Assalamualaikum semua...
gambar dari goggle
Ramai diantara kita mengimpikan untuk menjadi wanita solehah, termasuklah diri aku sendiri. Untuk menjadi wanita soleheh, banyak perkara-perkara yang perlu kita lakukan. Sebagai manusia, kita tak pernah lari dari membuat kesilapan. Antara sedar dan tidak sedar, kita perlu melengkapkan diri kita dengan ilmu agama yang secukupnya.
Hadith : |
Dari Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”
Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya
ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pula ke neraka, maka kelihatan
olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita.”
(Muslim)
|
Kalau zaman dahulu, kita perlu merujuk kepada ustaz atau ustazah untuk menanyakan sesuatu perkara yang kita kurang pasti dalam bidang agama. Sekarang, internet boleh dijadikan bahan rujukan yang terpantas. Tetapi kita masih perlu merujuk kepada orang yang betul-betul arif tentang sesuatu masalah. Aku ingat lagi ustaz aku pernah berpesan "Jangan berguru dengan buku semata, bergurulah dengan orang yang bijak pandai".
Sepuluh Wasiat Untuk Puteri Umamah
Umamah telah mewasiatkan kepada puterinya yang akan berkahwin dengan
al-Harith bin Amru. Katanya: Wahai puteriku! Ada sepuluh perkara yang
inginku berikan pedoman kepadamu dan sebagai panduan untukmu dalam
kehidupan berumahtangga:
- Jalinkan hubungan dengan suami dengan penuh ketaatan. Perhatikan kesukaannya dan jangan sampai dia melihat sesuatu yang buruk daripadamu atau tercium sesuatu yang tidak enak daripadamu.
- Sentiasalah membanggakan suamimu kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu.
- Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya (selagi tidak bertentangan dengan syariat) nescaya, dia akan bersikap lembut terhadapmu.
- Uruskan rumah tangga dengan baik dan sempurna.
- Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya.
- Simpanlah segala rahsianya dengan baik. Jangan sesekali kamu membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.
- Jagalah waktu makan dan waktu istirehatnya kerana perut yang lapar akan membuatkan darah cepat naik. Tidur yang tidak cukup akan menimbulkan keletihan.
- Jika dia sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan. Kamu mesti pandai mengikut suasana hatinya.
- Hiasilah dirimu selalu agar dia gembira apabila memandangmu.
- Jadikanlah dirimu itu sebagai pembantu kepadanya, nescaya dia akan menjadi penolong pula kepadamu.”
Hadith : |
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”Allah mengutuk wanita
yang bertatu atau minta ditatu, wanita yang mencukur alis dan mereka
yang meminta dicukur alis mereka, wanita yang membentuk giginya agar
kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah.”
Riwayat Ibnu Mas’ud
|
No comments:
Post a Comment