Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam ( potong ikut citarasa masing-masing dan basuh hingga bersih)
2 biji kentang (di potong 4)
sehelai daun kunyit (kalau ada)
3 batang serai (diketuk)
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam secukup rasa
2 keping asam keping
*20 biji cili padi (terpulang pada citarasa sendiri)
*3 inci kunyit hidup
*2 inci halia
*3 biji bawang merah
*1 biji bawang putih
Cara-Cara:
1. Masukkan semua bahan yang bertanda * dan 1 cawan santan cair ke dalam blender. Kisar hingga halus.
2. Masukkan ayam dan bahan yang di blender tadi dalam periuk bersama kentang, serai, asam keping, daun kunyit, 1 cawan santan cair dan sedikit garam. Masak sehingga mendidih.
3. Bila kentang dan ayam dah masak, masukkan santan pekat dan sentiasa kacau (supaya tak pecah santan) sehingga mendidih semula.
4. Tambahkan garam secukup rasa.
5. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment