Friday, February 24, 2012

Cupcake Coklat

Assalamualaikum...

Dah lama aku tak buat kek coklat. Hari ni tergerak plak nak buat coklat cupcake. Hari tu ada beli bekas cupcake, tapi tak buat-buat. Memandangkan adik iparku dah abis pantang, bolehlah aku bawa balik ke rumah mak mentua ku... Resepi asal dari MyResepi, tapi aku dah modified cikit sebab nak memudahkan kerja. Rasanya tetap sama.... Tetap kek coklat, tetap meletop...

Sukatan menggunakan cawan yer... Aku guna cawan yang kecil sahaja sebab memang nak buat cikit jer.

Cawan dan bekas cupcake yang digunakan



Jom kita semak resepinya...



Bahan-bahan ( follow step yer ):

Step 1
3 sudu besar susu tepung (aku guna susu coffeemake je)
1 cawan air panas
1 cawan gula pasir (aku guna 1/2 cawan sebab tak suka manis sangat)
3 sudu besar susu pekat manis
1 cawan minyak masak

Step 2
1 cawan tepung gandum
1 cawan koko+milo
1 sudu kecil soda bikabornat
1/2 sudu kecil baking power

Step 3
2 biji telur


Cara-cara:

1. Step 1. Masukkan susu tepung, air panas dan gula kedalam mangkuk. Kacau dengan sudu sehingga gula larut. Kemudian masukkan susu pekat dan minyak masak. Kacau sebentar. Ketepikan.

2. Step 2. Masukkan semua bahan kedalam mangkuk yang berasingan dan kacau hingga semua bahan bersatu.

3. Step 3. Di dalam mangguk yang lain, pukul telur dengan garfu hingga kembang.

4. Sekarang, masukkan step 1 dan step 3 ke dalam bahan step 2. Kacau dengan garfu perlahan-lahan sehingga semua bahan menjadi sebati.

5. Masukkan adunan kedalam bekas cupcake. Masukkan 3/4 dari bekas cupcake. Kalau nak letak topping @ cake cream, masukkan 1/2 je adunan dari bekas cupcake. Kalau nak bakar dalam loyang pun boleh juga. Lenserkan dulu majerin pada loyang sebelum tuang adunan tadi.

Aku bakar guna oven butterfly yang bulat je....


6. Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.

Cupcake coklat yang dah boleh di makan...

7. Kalau rajin, bolehlah dihias di atas cupcake tersebut... Selamat mencuba..

No comments: