Thursday, July 26, 2012

Mari Tunaikan Zakat

Asslamualaikum semua...

Alhamdulillah, selesai sudah Rukun Islam yang ke 3. Kawan-kawan dah bayar zakat ke belum? Puan Isteri, kerja kita ialah mengingatkan Encik Suami. Encik Suami pula jangan berlengah , dikhuatiri terkena penyakit "lupa" untuk membayar. Abang-abang yang masih bujang, tunaikan tanggungjawab anda juga... Sekarang ni ada banyak cara pembayaran zakat. KAwan-kawan boleh membayar di Pusat Zakat yang berhampiran atau melalui kiriman wang pos atau di kaunter bergerak(agen zakat negeri yang dilantik) atau secara online. Hehehehehehe...dah tak ada alasan "tak ada masa nak pergi bayar zakat kan???"...

Hari ni hubby bayar 2 jenis zakat:

1. Zakat Fitrah : 
Hadith :
Dari Ibnu Umar r.a katanya:”Rasulullah s.a.w mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan atas setiap orang Muslim, biarpun dia merdeka tau hamba, lelaki atau perempuan iaitu segantang kurma atau gandum.”
(Muslim)

Zakat fitrah ertinya zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu samada lelaki ataupun perempuan, yang kecil mahupun yang besar, merdeka mahupun hamba, dari kalangan orang-orang Islam. (Klik Sini untuk maklumat lebih lanjut). Kadar bayaran di Negeri Sembilan untuk tahun 2012 ialah RM6.50.

2. Zakat Perniagaan : Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada berasaskan pembuatan, perlombongan, perikanan, perkapalan, pembekalan, pertanian, perkhidmatan atau sebagainya dengan tujuan diperniagakan, sama ada dalam bentuk perniagaan persendirian, perniagaan perkongsian sesama Islam atau dengan bukan Islam, perniagaan semua jenis syarikat, koperasi atau perniagaan saham dan sebagainya. (Klik Sini untuk maklumat lebih lanjut). Aku sertakan sekali link untuk cara-cara nak Kira Zakat Perniagaan.
Cenderahati dari Pusat Zakat Negeri Sembilan (Daerah Jempol).

Hadith :
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta.” 
Riwayat Bukhari

No comments: