Thursday, December 22, 2011

Ayam Masak Kicap



Ayam masak kicap ni pun favorite my hubby. Lagi pun senang jer nak masak. Bahan pun tak banyak. Yang penting kena ada ayam n kicap. Kalau ada ayam kampung lagi best tau... Jom kita kongsi resepi...

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (dibasuh bersih dan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
1 cm halia (dicincang halus)
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kayu manis
1 keping asam keping yang sedang
2 sudu besar serbuk kari daging
Kicap manis secukupnya
*4 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 sudu besar lada hitam
2 biji lada hijau @ merah (dibelah dua)
Air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-Cara:

1. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kacau hingga naik bau.

3. Masukkan serbuk kari dan asam keping. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan air sedikit.

4. Masukkan kicap secukupnya (kuah kicap akan menjadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Semuanya bergantung pada air yang kita masukkan). Kacau sebentar dan masukkan ayam. Masukkan bawang besar dan lada hijau @ merah yang telah dibelah dua. Kacau rata dan tutup sebentar.

5. Matikan api dan siap untuk dihidang.

** Garam memang tak dimasukkan kerana ayam goreng tadi dah goreng dengan garam dan kunyit.

No comments: