Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana aku masih diberi peluang untuk menghirup udara yang segar di bumi Allah ini, diberi kesihatan yang baik, dikurniakan suami (Mohd Roslee Pairan), ibubapa, adik-beradik, ibubapa mertua, ipar-duai yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman dan semoga Allah memberi kesempatan aku dan suami merasai zuriat sendiri. Amin Ya Rabbal A'lamin....
Terima kasih pada hubby coz ucapkan Selamat Hari Batik pada ku... Comel
sangat.... Thanks Yang... Tak lupa juga pada keluarga aku (mak & abah,
along & k.long, sayang & yus dan kuek), keluarga mertua
(mak & abah, angah & nizam, alang & fendi, abang dan adik), serta
kawan-kawan tersayang yang wish via phone (thanks Fizan) or via
facebook or via e-mail. Terima kasih sekali lagi...
بسم الله الرحمن الرحيم
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي . وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي . يَفْقَهُوا قَوْلِي
Maksudnya : "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, "Supaya mereka faham perkataanku"
Maksudnya: Ya Allah, aku berlindung denganMu dari ditimpa kesusahan dan kedukaan, dari kelemahan dan kemalasan, dari kedekut dan perasaan takut dan dari desakan hutang dan paksaan orang.
رَبِّ لاَ تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنْتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi"
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Maksudnya : "Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan"
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
آمين
No comments:
Post a Comment