Salam....
Hari nie aku masak makanan favorite hubby iaitu Masak Kari Ayam Kampung. Seronok tengok hubby makan banyak..Siap tanya lagi tu " untuk malam nanti ada lauk lagi x?" Ish..ish..ish.. dasyat sungguh... Tapi sekarang aku nak share masak Sambal Goreng Jawa ngan korang. Yang ini plak favorite aku... Sambal Goreng Jawa ni ada macam-macam jenis. Selalunya mak mentua aku buat yang macam gambo kat bawah nie.. letak kicap cikit...kalo mak aku plak, dia lebih suka sambal goreng yang letak santan pekat, so nampak basah-basah sikit. Kat bawah ni resepi Sambal Goreng Jawa D'Palong.
Bahan-Bahan (untuk makan 3 orang) :
Bahan untuk di goreng
2 keping tempe (di belah 2 dan di potong 1/2 inci)
2 keping tahu (di belah 3 dan di potong 1/2 inci)
1 biji kentang (di belah 4 dan di potong 1/2 inci)
Bahan-Bahan lain
1 keping tahu kering (dipotong kecil dan di rendam)
1 bungkus soon (yang RM1.00 dan rendam)
3 papan petai (di buang kulit - kalau tak ada pun tak pa)
10 tangkai lada kering (di gunting halus secara serong)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
*2 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*sejemput ikan bilis (dibuang kepala dan isi perutnya)
5 sudu besar kicap manis
Garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menumis
5 sudu besar air
Cara-Caranya:
1. Goreng tempe, tahu dan kentang secara berasingan hingga kuning-kekuningan dan masak.
2. Tumbuk semua bahan yang bertanda *.
3. Panakkan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditumbuk tadi. Kacau hingga naik bau.
4. Masukkan air, lada kering dan tahu kering yang telah di rendam tadi. Kacau dan tutup kuali lebih kurang 3 minit.
5. Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.
6. Masukkan bahan-bahan yang telah di goreng tadi (tempe,tahu dan kentang). Kacau sebentar, masukkan petai, bawang besar yang di hiris dan kicap. Kacau sehingga semua bahan menjadi satu.
7. Last sekali, perasakan garam semula. Kalau tak masin boleh letak sedikit lagi garam. Kemudian letakkan soon dan kacau hingga rata lebih kurang 5 minit sebelum diangkat.
** Kalau nak tambah udang@ hati ayam@ kerang pun boleh...
No comments:
Post a Comment