Thursday, July 26, 2012

Hari Ke-6 Puasa... Alhamdulillah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Apa khabar semua??? Lama tak entry... Tak sempatlah nak update apa-apa start kita pose.. Lagipun computer kat kedai ada problem and anto service. So, kenalah kuo kan laktop yang ada kat umah. Ari ni ada kelapangan sikit... So, curi-curi masa nak update blog.

Aku suka betul tengok bulan di bulan Ramadhan ni... Cantik sangat. Selalunya aku akan keluar rumah selepas solat magrib. Bila tengok je rasa tenang dan lapang otak... 
Hari ke-2 ramadhan

Seperti biasa, masuk bulan Ramadhan, aku akan menjual kuih-muih disebelah petang untuk juadah berbuka puasa. Aku buat pun tak banyak adalah dalam 5 jenis kuih dan 2 jenis air. Menu utama hubby kata tahu sumbat dan air soya panas. Setakat ni, alhamdulillah... semuanya habis dijual. Kalau ada yang tak habis, selalunya aku sedekahkan pada customer yang datang lepas buka puasa.

Untuk bulan puasa ni, rutin harian pun dan tukar. Lepas sahur aku dah start buat air soya dan kuih. Then buka kedai macam biasa. Dalam kul 11am tu aku buat tahu sumbat pulak and prepare kan kuih-muih dalam bekas sebelum dijual. Lepas solat zohor, aku tukar shift ngan hubby. Start jual kuih pukul 3.30 petang... Yang paling best bila menjual kuih, customer siap dah tempah awal-awal sebab takut dah habis nanti... Syukur Alhamdulillah....

Insya'allah kalau ada masa aku bagi resepi kuih-muih yang senang untuk dibuat yer....

Selamat Beribadat dan Selamat Berpuasa Semua...

No comments: