Wednesday, December 21, 2011

Soto Ayam



Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (dibasuh bersih dan di potong 2)
3 sudu besar perencah sup ADABI
3 sudu besar rempah kurma ADABI
*4 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu besar lada putih
**3 biji buah pelaga
**3 kuntum bunga cengkih
**1 kuntum bunga lawang
**2 cam kayu manis
**2 biji bawang merah (dihiris halus)
**2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Garam
1 kuib pati ayam
Air dan minyak secukupnya

Bahan-Bahan Lain/Untuk hiasan:

Nasi impit ADABI (direbus hingga masak)
Suhun (digoreng hingga kembang)
Kacang Tanah (digoreng)
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup

Bahan-Bahan untuk sambal kicap:

20 batang cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap manissecukupnya


Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang bertanda ** sehingga kuning. Kemudian masukkan bahan yang bertanda *. Kacau rata hingga naik bau.Masukkan perencah sup dan kurma. Kacau rata dan masukkan air, ayam, pati kiub ayam dan garam secukup rasa.

2. Bila kuah soto dah mendidih dan ayam dah masak, angkat ayam tadi dan toskan airnya.

3. Panaskan minyak untuk mengoreng ayam tadi hingga kuning-kekuningan (tak perlu lumurkan garam dan kunyit lagi kerana ayam yang dimasak dah ada rasa tersendiri dari kuah soto tadi).

4. Bila ayam dah sejuk, carik-carik isi ayam. Tulang-tulang ayam yang dah di carik, boleh dimasukkan kedalam kuah soto tadi.

5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.

6. Lastly, potong nasi impit dalam bentuk kiub. Letakkan soon yang telah digoreng, isi ayam yang telah dicarik dan kuah soto. Diatasnya dihias bersama-sama kacang goreng, bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

7. Siap dihidang..

No comments: