Tuesday, December 20, 2011

Batuk Melanda


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh....

Lama tak up date blog. Sebenarnya dah dekat 2 minggu batuk tak baik-baik lagi. Ubat batuk dari klinik dah abis 2 botol, tapi batuk still remain.. Gatalnya tekak bukan main lagi.. rasa macam nak keluarkan tekak ni n cuci bersih-bersih... kalo boleh lah ( hakikat sebenar memang tak boleh pun ). Dah dekat 2 minggu jugalah aku tak lena nak tido gara-gara melayan batuk nie..

Kesian kat hubby, tidurnya diganggu oleh batuk ku... sorry hubby. Aku nak tido kat bilik lain dia tak bagi... akhirnya, berjangkit juga hubby dengan virus ku... cian hubby. Nanti kita kongsi ubat batuk yer...

Oleh kerana ubat batuk moden dah tak boleh lenyapkan batuk ku ini, aku try cara tradisional plak. Ada 2 petua sebenarnya. Tapi aku baru cuba 1st petua. Kalau ok petua yang 2nd tak yah buat. ATapi aku nak share ngan kawan-kawan kedua-dua petua yang aku dapat nie.

1st Petua Ubat Batuk

Sediakan Limau nipis & Madu

Canpurkan air perahan limau dengan madu (secukup rasa) dan minum 2 sudu besar 3 kali sehari. Insya'allah.... ( aku dah try buat, rasa kuranglah sikit batuk & gatal-gatal di tekak ).


2nd Petua Ubat Batuk

Sediakan Limau nipis & Kicap Manis (brand lain pun boleh janji kicap manis)

Canpurkan air perahan limau dengan kicap (secukup rasa) dan minum 2 sudu besar 3 kali sehari. Insya'allah....


Tidurmu Tidak Akan DI Ganggu..


Sapukan kapur sireh di leher untuk mengurangkan batuk..


Selamat Mencuba..

No comments: