Tuesday, December 6, 2011

My Anniversary

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-8 hubby.....



Bismillahirrohmanirrahim...
Ya Allah sesungguhnya kami mohon kepadaMu keselamatan Agama, dan kesehatan jasmani, Dan tambahan ilmu , dan rezeki yang barokah , dan taubat sebelum mati , dan rahmat ketika mati, dan ampunan sesudah mati, Ya Allah mudahkanlah kami pada saat sakaratul maut, dan lepaskanlah kami dari api neraka, dan mendapat maaf ketika dihisab.

Al-hamdulillah, Allah memberkati rumahtangga yang kita bina dengan penuh kasih dan sayang yang tak terhingga. Amin...

Untuk Suamiku En.Mohd Roslee Bin Pairan,
Terima kasih diatas kasih sayang yang dicurahkan,
Terima kasih diatas kesetiaan mu,
Terima kasih diatas tolak ansur mu,
Terima kasih diatas sokonganmu selama ini,
Terima kasih kerana menerima diriku seadanya,
Terima kasih kerana tidak mengsia-siakan hidupku,
Terima kasih kerana membuat hari-hari ku ceria,
Terima kasih kerana tidak pernah meninggikan suara terhadapku,
Terima kasih kerana sentiasa berterus terang padaku,
Terima kasih tak terhingga ku ucapkan pada mu...


Ulang tahun perkahwinan aku kali ini aku sambut sederhana jer...( sebenarnya setiap tahun mmg wat sederhana jer). Prosperity Burger menjadi hidangan malam nie. Inilah hidangan kasih sayang (hubby punya favorite ni)..




Rasa macam tak caya je dah 8 tahun usia perkahwinanku. Kalau ada anak mesti anak aku dah berumur 8 tahun kan... Bestnya bila cerita pasal anak. Aku masih ingat lagi bila doktor memberitahu yang aku dan hubby tiada masalah untuk mendapatkan anak, rasa macam hilang semua beban dibahu. Bersyukur kehadrat Allah s.w.t. Aku dan hubby akan terus berusaha dan menanti rezeki dari allah. Bila dengar adik beradik kami ada yang pregnant, rasa gembira dan bersyukur kerana mereka diberi rezeki olehNya dengan mudah. Dalam gembira, kadang-kadang aku merasa sedih. Sedih kerana kesian kat hubby. Kawan-kawan yang sebaya dengan dia semua dah ada anak. Tapi aku??? Aku dan suami redha dengan ketentuan Allah s.w.t. KepadaNya kami meminta dan kepadaNya kami berserah. Aku bersyukur sesangat kerana hubby amat memahami dan tetap setia disisi. Kawan-kawan doakan aku n hubby cepat-cepat dapat baby ye...

Paling best bila anak-anak buah nak bermanja dengan aku n hubby. Macam tak terasa pula kekurangan diri. Amirul (anak adik iparku Roslinda) memang manja orang. Keletah dia buat aku teringat-ingat mulut dia yang becok tu... Ameera n Aliya plak (anak kakak iparku), buat aku tak tido malam kalau rindu dah melanda. Kakak ipar aku (Rafidah) memang dah biasakan anak-anak dia panggil aku "Umi" n hubby plak "Abi". Katanya, anak-anak dia, anak-anak aku juga. Begitulah sebaliknya kalau aku ada anak nanti. Kalau berjalan dengan Ameera, terasa sangat macam bawa anak sendiri berjalan-jalan. Kalau dia panggil aku n hubby, panggilan tu terus masuk ke jantung. Tak dapat diluahkan dengan kata.


Amirul Fikri B. Kamarul Nizam


Ameera Nur Rauhah dan Aliya Nur Batrisya Bt. Shaiful Muzammil

Setiap hari kami akan bergurau senda, makan bersama-sama, keluar berjalan bersama-sama, pendek kata semua dilakukan bersama. Pada kawan-kawan yang dah lama kenal kitaorg, mesti tau macamana aku n hubby berkomunikasi. Kami banyak guna bahasa budak kecil baru nak pandai cakap.... kalau tak caya cuba cakap macam tu pada pasangan korang. Confirm akan rasa seronok sangat sebab tak lekang senyum n ketawa di bibir. Yang aku nampak, adik aku Khairuddin n isterinya Yuslinda, buat cara aku.

Ok lah kawan-kawan , aku n hubby berharap agar kami sentiasa di limpahi "NUR" dan "HIDAYAH" dariNya. Semoga Allah memakbulkan doa dan permintaan kami untuk mendapatkan zuriat.
WAHAI Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa. (ali-‘Imran: 38).

1 comment:

Anonymous said...

I like...semoga allah makbulkan doa kalian...amin.