Thursday, July 19, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

 gambar dari google image
 
Assalamualikum semua....

Alhamdulillah kita akan bertemu lagi bulan Ramadhan yang mulia.. Insya'allah. Bermulalah kita berpuasa selama sebulan dibulan yang penuh keberkatan ini. Dikesempatan ini. saya ingin memohon maaf kepada kawan-kawan dan teman-teman bloger sekiranya terdapat kekasaran bahasa didalam blog saya. Yang baik itu semuanya datang dari allah, yang serba kekurangan datangnya dari saya insan yang keman.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:"Puasa itu perisai dan benteng yang membentengi dari sentuhan api neraka.”
Riwayat Ahmad dan Baihaqi

Apa maksud PUASA? Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Adalah menjadi harapan agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” 
Riwayat Ibnu Majah
 
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.” 
Riwayat Bukhari & Muslim
 
 Rukun puasa ada dua, iaitu:

1. Rerniat pada malam harinya

2. Menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari.

Kat bawah ni ada niat puasa untuk dibaca hari-hari dan ada yang untuk sebulan.
 
 Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda: “Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla Berfirman: “Melainkan puasa, kerana ianya untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanan keranaKu”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan: Kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi disisi Allah daripada bau Misk. (minyak wangi kasturi). 
(Al-Bukhari dan Muslim)
 
SELAMAT BERPUASA SEMUA....



No comments: