Alhamdulillah.... tercapai juga hasrat untuk membawa mak and abah ke Pulau Langkawi. Plan 2 tahun lepas, terlaksana sudah pada 10/2/2012 hingga 12/2/2012. Actualy, ini kali ke-2 aku n hubby kesana. Rasanya dah 4 tahun kot. Semua tempat aku n hubby gi cuma, tak sempat nak pusing pulau. Lagi pun masa tu tengah jerebu. Hubby kata, kalau panjang umur dan ada rezeki kita pergi lagi.. Kalau dulu pergi berdua jer, minggu lepas gi ngan family aku. Seronok sangat. Akak ipar aku cadangkan kita buat family day tiap-tiap tahun and buat collection setiap family RM50 / bulan. Next trip, tak tau lagi. Insya'allah....
Aku book tiket ni dari tahun lepas lagi. Cara yang mudah nak book tiket AirAsia, guna internet jer. Pastu nak Check-in pun online jer.. Memang mudah dan cepat.
Our first trip hanya aku and hubby, along, kak long and anak-anak(ameera & aliya) , mak dan juga abah . Adik aku yang bongsu last minit tak dapat nak join sebab kena kerja di kedah. Adik aku yang ke tiga pun sama, tak dapat ikut sebab wife dia mabuk-mabuk coz pregnant. Tak pa, next time kita g ramai-ramai yer...
Kat bawah gambar masa kat airport LCCT dan dalam kapal terbang.
Mak & Abah, Aku n Hubby
Along, K.long, ameera n aliya tengah tunggu flight
Kakak nak gambar ngan umi n abi....
Umi...akak nak beli nie....
Kakak nak duduk sebelah abi ngan umi.
Kami dah sampai ke Pulau Langkawi...Alhamdulillah, perjalanan berjalan dengan lancar dan cuaca pun terang.
Moh kita amik beg pulak...
Setiba di Langkawi Airport, kami menyewa kereta Nissan Serena. Ok la, sebab ramaikan. Kalau nak berjalan pun boleh gi serentak.
Kami stay kat Sri Lagenda Apartment. Ada 3 bilik tidur berserta air-cont, 2 bilik air (1 bilik air ada water heater), ada set meja makan and sofa, TV with basic astro channel, mini kitchen with ais box and kettle. Apartment ok siap ada swiming pool lagi tapi kawasan persekitaran apartment agak kureng sikit... Kalau aku diberi pilihan untuk memberi bintang, 5/5 bintang untuk apartment dan 2/5 bintang untuk keceriaan kawasan persekitaran apartment. Apapun terima kasih untuk Puan Rohana kerana bookkan apartment ini untuk aku and keluarga.
Mini kitchen and bed room
Sampai jer kat apartment, kami bersihkan diri dan solat jamak. Yang penting kena jamakkan solat dulu. Pastu baru boleh plan nak kemana-mana. Selesai jer solat, aku, mak, abah and along 1 keluarga ke jeti kuah untuk booking for Hopping Island. Oleh kerana aku gi 1 family, aku terus charted 1 bot. Senang sikit. 1 bot RM250.00 selama 4 jam.Lepas tu kami gi jenjalan ke Zone bebas cukai yang ada kat jeti tu... Mak aih... banyak betul coklat. Sampai rambang mata nak pilih... At last, aku cuci mata jer sambil makan ais krim ngan anak-anak.
Jom kita cari tempat nak makan...
Sebelum balik apartment, kami makan dulu... buat alas perut la katakan. Gambar kat bawah ni namanya Som Tam Thai. Kira macam urap jugalah. Tapi bahan utama dia betik muda. Memang sedap...Mesti cuba tau.Malam tu lepas solat magrib, aku, hubby and along 1 family gi pasar kat pekan kuah.... Tak tau nak beli apa, along cuma belikan laksa untuk mak and abah.
No comments:
Post a Comment