Tuesday, July 31, 2012

Apam Gula Hangus

Assalamualaikum...


Apam Gula Hangus ialah my favorite. Dah banyak aku cuba resepi Apam Gula Hangus ni...Tapi asyik tak menjadi jer... bengang betul. Rupa-rupanya ada lagi bahan yang tertinggal. Kali ni buat, apam terlebih mantop pulak... Memang puas hati membuatnya... Jom kita kongsi resepinya...
Bahan-bahan:
1 cawan gula pasir
1 cawan air
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak



2 sudu besar majerin



2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Cara-Cara:
1. Masukkan gula dan 1/2 air kedalam kuali atau periuk untuk dijadikan gula hangus. Bila gula dah nampak keperang-perangan masukkan lagi 1/2 air (masukkan sikit-sikit sebab gula hangus tu akan meletup-letup ala-ala manja gitu. BERHATI_HATI.) dan kacau perlahan-lahan hingga gula hangus dan air bersatu. Matikan api dan sejukkan.

2. Didalam blender, masukkan minyak masak, telur dan majerin. Blend hingga semua sebati.

3. Masukkan gula hangus tadi dan blend sekali lagi.

4. Kemudian, masukkan tepung dan soda bikarbonat dan blend sehingga sebati.

5. Masukkan adunan kedalam mangkuk.

6. Panaskan kukusan. Masukkan adunan kedalam acuan yang telah dilanserkan dengan sedikit minyak. Letak adunan 1/2 acuan sahaja. Kalau nak letak 3/4 dari acuan pun boleh. Nanti apam naik macam gambo kat atas tu....

7. Kukus selama 5 minit atau hingga masak.

Selamat mencuba..


No comments: