Monday, July 9, 2012

Majlis 3 in 1

Assalamualaikum semua...

Minggu lepas balik Kampung Mampan, Batu Pahat, Johor. Sebelum tu aku dan hubby gi ambil Mak Usu kat Kampung Sawah Ring, Bukit Gambir, Muar. Alhamdulillah, kami tiba Mampan kul 10 malam. Kalau tak dah sampai awal tapi pusing-pusing cari jalan ke Bukit Gambir... Informer jalan kami tertinggal satu simpang untuk ke sana... Tak pa, janji sampai. Bak kata hubby, kalau sesat pun kita masih di Malaysia.....

Kali ni mak dan abah buat kenduri meriah sikit sebab buat 3 agenda dalam satu majlis. Yang pertama sekali buat kenduri tahlil arwah. Kenduri ni memang buat setiap tahun lebih-lebih lagi bila dah nak sambut bulan Ramadhan ni... Untuk menjamu tetamu dah semestinya kami hidangkan Nasi Ambeng... Masakan dari Chef Leha (My mom da..) Mak kalau bab masak-masak memang mantop... Dan aku tetap menjadi pembantu mak untuk kacau bahan-bahan dalam periuk dan kawah... Kak Long (Rafidah) tetap menjadi pembantu mak yang setia...Eh..lupa plak, adik iparku cayang Yuslinda, tetap membantu walaupun masih dalam pantang..
 Kuih muih dan buah dari saudara mara... terima kasih...
 Nasi Ambeng... macam-macam ada...

Terima kasih kakak dan adik ipar ku... Terima kasih kepada ibu dan bapa saudaraku serta sepupu-sepupuku yang tersayang kerana sudi hadir dan membantu masa kenduri minggu lepas.Seronok bila dah ada sepupu yang dah beso-beso. Boleh membantu mana yang patut. Terima kasih yer....

  Yang kedua, majlis cukur jambul untuk anakanda Muhamad Danial Irfan Bin Shaiful Khairuddin. Kesian adik aku yang sorang ni, sakit lutut plak.. Maklumlah ada gout... Insya'allah, tak lama lagi oklah tu... Semoga Irfan menjadi anak yang soleh dan mentaati perintah Allah. Amin.
Yang ketiganya, majlis kesyukuran bagi menyambut ulang tahun kelahiran adindaku Shaiful Khairuddin Bin Haji Mohibah yang ke 30 tahun pada 6 Julai 2012... hehehehe... dah tua dah ko yang oit... Semoga di lindungi Allah selalu dan menjadi anak, abang, adik, bapa dan suami yang lebih bertanggungjawab. Amin.....
Kakak yang pilih kek ni untuk pok de nye...
 Besday boy...

 Aku nak menyibuk gak....
 Aku, hubby and kakak..
 Kakak bangun tido terus nak makan kek.... hehehehehehe...
 Along and kak long....
Sayang and Kuek...

Ada lagi gambar yang belum di masukkan..Ada masa aku up-date yer...

No comments: