Saturday, November 12, 2011

Nasi Hujan Panas

Semalam masak Nasi Hujan Panas tuk hubby sebab tolong kemas dapur. Lauknya, daging masak kari n acar timun atas permintaan hubby. Lagi pun daging korban ada dalam peti ais kan... Nasib baik aku dah rebus dulu daging tu, kalau tak kena tunggu lama lah daging tu nak empuk...

Cakap pasal nak empukkan daging lembu, aku ada petua dari mak. Masa korang rebus atau masak daging lembu tu, masukkan sudu 1@2 batang. Tak kisahlah sudu besar ke... kecil ke... janji sudu... insya'allah cepatlah daging tu empuk...

Ok, aku nak kongsi buat Nasi Hujan Panas and Acar Timun. Untuk daging masak kari, sama macam resepi Ayam Masak Kari.



Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan (Untuk 2 orang):

1 pot beras (di basuh dan di toskan)
1 helai daun pandan
garam secukup rasa
pewarna hijau
pewarna merah
air secukupnya

Bahan Untuk tumis:

2 sudu kecil mentega
*2 biji bawang kecil (dihiris )
*1 ulas bawang putih (dihiris)
*3 hirisan halia (dicincang halus)
*1/2 inci batang kayu manis
* 1 kuntum bunga lawang
* 2 biji buah pelaga
* 2 kuntum bunga cengkih


Cara-Cara :
(lebih senang kalau kawan-kawan guna periuk rice cooker. Sebab cara masaknya ada 2 kaedah iaitu untuk menumis dan seterusnya tanak nasi hujan panas kita macam biasa).

1. Cairkan mentega dengan api yang kecil.

2. Masukkan semua bahan yang bertanda * hingga naik bau. Bila bawang yang di tumis dah nampak kuning-kekuningan, matikan api.

3. Masukkan beras dan kacau sebentar. Kemudian masukkan air dan sukat air beras macam kita masak nasi biasa. Masukkan garam secukup rasa (jangan sampai masin sangat tau).

4. Simpulkan daun pandan dan masak nasi hingga masak. Bila nasi dah kering, titiskan pewarna hijau dan merah di tempat yang berlainan. Biarkan dalam 15@20 minit, baru gemburkan nasi hujan panas kita.



Acar Timun

Bahan-Bahan:

1 biji timun (dipotong 4 dan dihiris kasar secara memanjang)
1 biji lobak merah (dipotong 4 dan dihiris kasar secara memanjang)
4 biji bawang kecil (dibelah 2)
2 biji lada besar (dihiris)
5 sudu besar sos cili
1/2 sudu kecil asam jawa (dibancuh dengan 5 sudu besar air)
Garam & gula secukup rasa
2 sudu besar minyak untuk menumis

Bahan Menumis (ditumbuk halus):

2 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
3 hiris halia
1 sudu kecil biji sawi

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak. Masukkan biji sawi dan tumis semua bahan yang telah ditumbuk hingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan air asam jawa dan sos cili. Kacau sebentar.

3. Masukkan garam dan gula secukup rasa (rasanya macam masak sweet & sour). Biarkan mendidih sebentar. (kuah acar timun nie akan menjadi pekat dengan sendirinya sebab..... rahsia : P )

4. Last sekali, masukkan hirisan timun, lobak, lada merah dan bawang kecil. Kacau sebentar dan masak lebih kurang 5 minit.

Selamat Mencuba....

No comments: