Tuesday, December 27, 2011

Ulser @ Ulcer



Sakitnya tekak den kena Ulser... nak telan air liur pun sakit... kalau makan makanan pedas, lagilah sakit. Semuanya bermula masa batuk ari tu... batuk dah kurang, tapi sakit tekak masih ada lagi.

Mesti korang pernah kena ulser kan... sakitnya bukan main lagi. Aku pernah kena satu mulut n lidah masa adik ipar aku kahwin... adoi ai...nak cakap pun tak leh. Bila nak berkumur n gosok gigi, sakitnya tak terkata...apatah lagi nak minum atau makan. Tau-tau jer air mata keluar (sakit sangat la tu gamaknya). So, sepanjang 1 minggu kat kedai aku diam jer.. Customer aku semua kata sunyi kalau tak dengar suara aku (maklumlah aku nie kan mesra alam). Macam-macam petua aku dapat dari customer aku.

Ada yang suruh letak majerin@planta lah, garam kasar lah, madu lah....


Semua aku dah cuba, hasilnya.. aku yang rasa sedap dalam mulut. Memang tak leh jadi ubat nie.

Dulu masa kena ulser, aku selalu tenyeh dengah minyak cap kapak sampai berdarah.. Uhh...rasa puas hati jer... Aku akan buat macam tu dalam 2@3 hari. Hari ke 4 confirm dah tak rasa sakit.. tapi, korang sanggup ker nak tenyeh sampai berdarah... kalau tak sanggup jangan buat tau...



Kat bawah nie aku nak share tentang Ulser @ Ulcer (Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia)

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • daya tahan badan yang lemah
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi


Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air


Kat sini aku cadangkan korang guna ubat kat bawah nie kalau kena Ulser. Kalau pergi klinik, doktor akan bagi ubat BONJELA. Korang boleh gak mintak MEDIJEL sebab ubat ni dapat menahan rasa sakit lebih lama dari BONJELA.

Tapi kalau tak baik gak, eloklah jumpa doktor yang pakar.


No comments: