Tuesday, November 29, 2011

Air Terjun Gunung Ledang

Sumber dari Wikipedia.

" Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Ledang, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu Asahan, Melaka. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas. Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesies tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang."


Lepas hantar rombongan pengantin, my father in-law ajak pergi Gunung Ledang. Aku yang dengar ni teruja sangat sebab tak pernah sampai sana.... Selalu nyer LALU je kat situ, singgahnya tak pun... tak gitu en.hubby : )

Yang tak bestnya, aku x dapat nak mandi, memanglah aku bawa baju untuk salin, tapi x kan nak mandi dengan pakai baju kurung... waaaaaaaaaaa...... tak pe..nanti ajak hubby gi lagi. kat bawah nie gambar waktu hubby n amirul bersuka suki mandi... jeles i tau...


Ciptaan Allah sememangnya indah...


Hubby tak perasan aku candid gambar dia... Eh! terperasan plak.. peace yo...


Hubby mandi dengan amirul. Mak mentua aku yang sporting n adik ipar aku yang control encem..


My father in-law n adik iparku ( ibu kepada amirul )

Lepas bermandi manda, aku n hubby terus gi Segamat untuk meneruskan kerja-kerja yang tertunggak.

No comments: