Assalamualaikum semua....
Macamana dengan cuaca kat tempat korang semua? Kat sini panasnya boleh tahan.. Lagipun semalam dah hujan kan... Allah bagi sama adil dan saksama.. Alhamdulillah.
Hm... hari nie nak kongsi resepi Ikan Mambong Masak Pindang. Kalau tekak tengah rasa tak sedap jer, cuba masak lauk yang macam-masam sikit... insya'allah. Tak banyak, sikit pun jadilah nasi tu masuk dalam perut, Kalau perut kosong pun tak elok juga... sebab nanti tak ada tenaga plak... Eh!!! Jomlah kita tengok resepinya...
Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):
2 ekor ikan mambong (dibersih )
1 biji lada merah@hijau (dibelah 2)
5 biji cili api (dibelah 2 tapi tak putus)
2 batang serai (dititik)
1 helai daun kunyit (dipotong kasar-optional)
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 biji bawang besar (dibelah 4)
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1/2 cm halia
*1 cm kunyit
4 biji bendir (dibasuh dan dibuang tangkainya)
Cara-cara:
1. Tumbuk semua bahan yang bertanda *.
2. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi bersama serai hingga naik bau. Masukkan sedikit air dahulu. Kemudian masukkan ikan dan asam keping. Masukkan air lagi hingga paras ikan sahaja.
3. Masukkan daun kunyit, bendir, bawang besar, lada merah, cili api dan garam secukup rasa.
4. Tutup periuk dan biarkan mendidih sebelum diangkat.
No comments:
Post a Comment