Tuesday, May 1, 2012

Ikan Sebelah Masak Tauchu

Assalamualaikum semua...

Hari ni tergerak nak masak Ikan Sebelah ngan tauchu la. Terima kasih mak sebab bawakan ikan sebelah yang besar untuk adik. Kat sini susah tul nak jumpa ikan cam ni. Kawan-kawan kenal tak rupa ikan sebelah ni?? Ini bukan ikan dari orang sebelah tau.. Rupanya cam gambo kat bawah ni...

 Gambar dari wikipedia

Mohlah kita tengok resepinya:


Bahan-bahan:
1 ekor ikan sebelah yang besar (ikan lain pun boleh)
1 biji bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
3 hiris halia (dipotong halus secara memanjang)
1 batang serai (dihiris halus)
2 biji lada merah (dihiris kasar)
5 biji cili api (dibelah dua. Kalau suka pedas boleh tambah lagi)
1/2 sudu kecil pes asam jawa @ 1 keping asam keping
3 sudu besar tauchu (letak dalam tapis dan lalukan air keatasnya 1 kali sahaja)
3 payung shitake mushroom kering (rendam dengan air suam hingga kembang)
1/2 cawan air
1 sudu kecil Gula
Garam
Kunyit
Minyak untuk menumis dan goreng ikan 

Cara-cara:
1. Bersihkan ikan dan potong ikan kepada 3 bahagian (kalau yang besarlah). Gaulkan ikan tadi dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga masak dan angkat.

2. Bila dah angkat ikan, kurangkan minyak gorengan ikan untuk menumis kuah tauchu. 

3. Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih, serai, halia dan cili api hingga naik bau.

4. Kemuadian masukkan air dan cendawan shitake yang telah dibelah 4. Tutup sekejap kuali dalam 2@3 minit.

5. Masukkan tauchu, gula, lada merah dan asam jawa. Kacau sebentar dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi.(jangan letak garam kerana tauchu tu sendiri dah masin).

6. Kacau hingga kuah tauchu rata dan tutup sebentar selama 2@3 minit sebelum diangkat dan dihidangkan.

No comments: