Tuesday, May 8, 2012

Singgang Ikan Kembung Versi My Mom

Assalamualaikum semua....

Dah lama tak Masak Singgang Ikan. Hubby kureng minat lauk ni. Aku plak suka sebab ada rasa masam-masam cikit dan yang paling penting senang nak memasaknya. Selain ikan kembung, ikan parang, ikan tongkol, ikan tenggiri dan ikan selar yang besar pun sedap dimasak singgang.

Sebut jer ikan parang, nak tergelak aku... Aku sebenarnya tak suka makan ikan parang sebab..... banyak tulang. Tapi oleh kerana mak dan abah mertua aku suka, aku pun dah jadi suka pulak...kah..kah...kah... Mak aku sendiri pelik bila anak perempuan dia yang sorang ni dah pandai makan ikan parang..... Thanks to mak and abah mertua ku...

Masak singgang ni ada banyak cara. Ada yang masuk semua bahan dan rebus terus. Ada yang tumis dengan sedikit minyak. So, selalunya aku tumis dengan sedikit minyak untuk menaikkan aroma bahan-bahan yang di tumis. Ok lah...jom kita semak resepinya.


Bahan-bahan:
4 ekor ikan kembung (dibersihkan dan dibasuh)
*3 biji bawang kecil
*2 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
*1/2 inci kunyit
*2 hiris lengkuas
**1 biji bawang besar (dibelah 4)
**2 biji lada merah (dibelah 2 tidak putus)
**5 biji cili api (dibuang sedikit tangkainya)
**1 helai daun kunyit
**2 keping asam keping
**5 batang bendir
2 batang serai (dititik)
Garam
Serbuk perasa
Air secukupnya
2 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-cara:
1. Tumbuk semua bahan yang tertanda ' * ' hingga lumat.

2. Panaskan minyak didalam periuk dan tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi bersama serai hingga naik bau (jangan sampai hangus tau).

3. Masukkan 1 cawan air dahulu. Kemudian masukkan ikan dan semua bahan yang bertanda ' ** '.Kalau kuahnya kurang boleh tambah air lagi ikut suka kawan-kawan.

4. Perasakan garam dan serbuk perasa secukupnya. Tutup periuk dan biarkan mendidih.

5. Bila dah masak, matikan api dan sedia untuk dihidang.

No comments: