Thursday, May 31, 2012

Pizza Tuna Segera

Assalamualaikum semua...

Frust betul aku sebab belum berjaya membuat roti... Wahai bonda dan kakak iparku cayang... tolonglah ajar adik ni... Oleh kerana nak juga wat pizza, aku pun buat pizza yang paling senang sekali... kuang...kuang...kuang..... Kawan-kawan pun boleh buat, tak payah nak uli-uli tepung tuk rotinya... Moh kita tengok resepinya...



Bahan-Bahan:
6 keping keping roti paun
1 tin kecil sardin (diambil isinya dan dihancurkan dengan garfu)
6 keping slice cheese (tak kisahlah brand apa pun)
1 biji bawang besar
2 biji lada merah
Sos cili secukupnya

Cara-cara:
1. Sapu rata 1 sudu besar sos cili pada roti (sebelah jer tau).
2. Letakkan sardin yang telah dihancurkan tadi dan ratakan.
3. Kemudian, letakkan bawang besar dan lada merah yang telah di hiris (boleh letak ikut suka).
4. Last sekali, letakkan slice cheese.
5. Bakar dalam oven menggunakan api atas bawah dengan suhu 100'c selama 5@10 minit. Bila nampak cheese tu dah mencair, bolehlah diangkat. Kalau guna microwave, just masukkan pizza dan tekan button pizza. Tapi bawah roti tu tak garing, so kena bakar semula atas kuali untuk garingkan bawah roti...

**Kawan-kawan boleh pelbagaikan topping tuk pizza segera ni ikut selera dan kreativiti.

Selamat Mencuba.... 

Wednesday, May 30, 2012

Muhammad Daniel Irfan B. Shaiful Khairuddin

Assalamualaikum semua....

Alhamdulillah, aku mendapat khabaran gembira dari adikku Sayang@Shaiful Khairuddin dan isterinya Yuslinda diatas kehadiran cahaya mata yang pertama pagi tadi. Alhamdulillah semuanya selamat dan berada didalam keadaan sihat.

Muhammad Daniel Irfan B. Shaiful Khairuddin dilahirkan pada jam 2++pagi dengan berat 2.90kg pada 30 Mei 2012. Bila agaknya dapat jumpa yer... Insya'allah kalau ada rezeki kita akan bertemu. Untuk anakanda Muhammad Daniel Irfan, Mak Ngah@Umi & Pak Ngah@Abi doakan semoga menjadi anak yang soleh, membesar dengan cergas dan cerdas dan menjadi anak yang berbakti kepada ibu dan ayah dimasa akan datang. Insya'allah..Amin...

Kepada adikku Sayang dan Yus, ada amanah yang perlu dipikul dengan sebaiknya. Angah doakan kalian menjadi ibu dan ayah yang bertanggungjawab dalam menbentuk dan mendidik anak-anak. Amin.

Hadith :
Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:” Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia(iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah." 

Riwayat Ibn Majah

Update gambar Daniel lagi.... gambar dari Encik Sayang..
 Daniel ngan ayah dia yang brutal...
 Lenanya tido...

Monday, May 28, 2012

Agar-Agar Sarang Burung

Assalamualaikum semua...

Cuaca sekarang tak menentu... kat sini tengah musim panas. Alhamdulillah... semua orang boleh menjalankan aktiviti harian seperti biasa. Mana yang tanam anak pokok getah, boleh lah cepat siap menanamnya. Bila sang hujan berkunjung tiba, terasa nyaman jer... Peneroka pun tak lah susah hati sebab takut tanah kering dan anak pokok getah tak dapat air untuk tumbuh dengan suburnya....

Panas-panas ni, kalau dapat telan sesuatu yang menyejukkan tekak best kan... tiba-tiba teringat "Agar-Agar Sarang Burung". Nama je ada "Sarang Burung" tapi tak guna pun.... Mahal tu kalau nak beli... Resepi ni diajar oleh ibu saudaraku yang tersayang..."Ibu Yati". Jom kita semak resepinya...


Bahan-bahan:
4 mangkuk air (aku sukat pakai mangkuk Tau Fu Fa)
1/2 magkuk agar-agar (potong kecil untuk dapatkan 1/2 mangkuk sahaja)
3 helai daun pandan
1 buku gula melaka
3 biji kembang semangkuk (direndam dengan air panas hingga kembang)
Gula pasir secukupnya

Cara-cara:
1. Masukkan air, gula melaka, daun pandan dan agar-agar kedalam periuk.
2. Masak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga agar-agar dan gula melaka larut.
3. Masukkan gula secukupnya mengikut selera kawan-kawan.
4. Bila dah mendidih, padamkan api dan tapis agar-agar tadi kedalam mangkuk@jug.
5. Sediakan bekas untuk agar-agar. Sebelum itu, letakkan kembang semagkuk kedalam bekas. (kalau ada 4 bekas bahagikan kembang semangkuk tu kepada empat bahagian).
6. Tuang agar-agar kedalam bekas dan sejukkan dalam peti ais.

Inilah rupa kembang semangkuk sebelum dan selepas direndam
(gambar dari goggle)

** Agar-Agar Sarang Burung ni sedap dimakan masa sejuk. Rasanya yang lembut, betul-betul membuat tekak terasa nyaman... Selamat Mencuba...

Wednesday, May 23, 2012

Kuyu Ke Layu????

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...

 Ari ni mata aku kuyu jer...Pn.Batuk baru nak beransur pulang ke ganggang.... Pn.Selsema pula datang berkunjung. Confirm Pn Batuk tak jadi balik ni... kuang3x... Wahai Pn. Badan, harap-harap tak layu lah kau hari ni dan bertahan untuk hari-hari berikutnya... 

Maksudnya:
Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan,  dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.

Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada sesuatu yang menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan meningatkan apa yang telah berlaku - sehinggakan tikaman duri yang mencucuknya - melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosa-dosanya."
 
Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab

Assalamualaikum semua...

Hari ini dah masuk 1 Rejab 1433H (رجب عاد). Alhamdulillah...Sekejap betul masa berlalu. Tak lama lagi bulan Syaaban dan diikuti bulan Ramadhan yang mulia. Hmmm....pada kawan-kawan yang masih banyak qada' puasa, baik segerakan. Kalau tunggu lama-lama dikhuatiri lupa pula.

Hadith:
Dari Aisyah r.a : Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari:"Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?" Aisyah berkata: "Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan) Baginda bersabda (Jika begitu) maka aku berpuasa."
 
Huraian Hadith:
1. Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

2. Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

3. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

4. Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.


PERISTIWA PENTING BULAN REJAB (artikel dari : Laman Web Jakim

1. Hijrah Pertama Dalam Islam
    Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung apabila pihak Musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Baginda dan orang yang beriman. Lalu Rasulullah memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah. 

    Tujuan hijrah ini untuk menyelamatkan iman, keselamatan diri dan mencari tapak baru untuk agama Islam berkembang. Di antara yang berhijrah ialah Saidina Othman RA dan Isterinya Roqiah anak Rasulullah dengan jumlah kesemuanya adalah 14 orang. Habsyah dipilih kerana rajanya dikenali dengan sikap terbuka dan bertoleransi. 

2. Israk dan Mikraj
     Israk dan Mikraj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmaqdis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. 

    Terdapat khilaf ulamak mengenai tarikh sebenar berlakunya peristiwa ini tetapi jumhur ulamak bersepakat menerima ianya berlaku pada 27 Rejab. Tetapi berlakunya peristiwa itu tidak penting kerana apa yang lebih penting ialah umat Isla wajib meyakini bahawa peristiwa ini adalah benar-benar berlaku ke atas diri Rasulullah SAW berdasarkan dalil qatie dari al quran dan hadis sahih. 

3. Peperangan Tabuk
    Peperangan Tabuk berlaku dalam tahun 9 hijrah di satu kawasan bernama Tabuk di utara Semenanjung Arab dengan bala tentera Rasulullah SAW seramai 30,000 orang. Akhirnya peperangan tidak berlaku kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dangeru n kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi pelbagai cabaran.Ia juga peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah SAW. 

4. Pembebasan Baitul Maqdis
    Baitul Maqdis telah dibuka pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab RA. Akibat kelalaian dan perpecahan umat di zaman pemerintahan Abbasiyah,orang kristian(tentera Salib) telah melakukan serangan bertubu-tubi ke atas Baitul Maqdis dan akhirnya berjaya     ditawan setelah 500 tahun dikuasai pemerintahan Islam. Tentera Salib telah mendudukinya selama 50 tahun sebelum dibebaskan kembali     tentera Islam di bawah panglima perang Salehuddin Al Ayubi yang berjaya ditawan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H. Pada tahun 1967/1387H, umat Yahudi pula menawan Baitul Maqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. 

5.Lahirnya Imam Syafie RH
    Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestine pada tahun 150H bersamaan 767M. Merupakan salah seorang daripada imam mazhab yang empat dan Malaysia adalah antara negara yang majoriti mengamalkan mazhab syafie. Salah satu peninggalan beliau yang amat berharga dan tidak ternilai harganya hingga menjadi rujukan hingga kini ialah Kitab Al Umm.

 

Friday, May 18, 2012

Lempeng Berinti Sambal Telur

Assalamualaikum dan Selamat petang semua...



Petang ni hubby request wat lempeng berinti sambal telur... Memang favorite hubby ni... Makan sampai 5 gulung pun boleh...Kalau aku dah kenyang gila dah... silap-silap keluar balik...Tak pa for u my love....

Moh kita kongsi resepinya...

Sambal Tumis Telur


Bahan-bahan (untuk makan 2 orang):
2 biji telur ayam
*1 genggam cili kering ( dibuang biji dan direndam dengan air panas )
*4 biji bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*1 genggam ikan bilis ( dibersihkan dan dibasuh )
1 labu bawang besar ( dihiris kasar )
1 sudu kecil gula pasir
1/2 sudu kecil pes asam jawa adabi
1/4 cawan Air
Garam
Minyak masak

Cara-cara:

1. Kisarkan semua bahan-bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi hingga terbit minyak.
3. Masukkan 1/4 cawan air,pes asam jawa dan bawang besar. Kacau rata.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Kemudian pecahkan telur satu persatu didalam sambal tumis tadi.
6. Biarkan sekejap dan kacau hingga telur hancur dan bercampur dengan sambal.
7. Kacau hingga telur masak dan angkat.



Lempeng

Bahan-bahan (untuk makan 2 orang):
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 sudu kecil garam
Minyak Masak

Cara-cara:
1. Masukkan tepung kedalam mangkuk.
2. Campurkan garam kedalam air dan kacau hingga garam larut.
3. Masukkan bancuhan air kedalam mangkuk yang berisi tepung tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tidak berketul. (kalau nampak macam masih pekat, letak air lagi hingga agak cair sedikit.)
4. Panaskan kuali dengan api yang kecil. Sapukan minyak masak dengan daun pandan dan masukkan sesenduk bancuhan tepung dan jadikan bulat. (aku ratakan guna belakang senduk jer... jadilah bulat).
5. Terbalikkan lempeng. Bila dah masak angkat dan letak dalam piring. Ulang proses 4 hingga bancuhan tepung habis.. (selalunya masak lempeng ni tak sampai 5 minit pun).

Untuk Inti:
Ratakan sambal telur pada lempeng tadi dan gulung seperti gambar diatas....

**Kawan-kawan boleh letak apa-apa jenis sambal. Sambal ikan tumis ke...sambal sardin ker... janji yang pedas-pedas la... tak pun cicah ngan kuah kari...perhhhhh.... dasyat....

Hari Jumaat Yang Indah....

Assalamualaikum semua...

Sorry lama tak up-date blog... Kesihatan tak mengizinkan. Tambahan pula agak sibuk sekarang. Kena handle kedai sorang-sorang. Kadang-kadang tak menang tangan nak layan customer yang datang menyerang. Aku n hubby bernasib baik sebab semua regular customer kami memang sporting. Kalau nampak aku sorang-sorang, mesti ada yang membantu... TERIMA KASIH SEMUA....

Sekarang hubby tengah sibuk tolong abah tanam anak pokok getah kat kebun. Tak kan nak suh abah tanam sorang-sorang. Dengan panas terik lagi.... Tak sampai hati aku tengok. So, En.Hubby kena laksanakan tanggungjawabnya untuk menolong abah... Kalau Ejat cuti, dia pun tolong sama. Koje anak-beranak ni senang sikit. Pasal kedai, aku dah biasa handle sorang-sorang. Tak ada masalah punya. Insya'allah...

Anak Pokok Getah


Sebahagian dari kebun pak mentua aku...


Proses pemindahan anak pokok getah.....

Hari ni panas betul cuacakan... Kesian abah n hubby kena mengharungi terikan matahari... Hm.... hari ni masak special cikitlah untuk hubby... Lagipun aku dah lama tak entry pasal masak-memasakkan.... hehehehehehehe... tak sempatlah.... Sorry.... Hari ni masak Kari Ayam + Kacang boncis goreng bersama sotong + telur masin + air sarsi. Mantap.... Selera tul aku tengok hubby makan... Cian hubby, penat yer... nanti leh tido dulu yer... Luv u Abi...

Thursday, May 17, 2012

Masak Lemak Pucuk Ubi Dengan Ikan Masin Kurau

Assalamualikum semua...

Tengah hari ni aku masak simple jer... Pucuk Ubi masak lemak cili api dengan ikan masin kurau... Pergh!!!! bunyi jer dah kecur mulut aku ni... Aktiviti memetik pucuk ubi pun dijalankan. Oleh kerana yang makan aku and hubby, so kalau dapat 1 cekak pucuk ubi pun dah cukup... Ikan masin kurau plak kalau dapat yang ada tulang-tulang cikit pun dah sedap dah... Jom lah tengok resepi....


Bahan-bahan:
5 kerat ikan masin kurau (dibasuh dan direbus hingga masak dan lembut sedikit)
1 cekak pucuk ubi
*3 biji bawang kecil
*1 ulas bawang putih
*2 inci kunyit basah
*10 biji cili api (kalau nak pedas boleh lebihkan lagi)
*1 genggam ikan bilis (dibersihkan dan dibasuh)
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
2 batang serai
Garam secukup rasa

Cara-cara:
1. Didihkan air panas dan celur pucuk ubi sehingga layu dan masak. Toskan pucuk ubi tadi dan bilas dengan air paip biasa. Kemudian perah pucuk ubi macam kita perah kain tu... Untuk pastikan tiada lagi air yang "terperangkap". Potong kepada 3 bahagian pucuk ubi dan kirai@leraikan didalam periuk.
 Inilah rupanya bila kita dah kirai@leraikan pucuk ubi yang telah direbus dan di perah.

2. Sebelum tu, tumbuk semua bahan yang bertanda '*' hingga lumat.

3. Masukkan ikan masin kurau yang telah direbus tadi (air rebusan jangan dimasukkan tau), serai yang telah dititik dan bahan yang telah di tumbuk kedalam periuk yang berisi pucuk ubi.

4. Masukkan santan cair dan masak diatas dapur dengan api yang sederhana. Bila dah mendidih, perasakan garam dan masukkan santan pekat. Kacau hingga mendidih dan matikan api.


Sunday, May 13, 2012

Selamat Hari Ibu....



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Hadith :
Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”
 
Riwayat al-Hakim

Selamat Hari Ibu kepada my mom Hjh.Zalihar Binti Hj Abd Basar. Adik ucapkan terima kasih kerana melahirkan angah di dunia ini, halalkan susu badan mak yang mengalir dalam badan adik ni, mendidik adik dengan sempurna, pengorbanan yang tak terbelah bahagi, kasih sayang yang tiada tolok bandingnya dan thanks 4 everything. Adik doakan mak sentiasa sihat dan dilindungi Allah selalu.. Amin.
Mak n Abah... I luv u so much...

Also for my mother in law Azenah Bte Samadi. Terima kasih kerana menerima Nor sebagai menantu mak seadanya, kasih sayang yang mak berikan, sentiasa memahami dan very understanding.
Aku dan Ibu Mertuaku... Cayang mak...

Tak lupa juga kepada adik-adik dan kakak iparku yang tersayang.... Happy mothers day... Insya'allah allah akan makbulkan juga doa aku untuk menjadi ibu. Selamat Hari Ibu untuk aku jugaklah.... Manalah tau kan, berkat doa semua. Amin.....
 My beloved sister in law Rafidah Bte Mohamed Kassim
 Adik ku sayang n Yuslinda Bte Mohd Yusoff (bakal Ibu ni....)
 Adik Iparku cayang Roslinda Bte Pairan with her son Amirul... insya'allah coming soon lagi 1 orang..
Adik iparku yang comel.... Rosnani Bte Pairan...baru jadi ibu..alhamdulillah..

DAN....kepada semua ibu-ibu saudaraku, sepupu-sepupuku, kawan-kawanku yang tersayang serta seluruh ibu-ibu didunia....SELAMAT HARI IBU SEMUA....