Pada pendapat aku, histeria adalah satu gangguan yang tidak kita ketahui akan puncanya. Biasanya histeria melibatkan gangguan jin dan syaitan yang di utuskan oleh seseorang untuk menyakiti orang lain. Subhanallah..... "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t" . Perasaan hasad dengki, dendam dan sakit hati tak lari dari kehidupan manusia. Kita sebagai manusia yang diberi akal fikiran harus bijak menangani masalah ini. Bukan dengan menghantar syaitan atau jin untuk memuaskan hati kita terhadap orang yang kita tak suka. Banyak lagi cara nak menyelesaikan masalah. Bawa berbincang, banyakkan beristighfar, berzikir, berdoa kepada Allah supaya diberi cahaya pertunjuk.
Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya".
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama "adrealine" kedalam saluran darah kita.Hormon ini bersama-sama denganbeberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita.
Diantara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah ke otak, otot dan jantung), gula, lemak dan kolesterol didalam darah bertambah dan pernafasan seseorang akan lebih laju. Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii dengan keperluan tubuh kita ketika itu.
Walaubagaimanapun, jika stress berpanjangan didalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan bertukar "distree" yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.
Kat bawah ni ada beberapa tip untuk teman-teman sekiranya berada dalam gangguan syaitan dan menghadapi tekanan emosi:
1. Sentiasa dalam keadaan berwuduk
2. Sentiasa solat wajib n sunat
3. Banyakkan berdoa kepada Allah
4. Banyakkan berzikir
5. Banyakkan bermuhasabah diri
6. Membaca al-quran
7. Sentiasa berfikiran positif
8. Yakin pada diri sendiri
9. Yakin pada Allah
Yang paling penting, kita perlu ingat, Allah sentiasa bersama-sama kita di waktu senang atau pun susah.
No comments:
Post a Comment