Kat sini dah 3 hari hujan tak berhenti-henti. Hujan rahmat orang kata. Begitulah manusia, bila panas memanjang, bertanya bila la nak hujan... bila dah hujan jer, bertanya bila la nak jumpa matahari plak...
Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”
(Bukhari)
Bagi aku sama jer..hujan ke, panas ke, dah lumrah alam kan. Lagipun sekarang ni kan memang musim "tengkujuh". Sebut pasal "tengkujuh", tetiba teringat kat adik aku si Kuek. Abah aku cakap "sekarang musim tengkujuh"... boleh adik aku kata "malaysia ke tujuh". Lawak betul... Tapi itu masa zaman dia kocik-kocik la...
Bila hujan je, mesti orang akan kaitkan dengan banjir. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. Kesian tengok rumah-rumah yang di tenggelami air. Ada yang nampak bumbung rumah jer.
Masalah banjir yang sering berlaku di bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibuat mungkin terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku seperti di Kajang baru-baru nie. Kadang-kadang macam pelik plak, kat bandar pun boleh banjir... Hm.. Bila Allah s.w.t dah kata "Kun Fayakun" maka jadilah ia..
So, aku harap, mana-mana kawasan yang sebelum ini pernah berlaku banjir, berkemaslah apa yang patut. Dokumen-dokumen penting jangan lupa disimpan di tempat yang selamat. Kat bawah ni ada beberapa tips sebelum banjir. Aku ambil dari Laman Web Rasmi PDRM Kontinjen Terengganu.
Sebelum banjir
- Dapatkan maklumat yang relevan tentang banjir di tempat anda.
- Pastikan sistem amaran banjir setempat – cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan jika berlaku banjir.
- Periksa lubang air (water outlet) samada longkang atau saluran najis dibersihkan dari halangan dan pastikan ianya tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
- Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda – jika perlu, buat perancangan dan latihan pemindahan kecemasan dengan ahli keluarga masing-masing.
- Memastikan semua dokumen penting dan barang berharga dikumpulkan serta diletakkan di tempat yang selamat atau dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang mudah untuk dibawa semasa berpindah kelak. Bagi mereka yang berkemampuan, penyewaan safe deposit box di institusi kewangan untuk menyimpan semua dokumen penting dan barang berharga adalah merupakan langkah yang bijak.
- Menentukan barang-barang dan perabot diletakkan di tempat yang tinggi.
- Pastikan seluruh ahli keluarga mahir dengan tatacara bertindak semasa berlaku banjir.
Sebelum Banjir – Semasa Tanda-Tanda Dikesan.
- Dengar pengumaman radio dari semasa ke semasa tentang keadaan banjir di kawasan anda.
- Penuhkan tong bekas air di rumah dengan air bersih. Semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
- Letakkan perabot atau perkakas di tempat tinggi.
- Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
- Bersedia untuk menutup suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan tong gas.
- Pesan pada jiran anda untuk mengambil tindakan yang sama.
Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “
(Bukhari)
No comments:
Post a Comment