Saturday, May 5, 2012

Majlis Menyambut Menantu...

 Kumpulan kompang dari Kampung Durian Tunggal

Assalamualaikum Semua...

Hadith :
Dari Abdullah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w bersabda:”Hai para pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggungjawab berumahtangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi.” 
 
(Muslim)

Semalam selamat sampai ke kampung Durian Tunggal, Melaka (kampung hubby belah mak). Mak saudara hubby (Mak Anjang) dapat menantu baru..Alhamdulillah.

Biasanya kenduri kahwin kat melaka lebih kurang macam kat kampung aku (Batu Pahat). Adik-beradik dan saudara-mara akan turun dan buat kerja sama-sama..." apa yang penting, kerjasama" ala-ala wonder pet song. Memang seronok.... Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk merapatkan lagi tali persaudaraan.

TAHNIAH pada Dak Abang dan isteri (Faizal Dana Hidayah). Hubby selalu cerita, orang Melaka selalu guna berkataan "DAK" kat depan nama seseorang (untuk tujuan panggilan). Contoh: Dak Seli. Maknanya: Budak Seli... Hehehehehehe.....macam best plak dengarnya... K.Long dan Ang Long doakan abang dan isteri selalu hormat menghormati antara satu sama lain, bertolak ansur, sentiasa romantik macam k.long and abang long, dikurniakan anak yang soleh dan solehah dan berkekalan hingga ke hujung nyawa... Amin..

Faizal and Hidayah

Kat bawah ni wajah-wajah ceria sepupu-sepupuku tersayang. Walaupun penat, senyuman tetap manis macam gula...
Amirul with his parent
My hubby with Haziq (anak kepada sepupu hubby- Zaidi & Atul)
Awat temenung jer???Penat yer..cian dia...







Bagi nasi 1 senduk jer yer dik....

My cousin yang glamor n meletop... mak ngah the best...
 Jangan malu2.. senyum... 1..2..3... done..
 Bang..nak air 1 jug.....
 With my hubby's cousin
Hadith :
Al-Aswad bin Yazid berkata, aku bertanya kepada Aishah r.a, “Apakah yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. di rumahnya? Aishah menjawab” Beliau membuat tugas keluarganya, iaitu membantu kerja keluarganya, maka apabila masuk waktu sembahyang beliau pun keluar untuk bersembahyang”.
 
Riwayat Al-Bukhari 
 
Huraian
1. Kaum lelaki digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga di samping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.
2. Contoh pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.
3. Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.


1 comment:

Unknown said...

salam,


ade contact no x utk kompang ni.
email saya. norazlina.mdyaacob@gmail.com