Thursday, May 17, 2012

Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin Kurau

Assalamualikum semua...

Tengah hari ni aku masak simple jer... Pucuk Ubi masak lemak cili api dengan ikan masin kurau... Pergh!!!! bunyi jer dah kecur mulut aku ni... Aktiviti memetik pucuk ubi pun dijalankan. Oleh kerana yang makan aku and hubby, so kalau dapat 1 cekak pucuk ubi pun dah cukup... Ikan masin kurau plak kalau dapat yang ada tulang-tulang cikit pun dah sedap dah... Jom lah tengok resepi....


Bahan-bahan:
5 kerat ikan masin kurau (dibasuh dan direbus hingga masak dan lembut sedikit)
1 cekak pucuk ubi
*3 biji bawang kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci kunyit basah
*10 biji cili api (kalau nak pedas boleh lebihkan lagi)
*1 genggam ikan bilis (dibersihkan dan dibasuh)
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 batang serai
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Didihkan air panas dan celur pucuk ubi sehingga layu dan masak. Toskan pucuk ubi tadi dan bilas dengan air paip biasa. Kemudian perah pucuk ubi macam kita perah kain tu... Untuk pastikan tiada lagi air yang "terperangkap". Potong kepada 3 bahagian pucuk ubi dan kirai@leraikan didalam periuk.
 Inilah rupanya bila kita dah kirai@leraikan pucuk ubi yang telah direbus dan di perah.

2. Sebelum tu, tumbuk semua bahan yang bertanda '*' hingga lumat.

3. Masukkan ikan masin kurau yang telah direbus tadi (air rebusan jangan dimasukkan tau), serai yang telah dititik dan bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk yang berisi pucuk ubi.

4. Masukkan santan cair dan masak diatas dapur dengan api yang sederhana. Bila dah mendidih, perasakan garam dan masukkan santan pekat. Kacau hingga mendidih dan matikan api.


No comments: