Tuesday, December 13, 2011

Percutian 3 hari 3 malam

Alhamdulillah... aku n hubby selamat sampai ke Palong semula jam 9.30 malam. Kami pergi bercuti 3 hari 3 malam ke Johor. Full day activity.....

Day 1

Lepas rewang kat Palong, aku dan hubby balik ke Kg.Mampan, Batu Pahat, Johor. Balik rumah mak abah aku da.... sampai lebih kurang kul 12.30 mlm. Keesokan harinya, adik aku Kuek kata ada kempen derma darah. Aku dah memang semangat nak derma. Maklumlah dah lama tak derma. Sampai kat sana jer, isi borang dan check kumpulan darah. Lepas doktor check tekanan darah semua, aku tak boleh nak derma darah sebab aku batuk. Masa tu memang aku tengah batuk n sakit tekak. Doktor kuatir darah aku ada virus batuk.... Apa nak buat. Lain kali jer lah yer... Kat bawah nie gambo umah mak abah aku kat Kg.Mampan, Batu Pahat, Johor.


Rumah dulu depan nie jer... Sekarang dah memanjang ke kiri plak..Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah s.w.t. Amin...

Petang pula aku ke Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pergi umah mak saudara hubby tuk rewang kat sana pulak. Family hubby yang lain dah sampai. Maklumlah esok ada majlis kenduri kahwin. Malam kami buat bunga rampai. Kebetulan plak malam tukan gerhana bulan. Al-hamdulillah.... semua dapat mengerjakan solat sunat gerhana.


Gambar bulan sebelum dan semasa gerhana. Subhanallah...


Muka ceria adik n mirul...


Sweet husband n wife..Nor & Hasan.

Day 2

Dalam kul 10.00 pagi aku n hubby gi Parit Raja lagi. Aku n sepupu-sepupu hubby yang lain tolong buat gubahan tuk makan beradap/berdamai. Seronok dapat kumpul ramai-ramai. Maklumlah, sebab jarang-jarang dapat jumpa. Petang tu, lepas pengantin makan, aku n hubby gerak terus ke rumah nenek aku kat Felda Air Hitam, Kluang, Johor.


Sepupu hubby Nor & Siti. Gambar sebelah tu Amirul n Ibunya.


Adik-adikku sayang, Nieza & Linda. Gambar sebelah tu suasana kemeriahan majlis.

*sorry lah, gambar pengantin tak jadilah, kamera buat hal plak...

Sampai jer rumah nenek aku tengok mak aku tengah masak-masak sebab malam nanti pak cik aku nak buat kenduri tahlil dan doa selamat selepas pulang dari Makkah. Al-hamdulillah. Aku pun dengan pantas bertukar dari jubah ke baju rewang... Tolong mak aku masak plak. Fuh!!!! banyak lagi benda belum buat nie, aku kena pantasssss......

Malam tu lepas kenduri aku n hubby terus gi Pasir Gudang, Johor. Terima Kasih En. Shaiful Khairuddin n isterinya Yuslinda sbb bagi tumpang tido kan umah mereka. Luv U... Hehehehehehe... tumpang tido umah adik kesayangan aku sebenarnya...


Adik ku Sayang n Yus

Day 3


Well, aktiviti pagi tu gi umah adik iparku Rosnani n suaminya Fendi. Maklumlah baru pindah umah sendiri. Amin... murah rezeki dia tahun nie sebab dah pindah n bakal menjadi ibu bulan depan. Insya'allah....


Adik iparku Nani n Fendi

Lepas tu, aku n hubby gi meronda satu pasir gudang...Banyak betul kenangan kat sini... Yelah dah 10 tahun aku dok sini..koje dan bertemu jodoh di sini... lagipun aku dah beli umah kat sini. Kena gak jenguk-jenguk walaupun ada orang yang sewa. Kat bawah ni gambar tempat-tempat yang aku n hubby pergi...


1st gi tengok umah kat Jalan Delima. Pastu gi kedai kawan aku hubby kat Taman Cahaya Masai. Kedai En.Dol... Tapi tauke tak da da...Apa pun memang mantop kedai dia.


Pusat Bandar Pasir Gudang...


Makan tengah hari kami di Tesco Taman Perling.

Seronok rasa dapat melawat Pasir Gudang. Insya'allah ada rezeki panjang umur, aku n hubby akan kesana lagi.. Insya;allah...

No comments: