Last week balik kampung Batu Pahat. Seronol betul. Rindu tul kat mak n abah. Kebetulan plak adik aku Kuek n sayang pun balik juga. Along x dapat balik sebab Ameera kena wat medical check-up. Tak pe...insya'allah kita kumpul ramai-ramai lagi yer...
Masa dalam perjalanan balik ke kampung, adik aku sayang ada anto sms. Dia suh buatkan laksa. Maklumlah org rumah dia tengah mengidam. Kebetulan plak memang aku nak masak laska masa tu. Al-hamdulillah, suka betul adik ipar aku dapat apa yang dia nak makan. Malam tu kita orang plan nak wat BBQ. Aku pernah cakap kat adik and kakak ipar aku, kalau balik kampung Batu Pahat, x yah lah nak diet-diet.... Postpone diet tu ari Isnin jer... Confirm mak masak special punya time kita balik ramai-ramai.
Ari ahad tu mak masak Nasi Dagang...Walawe....sodap gilo...lauknya mak buat kari ikan tongkol, kari ayam kampung, telur n salad (timun, daun salad n hirisan bawang bosar... lebihan sayur laksa semalam). Memang mantop Mak Leha masak....
Lepas solat asar, aku n hubby balik ke Palong semula. Macam biasa, singgah Kampung Parit Lapis Laman dulu untuk beli kerekep buat jualan. Kami solat magrib di Masjid Al-Azim, Melaka. Lepas tu ingat nak beli barang skit... Tapi x jumpa apa yang dicari. Makan malam kami di Restoren Nasi Ayam Peyet kat Tesco, Melaka.
No comments:
Post a Comment