Cuaca sekarang tak menentu... kat sini tengah musim panas. Alhamdulillah... semua orang boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Mana yang tanam anak pokok getah, boleh lah cepat siap menanamnya. Bila sang hujan berkunjung tiba, terasa nyaman jer... Peneroka pun tak lah susah hati sebab takut tanah kering dan anak pokok getah tak dapat air untuk tumbuh dengan suburnya....
Panas-panas ni, kalau dapat telan sesuatu yang menyejukkan tekak best kan... tiba-tiba teringat "Agar-Agar Sarang Burung". Nama je ada "Sarang Burung" tapi tak guna pun.... Mahal tu kalau nak beli... Resepi ni diajar oleh ibu saudaraku yang tersayang..."Ibu Yati". Jom kita semak resepinya...
Bahan-bahan:
4 mangkuk air (aku sukat pakai mangkuk Tau Fu Fa)
1/2 magkuk agar-agar (potong kecil untuk dapatkan 1/2 mangkuk sahaja)
3 helai daun pandan
1 buku gula melaka
3 biji kembang semangkuk (direndam dengan air panas hingga kembang)
Gula pasir secukupnya
Cara-cara:
1. Masukkan air, gula melaka, daun pandan dan agar-agar kedalam periuk.
2. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga agar-agar dan gula melaka larut.
3. Masukkan gula secukupnya mengikut selera kawan-kawan.
4. Bila dah mendidih, padamkan api dan tapis agar-agar tadi kedalam mangkuk@jug.
5. Sediakan bekas untuk agar-agar. Sebelum itu, letakkan kembang semagkuk kedalam bekas. (kalau ada 4 bekas bahagikan kembang semangkuk tu kepada empat bahagian).
6. Tuang agar-agar kedalam bekas dan sejukkan dalam peti ais.
Inilah rupa kembang semangkuk sebelum dan selepas direndam
(gambar dari goggle)
** Agar-Agar Sarang Burung ni sedap dimakan masa sejuk. Rasanya yang lembut, betul-betul membuat tekak terasa nyaman... Selamat Mencuba...
No comments:
Post a Comment