Tuesday, December 27, 2011

Ulser @ Ulcer



Sakitnya tekak den kena Ulser... nak telan air liur pun sakit... kalau makan makanan pedas, lagilah sakit. Semuanya bermula masa batuk ari tu... batuk dah kurang, tapi sakit tekak masih ada lagi.

Mesti korang pernah kena ulser kan... sakitnya bukan main lagi. Aku pernah kena satu mulut n lidah masa adik ipar aku kahwin... adoi ai...nak cakap pun tak leh. Bila nak berkumur n gosok gigi, sakitnya tak terkata...apatah lagi nak minum atau makan. Tau-tau jer air mata keluar (sakit sangat la tu gamaknya). So, sepanjang 1 minggu kat kedai aku diam jer.. Customer aku semua kata sunyi kalau tak dengar suara aku (maklumlah aku nie kan mesra alam). Macam-macam petua aku dapat dari customer aku.

Ada yang suruh letak majerin@planta lah, garam kasar lah, madu lah....


Semua aku dah cuba, hasilnya.. aku yang rasa sedap dalam mulut. Memang tak leh jadi ubat nie.

Dulu masa kena ulser, aku selalu tenyeh dengah minyak cap kapak sampai berdarah.. Uhh...rasa puas hati jer... Aku akan buat macam tu dalam 2@3 hari. Hari ke 4 confirm dah tak rasa sakit.. tapi, korang sanggup ker nak tenyeh sampai berdarah... kalau tak sanggup jangan buat tau...



Kat bawah nie aku nak share tentang Ulser @ Ulcer (Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia)

Ulser mulut merupakan luka dalam mulut yang berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan. Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Apakah yang menyebabkan ulser mulut?

Penyebab sebenar ulser mulut tidak diketahui. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh :

  • Stres
  • Perubahan hormon
  • daya tahan badan yang lemah
  • Jangkitan (infeksi)
  • Kekurangan zat makanan
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimoterapi


Tanda-tanda (simptom)

Tanda-tanda ulser mulut termasuk :

  • Rasa membakar dalam mulut
  • Kesakitan
  • Tidak selesa
  • Hilang selera makan
  • Demam

Berapa lama ulser mulut akan sembuh?
Kesakitan biasanya akan berkurangan dalam tempoh 3-4 hari tetapi ulser akan mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh.

Perhatian
Dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian jika ulser berlanjutan selepas dua minggu untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser. Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman.

Apa yang boleh anda lakukan?
Untuk melegakan rasa sakit, anda boleh mencuba petua-petua berikut :

  • Gunakan bahan kumuran antiseptik
  • Sapu gel atau krim penahan sakit
  • Kekalkan kebersihan mulut yang baik
  • Makan makanan lembut
  • Elakkan makan makanan panas dan pedas
  • Banyakkan minum air


Kat sini aku cadangkan korang guna ubat kat bawah nie kalau kena Ulser. Kalau pergi klinik, doktor akan bagi ubat BONJELA. Korang boleh gak mintak MEDIJEL sebab ubat ni dapat menahan rasa sakit lebih lama dari BONJELA.

Tapi kalau tak baik gak, eloklah jumpa doktor yang pakar.


Monday, December 26, 2011

Asma Allah By Sami Yusuf



Raheem, Kareemun, 'Adheem, 'Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee', Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra'uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/s/sami_yusuf/asma_allah.html ]
Allahumma salli 'ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)

Allahumma salli 'ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu'mineen sallou 'alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha'fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour 'ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu'izzu a'izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib duýaa'ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa
(Show gentleness to us)

Sunday, December 25, 2011

Insya Allah By Maher Zain



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Saturday, December 24, 2011

Indahnya Ciptaan Allah s.w.t

سُوۡرَةُ البَقَرَة
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ ٱعۡبُدُواْ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمۡ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ (٢١) ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ فِرَشً۬ا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً۬ وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً۬ فَأَخۡرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ رِزۡقً۬ا لَّكُمۡ‌ۖ فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ (٢٢)
Maksudnya :

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertakwa. (21) Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa). (22)

Friday, December 23, 2011

Hujan Oh Hujan



Kat sini dah 3 hari hujan tak berhenti-henti. Hujan rahmat orang kata. Begitulah manusia, bila panas memanjang, bertanya bila la nak hujan... bila dah hujan jer, bertanya bila la nak jumpa matahari plak...

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:”Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya.”
(Bukhari)


Bagi aku sama jer..hujan ke, panas ke, dah lumrah alam kan. Lagipun sekarang ni kan memang musim "tengkujuh". Sebut pasal "tengkujuh", tetiba teringat kat adik aku si Kuek. Abah aku cakap "sekarang musim tengkujuh"... boleh adik aku kata "malaysia ke tujuh". Lawak betul... Tapi itu masa zaman dia kocik-kocik la...

Bila hujan je, mesti orang akan kaitkan dengan banjir. Hujan yang berterusan tanpa berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Sungai yang dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan tanah rendah dipenuhi air. Kesian tengok rumah-rumah yang di tenggelami air. Ada yang nampak bumbung rumah jer.



Masalah banjir yang sering berlaku di bandar adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang dibuat mungkin terlalu kecil dan cetek. Jumlah air yang banyak menyebabkan air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku seperti di Kajang baru-baru nie. Kadang-kadang macam pelik plak, kat bandar pun boleh banjir... Hm.. Bila Allah s.w.t dah kata "Kun Fayakun" maka jadilah ia..



So, aku harap, mana-mana kawasan yang sebelum ini pernah berlaku banjir, berkemaslah apa yang patut. Dokumen-dokumen penting jangan lupa disimpan di tempat yang selamat. Kat bawah ni ada beberapa tips sebelum banjir. Aku ambil dari Laman Web Rasmi PDRM Kontinjen Terengganu.

Sebelum banjir

  1. Dapatkan maklumat yang relevan tentang banjir di tempat anda.
  2. Pastikan sistem amaran banjir setempat – cara ianya disampaikan dan maklumat persediaan jika berlaku banjir.
  3. Periksa lubang air (water outlet) samada longkang atau saluran najis dibersihkan dari halangan dan pastikan ianya tertutup rapat supaya air banjir tidak melimpah masuk melaluinya.
  4. Pastikan pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana di tempat anda – jika perlu, buat perancangan dan latihan pemindahan kecemasan dengan ahli keluarga masing-masing.
  5. Memastikan semua dokumen penting dan barang berharga dikumpulkan serta diletakkan di tempat yang selamat atau dimasukkan ke dalam sebuah bekas yang mudah untuk dibawa semasa berpindah kelak. Bagi mereka yang berkemampuan, penyewaan safe deposit box di institusi kewangan untuk menyimpan semua dokumen penting dan barang berharga adalah merupakan langkah yang bijak.
  6. Menentukan barang-barang dan perabot diletakkan di tempat yang tinggi.
  7. Pastikan seluruh ahli keluarga mahir dengan tatacara bertindak semasa berlaku banjir.

Sebelum Banjir – Semasa Tanda-Tanda Dikesan.

  1. Dengar pengumaman radio dari semasa ke semasa tentang keadaan banjir di kawasan anda.
  2. Penuhkan tong bekas air di rumah dengan air bersih. Semasa banjir air mungkin menjadi kotor.
  3. Letakkan perabot atau perkakas di tempat tinggi.
  4. Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama dalam bekas kalis air.
  5. Bersedia untuk menutup suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan tong gas.
  6. Pesan pada jiran anda untuk mengambil tindakan yang sama.

Dari Amir bin Saad dari bapanya r.a katanya:“Pada suatu hari Rasululah s.a.w datang dari daerah perbukitan. Ketika baginda sampai di Masjid Bani Mu’awiyah baginda masuk ke masjid tersebut lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan baginda.Baginda berdoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah berdoa baginda berpaling kepada kami lalu bersabda:”Aku memohon kepada Tuhan tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhan supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang. Maka diperkenankan. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang melanda umat Nabi Nuh atau seperti tentera dan Raja Firaun yang ditenggelamkan di lautan), permohonanku itu diperkenankan-Nya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan. “
(Bukhari)

Thursday, December 22, 2011

Bubur Nasi



Selalunya kalau sakit tekak aku akan masak bubur. Kadang-kadang makan bubur kosong dengan kicap jer... Maklumlah tengah tak ada selera nak makan yang sedap-sedap. Selalunya kalau cakap nak masak bubur jer, confirm kena tanak nasik awal pagi sebab takut tak sempat jadi bubur. Sekarang, 1/2 jam jer dah siap masak bubur. Masak dalam rice cooker lagi...
Kali ni aku nak kongsi cara masak bubur nasi dengan cepat.

Caranya:

1. Sediakan blender untuk mengisar bahan yang kering.



2. Kisar beras hingga separuh hancur.



3. Masukkan beras dalam periuk rice cooker dan basuh beras macam biasa sebanyak 2 kali (buang air basuhan beras perlahan-lahan). Masak bubur macam biasa.



PENTING:

1. Masa masak bubur dalam rice cooker, tekan button untuk "cook".

2. Pastikan periuk ditutup.

3. Dalam masa 15 minit, check bubur anda. Kalau dah mendidih, kacau bubur dan pastikan bubur nasi masak dengan rata. Kalau kurang air, masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Kadang-kadang button beriuk akan beralih pada "warm". Tekan "cook" semula sehingga bubur betul-betul dah jadi BUBUR NASI.

5. Pastikan tutup periuk di sengetkan sedikit.

6. Lepas dah jadi bubur, tukar button rice cooker kepada "warm".

Ayam Masak Kicap



Ayam masak kicap ni pun favorite my hubby. Lagi pun senang jer nak masak. Bahan pun tak banyak. Yang penting kena ada ayam n kicap. Kalau ada ayam kampung lagi best tau... Jom kita kongsi resepi...

Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (dibasuh bersih dan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Goreng hingga masak)
1 biji bawang besar (dihiris kasar)
1 cm halia (dicincang halus)
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cm kayu manis
1 keping asam keping yang sedang
2 sudu besar serbuk kari daging
Kicap manis secukupnya
*4 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 sudu besar lada hitam
2 biji lada hijau @ merah (dibelah dua)
Air secukupnya
minyak untuk menumis

Cara-Cara:

1. Tumbuk bahan yang bertanda * hingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bunga lawang, cengkih, kayu manis, buah pelaga dan bahan-bahan yang ditumbuk tadi. Kacau hingga naik bau.

3. Masukkan serbuk kari dan asam keping. Kacau hingga rata. Kemudian masukkan air sedikit.

4. Masukkan kicap secukupnya (kuah kicap akan menjadi tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Semuanya bergantung pada air yang kita masukkan). Kacau sebentar dan masukkan ayam. Masukkan bawang besar dan lada hijau @ merah yang telah dibelah dua. Kacau rata dan tutup sebentar.

5. Matikan api dan siap untuk dihidang.

** Garam memang tak dimasukkan kerana ayam goreng tadi dah goreng dengan garam dan kunyit.

Wednesday, December 21, 2011

Soto Ayam



Bahan-Bahan:

1/2 ekor ayam (dibasuh bersih dan di potong 2)
3 sudu besar perencah sup ADABI
3 sudu besar rempah kurma ADABI
*4 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sudu besar lada putih
**3 biji buah pelaga
**3 kuntum bunga cengkih
**1 kuntum bunga lawang
**2 cam kayu manis
**2 biji bawang merah (dihiris halus)
**2 ulas bawang putih (dihiris halus)
Garam
1 kuib pati ayam
Air dan minyak secukupnya

Bahan-Bahan Lain/Untuk hiasan:

Nasi impit ADABI (direbus hingga masak)
Suhun (digoreng hingga kembang)
Kacang Tanah (digoreng)
Bawang goreng
Daun Bawang
Daun Sup

Bahan-Bahan untuk sambal kicap:

20 batang cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap manissecukupnya


Cara-Cara:

1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang bertanda ** sehingga kuning. Kemudian masukkan bahan yang bertanda *. Kacau rata hingga naik bau.Masukkan perencah sup dan kurma. Kacau rata dan masukkan air, ayam, pati kiub ayam dan garam secukup rasa.

2. Bila kuah soto dah mendidih dan ayam dah masak, angkat ayam tadi dan toskan airnya.

3. Panaskan minyak untuk mengoreng ayam tadi hingga kuning-kekuningan (tak perlu lumurkan garam dan kunyit lagi kerana ayam yang dimasak dah ada rasa tersendiri dari kuah soto tadi).

4. Bila ayam dah sejuk, carik-carik isi ayam. Tulang-tulang ayam yang dah di carik, boleh dimasukkan kedalam kuah soto tadi.

5. Untuk kicap pula, kisar semua bahan kicap dan ratakan.

6. Lastly, potong nasi impit dalam bentuk kiub. Letakkan soon yang telah digoreng, isi ayam yang telah dicarik dan kuah soto. Diatasnya dihias bersama-sama kacang goreng, bawang goreng, daun bawang dan daun sup.

7. Siap dihidang..

Tuesday, December 20, 2011

Batuk Melanda


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh....

Lama tak up date blog. Sebenarnya dah dekat 2 minggu batuk tak baik-baik lagi. Ubat batuk dari klinik dah abis 2 botol, tapi batuk still remain.. Gatalnya tekak bukan main lagi.. rasa macam nak keluarkan tekak ni n cuci bersih-bersih... kalo boleh lah ( hakikat sebenar memang tak boleh pun ). Dah dekat 2 minggu jugalah aku tak lena nak tido gara-gara melayan batuk nie..

Kesian kat hubby, tidurnya diganggu oleh batuk ku... sorry hubby. Aku nak tido kat bilik lain dia tak bagi... akhirnya, berjangkit juga hubby dengan virus ku... cian hubby. Nanti kita kongsi ubat batuk yer...

Oleh kerana ubat batuk moden dah tak boleh lenyapkan batuk ku ini, aku try cara tradisional plak. Ada 2 petua sebenarnya. Tapi aku baru cuba 1st petua. Kalau ok petua yang 2nd tak yah buat. ATapi aku nak share ngan kawan-kawan kedua-dua petua yang aku dapat nie.

1st Petua Ubat Batuk

Sediakan Limau nipis & Madu

Canpurkan air perahan limau dengan madu (secukup rasa) dan minum 2 sudu besar 3 kali sehari. Insya'allah.... ( aku dah try buat, rasa kuranglah sikit batuk & gatal-gatal di tekak ).


2nd Petua Ubat Batuk

Sediakan Limau nipis & Kicap Manis (brand lain pun boleh janji kicap manis)

Canpurkan air perahan limau dengan kicap (secukup rasa) dan minum 2 sudu besar 3 kali sehari. Insya'allah....


Tidurmu Tidak Akan DI Ganggu..


Sapukan kapur sireh di leher untuk mengurangkan batuk..


Selamat Mencuba..

Tuesday, December 13, 2011

Percutian 3 hari 3 malam

Alhamdulillah... aku n hubby selamat sampai ke Palong semula jam 9.30 malam. Kami pergi bercuti 3 hari 3 malam ke Johor. Full day activity.....

Day 1

Lepas rewang kat Palong, aku dan hubby balik ke Kg.Mampan, Batu Pahat, Johor. Balik rumah mak abah aku da.... sampai lebih kurang kul 12.30 mlm. Keesokan harinya, adik aku Kuek kata ada kempen derma darah. Aku dah memang semangat nak derma. Maklumlah dah lama tak derma. Sampai kat sana jer, isi borang dan check kumpulan darah. Lepas doktor check tekanan darah semua, aku tak boleh nak derma darah sebab aku batuk. Masa tu memang aku tengah batuk n sakit tekak. Doktor kuatir darah aku ada virus batuk.... Apa nak buat. Lain kali jer lah yer... Kat bawah nie gambo umah mak abah aku kat Kg.Mampan, Batu Pahat, Johor.


Rumah dulu depan nie jer... Sekarang dah memanjang ke kiri plak..Alhamdulillah.. Rezeki dari Allah s.w.t. Amin...

Petang pula aku ke Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Pergi umah mak saudara hubby tuk rewang kat sana pulak. Family hubby yang lain dah sampai. Maklumlah esok ada majlis kenduri kahwin. Malam kami buat bunga rampai. Kebetulan plak malam tukan gerhana bulan. Al-hamdulillah.... semua dapat mengerjakan solat sunat gerhana.


Gambar bulan sebelum dan semasa gerhana. Subhanallah...


Muka ceria adik n mirul...


Sweet husband n wife..Nor & Hasan.

Day 2

Dalam kul 10.00 pagi aku n hubby gi Parit Raja lagi. Aku n sepupu-sepupu hubby yang lain tolong buat gubahan tuk makan beradap/berdamai. Seronok dapat kumpul ramai-ramai. Maklumlah, sebab jarang-jarang dapat jumpa. Petang tu, lepas pengantin makan, aku n hubby gerak terus ke rumah nenek aku kat Felda Air Hitam, Kluang, Johor.


Sepupu hubby Nor & Siti. Gambar sebelah tu Amirul n Ibunya.


Adik-adikku sayang, Nieza & Linda. Gambar sebelah tu suasana kemeriahan majlis.

*sorry lah, gambar pengantin tak jadilah, kamera buat hal plak...

Sampai jer rumah nenek aku tengok mak aku tengah masak-masak sebab malam nanti pak cik aku nak buat kenduri tahlil dan doa selamat selepas pulang dari Makkah. Al-hamdulillah. Aku pun dengan pantas bertukar dari jubah ke baju rewang... Tolong mak aku masak plak. Fuh!!!! banyak lagi benda belum buat nie, aku kena pantasssss......

Malam tu lepas kenduri aku n hubby terus gi Pasir Gudang, Johor. Terima Kasih En. Shaiful Khairuddin n isterinya Yuslinda sbb bagi tumpang tido kan umah mereka. Luv U... Hehehehehehe... tumpang tido umah adik kesayangan aku sebenarnya...


Adik ku Sayang n Yus

Day 3


Well, aktiviti pagi tu gi umah adik iparku Rosnani n suaminya Fendi. Maklumlah baru pindah umah sendiri. Amin... murah rezeki dia tahun nie sebab dah pindah n bakal menjadi ibu bulan depan. Insya'allah....


Adik iparku Nani n Fendi

Lepas tu, aku n hubby gi meronda satu pasir gudang...Banyak betul kenangan kat sini... Yelah dah 10 tahun aku dok sini..koje dan bertemu jodoh di sini... lagipun aku dah beli umah kat sini. Kena gak jenguk-jenguk walaupun ada orang yang sewa. Kat bawah ni gambar tempat-tempat yang aku n hubby pergi...


1st gi tengok umah kat Jalan Delima. Pastu gi kedai kawan aku hubby kat Taman Cahaya Masai. Kedai En.Dol... Tapi tauke tak da da...Apa pun memang mantop kedai dia.


Pusat Bandar Pasir Gudang...


Makan tengah hari kami di Tesco Taman Perling.

Seronok rasa dapat melawat Pasir Gudang. Insya'allah ada rezeki panjang umur, aku n hubby akan kesana lagi.. Insya;allah...