4 ketul ikan duri / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
*4 biji bawang merah*1 biji bawang putih
*2 cm halia
*10 tangkai lada kering (di buang biji dan di rendam)
*3 cm belacan
*2 cm kunyit hidup
*1 sudu besar lada hitam
*1/2 sudu kecil juntan manis*1/2 sudu kecil jintan putih
3 batang serai - dititik
1 sudu kecil halbadaun kesum + bungan kantan
bendi / terung (potong la ikut patern korang suke..)2 keping asam keping
Air secukupnya
garamAir secukupnya
serbuk perasa
Caranya :
1. Semua bahan-bahan yang bertanda * di blender dengan sedikit air.2. Panaskan minyak dan masukkan halba. Bila dah naik bau, masukkan bahan-bahan yang telah di blender bersama serai. Kacau bahan-bahan tadi hingga naik minyak. (jgn sampai hangus tau).
3. Kemudian masukkan sedikit air. Kacau sebentar dan masukkan ikan dan asam keping.
4. Masukkan baki air tadi. (terpulang pada kawan-kawan untuk menentukan kuah asam pedasnya. Kalau nak kuah banyak lebihkan air, kalau tak kuahnya paras-paras ikan jer).
5. Then, masukkan garam dan serbuk perasa mengikut citarasa.
6. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Perasakan dulu garam n masamnya (kalau kurang masin tambah garam, kalau kurang masam tambahlah asam keping lagi).
7. Bila dah mendidih, masukkan bendir/terung. Tutup periuk dan masak lagi 3 minit @ sehingga bendir/terung tadi masak.
No comments:
Post a Comment