Assalamualaikum semua....
Alhamdulillah, aku mendapat khabaran gembira dari adikku Sayang@Shaiful Khairuddin dan isterinya Yuslinda diatas kehadiran cahaya mata yang pertama pagi tadi. Alhamdulillah semuanya selamat dan berada didalam keadaan sihat.
Muhammad Daniel Irfan B. Shaiful Khairuddin dilahirkan pada jam 2++pagi dengan berat 2.90kg pada 30 Mei 2012. Bila agaknya dapat jumpa yer... Insya'allah kalau ada rezeki kita akan bertemu. Untuk anakanda Muhammad Daniel Irfan, Mak Ngah@Umi & Pak Ngah@Abi doakan semoga menjadi anak yang soleh, membesar dengan cergas dan cerdas dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu dan ayah dimasa akan datang. Insya'allah..Amin...
Kepada adikku Sayang dan Yus, ada amanah yang perlu dipikul dengan sebaiknya. Angah doakan kalian menjadi ibu dan ayah yang bertanggungjawab dalam menbentuk dan mendidik anak-anak. Amin.
Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang
memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka
ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah."
Riwayat Ibn Majah
Update gambar Daniel lagi.... gambar dari Encik Sayang..
Daniel ngan ayah dia yang brutal...
Lenanya tido...
No comments:
Post a Comment