cara:

1. Goreng semua bahan-bahan diatas dalam 2 minit dan angkat.

2. Kemudian, tumbuk lada merah, cili api, belacan dan bawang. Last sekali baru masukkan tomato. Siap untuk dihidang.

Tip:
1. Cili api tu di belah hujungnya sebab untuk mengelakkan letupan didalam kuali.

2. Selain tomato, boleh juga digantikan dengan limau kasturi yang di hiris kecil-kecil dengan kulitnya dan di tumbuk sekali sebelum dimasukkan kedalam mangkuk.

No comments: